Archive for December, 2010

“bukan chinta saya 2”

Posted in Uncategorized on December 31, 2010 by burgerdua

Sesi kelas telah bertukar, dahulunya kelas petang dan sekarang kelas pagi. Bab paling malas comform bangun pagi! Mahu atau tidak, saya bangun pagi itu pun 7.05 pagi sebab rumah dengan sekolah dekat sahaja. Lebih kurang 7.25 pagi sampai sekolah dan tidak seperti dia awal 10 minit daripada saya. Kata lelaki perangai pun memang lelaki lah kan? Biasa. Minggu pertama sangat-sangat menyeronokkan, hari isnin sekolah buka, hari selasa mula belajar dan hari rabu tukar kelas pandai, akhirnya jumpa buah hati yang selama ini tak pernah tegur. Aduhai memang lembab lelaki species macam saya ni.

Duduk sebelah menyebelah, masing-masing tak bertegur lagi hinggalah keluar perkataan pertama dari si dia, “kau nama apa?”. Kasar sungguh bahasa budak-budak dulu dan saya pun jawablah, “nama saya Tengku Hazmi Taqiuddin bin Tengku Ab Aziz”. Ambik! Nama penuh saya bagi dengan se-skemanya! Haha. Memang skemalah nampak cinta hati depan mata dan bermula daripada hari itu exited bangun pagi. Faham-faham sahaja mengapa.

Mungkin saya memiliki bakat seni sejak di sekolah rendah lagi namun tidak mahu saya akuinya, hinggalah ke saat ini saya sudah akuinya saya boleh melukis dengan baik. Buat pertama kalinya saya tersentuh tangannya apabila kami sama-sama tersentuh antara satu sama lain ketika hendak mengambil pemadam, manisnya kenangan! Ketika itu kami disuruh untuk melukis dalam kelas, walhal ketika itu adalah mata pelajaran Bahasa Melayu 2 iaitu karangan. Mana tak disuruh melukis, sebab ketika itu satu kelas sedang membuat karangan “Aku sebuah kereta”, so kena lukis kereta. Pelik-pelik tapi yang seronok dia suruh saya lukis kerana lukisannya sangat teruk dan berkali-kali memadam. Kesian saya lihat dia dengan muka yang kusut tapi bertambah manis itu namun wajah itu yang masih segar diingatan.

Saban minggu pelbagai perkara berlaku, rehat dan makan bersama-sama. Bayangkanlah, kalau dulu ada kumpulan Elite tapi di sekolah ada juga kumpulan seperti itu tapi ada lelaki iaitu saya dan selebihnya adalah kawan-kawan si dia daripada satu kelas serta kelas lain. Maklumlah budak nerd, dengar cakaplah apa yang dia cakap dan dalam kelas pun duduk sebelah menyebelah. Sangat menyeronokkan adalah dia ada ramai secret admire di sekolah dan paling seronok ke semua surat cinta yang diterimanya dikongsi bersama saya. Haha, untung. Namun diam-diam, budak nerd ini juga adalah peminat anda! Kalaulah dia tahu, “aku suka kau lah dahi jendul!”

Setiap kali atau setiap hari, pasti ada kami tersentuh tangan masing-masing dan puncanya adalah kerana pemadam pensel, terima kasih pensel dan pemadam. Maklumlah sekolah rendah tidak menggunakan pen lagi. Namun kadang-kadang kami selalu dimarahi cikgu disebabkan kami suka bercakap dan bercerita, aduhai kena marah pun sama-sama. Mungkin dek kerana detik-detik kami itu saya menerima sepucuk surat bawah meja dan hari itu rupa si dia sangat berbeza serta menjadi pendiam setelah saya ketahui surat itu datangnya daripada si dia. Bukan surat sebenarnya tetapi biodatanya, tapi masih tidak faham untuk apa. Saya terkedu dan terdiam hingga waktu balik sekolah, satu hari itu kami langsung tidak bercakap. Saya pun hairan mengapa saya juga turut berbuat demikian.

Dalam biodata biasalah, ada nama, umur, alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya, namun maaflah tak dapat dihebahkan semua ya? Atas dasar privasi. Percaya atau tidak, sudah 12 tahun saya simpan biodata ini dan sudah kuning-kuning kertasnya serta sudahpun koyak-koyak. Tidak kisah masih simpan dan banyak lagi untuk dikongsi bersama anda.

Bersambung..

 

“bukan chinta saya 1”

Posted in Uncategorized on December 31, 2010 by burgerdua

Okeh, jujurnya entri ini adalah berkenaan kisah cinta mamat sweet yang kecundang dulu dan sekarang. Siapa? Saya lah..

Di sekolah rendah saya seorang yang skema (nerd), tapi agak nakal dan kuat bermain pada waktu rehat, biasalah budak lelaki kan? Darjah 1 baru nak tunjuk perangai, duduk kelas nombor 12 dari 15 kelas. Pergh! Banyak gila kelas tapi itu dulu dan siap pernah terberak dalam kelas (haha, malu!). Darjah 2 pandai sikit walaupun nakal-nakal kira bagus lah naik kelas nombor 10 dan maintain duduk kelas nombor 10. Baiklah disinilah saya baru sedar tentang kewujudan makhluk bergelar perempuan. LOL!

Sebenarnya sejak daripada dulu lagi, setiap dua kelas akan berada dalam kelas pendidikan jasmani (PJ) yang sama tetapi kenapa daripada darjah 1 hingga darjah 2 saya tak pernah perasan kewujudan perempuan? Mungkin ketika darjah 3 itu hormon saya sedang berkembang ditahap awal, rasanya. Melihat si dia umpama melihat syurga bidadari, walaupun dia berdahi jendul sikit (dulu mana ada wajib pakai tudung bagi perempuan) tapi rambut dia sedikit perang dan sangat comel melihatnya!

Disebabkan itu, saya seringkali teruja dengan matapelajaran yang tidak ada exam iaitu PJ dan hampir setiap saban minggu menunggu. Maklumlah kelas seminggu sekali tapi yang menjadi persoalannya, mengapa waktu rehat tak pernah nampak si dia? Musykil sungguh dan saya pun bermain bersungguhlah disetiap waktu rehat, sampai mama bising baju selalu kotor pabila balik rumah.  Nampaknya tidak bolehlah salahkan perempuan kalau dia memang jadi nadi dan pemangkin kepada sang pria seperti saya, walaupun tidak ganteng! (kacak) serta tidak pandai. Sudah macam beauty and the beast, dia pandai, cantik, entah kenapa budak lelaki kelas nombor 10 dan tidak pandai ini suka pada budak perempuan kelas nombor 4 itu.

Setahun berlalu, tidak pernah berlaku apa-apa pun diantara kami berdua sama ada teguran, senyuman mahupun pandangan, cuma ada harapan untuk mengenalinya dan akhirnya masuk ke tahun yang baru. Seperti yang saya katakan tadi,  sudah lumrah perempuan ini nadi dan pemangkin kepada seorang lelaki dan saya menjadi lebih pandai dan melangkah ke kelas nombor 4 dari kelas nombor 10  (Tahniah!). Tercari-cari jugalah budak perempuan berdahi jendul itu di kelas mana dan inilah takdir Tuhan dalam permainannya, saya dinaikkan ke kelas nombor 3. Lebih memeranjatkan saya ditempatkan sebelah kerusi kosong tetapi disebelah perempuan. Hah!? Duduk sahajalah walaupun mengeluh malu, Allahuakhbar! Itu dia! Budak perempuan dahi jendul!!! Saya terkedu malu, namun tetap tersenyum… Bersambung

“mokhtar 10!”

Posted in Uncategorized on December 27, 2010 by burgerdua

Dato’ Mokhtar Dahari dilahirkan di Setapak, Selangor (kini Kuala Lumpur) pada 13 November 1953 dan beliau adalah seorang legenda bola sepak Malaysia dari pasukan Selangor. Beliau mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985. Beliau diberi gelaran ‘Supermokh’ dikalangan peminat bolasepak tempatan pada ketika era 70-an dan 80-an disebabkan ketangkasan, kelajuan dan kehebatannya menembusi gawang lawan. Seorang penyerang terbaik yang pernah lahir dalam pasukan Malaysia dan namanya terus mekar di dada peminat-peminat tempatan hingga kini. Bakatnya diiktiraf oleh Asia ketika hayatnya namun beliau telah meninggal dunia pada 11 Julai 1991.

Kini tidaklah semua generasi muda mengenali beliau, oleh kerana itu ‘Mokhtar 10’ tercatit namanya di jersi baru pasukan Malaysia oleh saya. Mengapa Mokhtar dan nombor 10? Ah, tak perlulah saya jelaskan. Mungkin sebilangan orang akan menyangkakan bahawa Mokhtar itu adalah nama saya namun mereka seharusnya sedar dan bertanyakan pada diri mereka siapa Mokhtar sebenarnya dalam pasukan Malaysia. Dialah lagenda bolasepak kita, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Sudah menjadi lumrah, akan adanya perbandingan diantara yang baik dan buruk, baru dan lama. Semoga ‘semangat Mokhtar’ terus bersemadi dalam pasukan bolasepak kita dan pemain-pemain kita terinspirasi dengan semangat Allahyarham ketika semangatnya memukau dengan membaham pandangan pasukan lawan.

Tidak kira apa warna kulit, apa agama dianuti, apa bangsanya kita, kita adalah anak Malaysia. Semoga semangat kita tidak pernah luntur walaupun dijajah sekali lagi, bukan dijajah oleh penjajah tetapi dijajah dengan aliran barat dalam permikiran kita semua. Jadilah anak Malaysia dan bukan anak ‘barat’. Seharusnya kita berbangga dan bersyukur tinggal di Malaysia ini. Kami berbangga. Anda?

Apabila ditanyakan kepada saya, apa yang saya bangga dengan bolasepak Malaysia? Saya akan jawab, saya bangga kerana kami di Malaysia pernah ada Mokhtar. Walaupun ianya kisah silam namun itulah yang kita banggakan, lahirnya seorang lagenda dari Malaysia. Al-Fatihah.

 

“awan biru”

Posted in Uncategorized on December 26, 2010 by burgerdua

Dalam suram malam dan sepi pagi saya sering terngiang lirik lagu sedih, sepi. Itu saya apabila berkolaborasi dengan perasaan, percayalah itu saya ketika perasaan sepi ini lahir daripada keaslian diri sendiri. Oh duniawi semata-mata, walaupun ini adalah soal cinta.

Pada siapa mahu diluahkan dan pada siapa harus diperdengarkan, saya mencari ‘penonton’ yang setia tatkala hati cuba menyanyi lagu sedih tetapi tidak didengari. Rindu yang bertambah pilu ketika bersendirian di suram malam. Lagaknya senang mencari teman, namun yang ada teman ketawa bukan teman yang berpendirian. Satu pesanan daripada seorang ibu yang tampaknya sudah membuka mata ini. Terima kasih mama.

Walaupun tidak berteman, saya percaya mungkin ini adalah sebahagian ujian daripada Tuhan yang semulajadi sebagai lumrah kehidupan fana ini. Mendongak ke langit petang semalam, saya lihat awan biru dan dipertajamkan penglihatan mata ini dan saya terlihat ‘hati’ telah berlalu pergi entah ke mana. Deruan angin telah merembatnya ke destinasi yang tidak saya pasti. Cuma satu pinta hati kecil ini, saya sentiasa ada disini menunggu seperti disaat bulan rindukan bintang, malam rindukan siang dan saya rindukan awak.

Walaupun saya bukanlah sesiapa dihati awak namun doa saya mengiringi demi kebahagiaan yang awak temui. Izinkan saya mencintai gambar awak dan lebih mencintai awak dari jauh. Kerana cinta kita tidak mungkin terbina, mengenanginya kembali saya tidak berasa rugi membiar masa rebah siang ke malam dan malam ke siang. Kerana cinta saya turutkan dan cuba untuk tangguk usaha yang telah berhasil namun belum seratus peratus dapat saya daratkan. Saya terus mencuba dan yakin cinta itu ada cuma jodoh menjadi soalnya. Sabarlah.

Awak disana, berbahagialah. Pesan saya jaga diri, please?

P.S jangan risaukan saya, apabila saya rindu saya dongakkan kepala melihat awan biru itu dan percaya awak jua melakukan perkara serupa.

“bukan blogspot tapi wordpress”

Posted in Uncategorized on December 20, 2010 by burgerdua

Mungkin semua sedia maklum bahawasanya saya adalah pemilik burgerdua bin wordpress, dan bukan bin blogspot. Motif saya menyebutnya begini? Kerana masyarakat blogger lebih mengambil tahu apa yang sedang berlaku antara Aziz Hazmi dan rakan-rakan bloggernya daripada golongan blogspot. *Mengeluh juga, mana rakan wordpressku?

Apa-apa pun yang sedang saya usulkan atau bangkitkan ini bukan hanya bualan debu, tatkala ditiup terus mengikut arah angin namun tujuannya lebih menjurus kepada penghargaan kepada teman-teman blogger tegar. Terima kasih, kerana disetiap entri baru, jejaka biasa ini menjadi topik didada tabloid blog kalian, bersyukur sungguh bersyukur. Alhamdulillah. It’s nice to have coolest people arround and i’m appreciates it. Thank you!

Ketika rehal menjadi ‘bangku’ kepada ayat suci Al-Quran tatkala kita semua sedang menyelami petunjuk dan wahyu Allah SWT, disitu terciptanya petunjuk bahawa manusia ini seharusnya berbaik sesama manusia. Maksudnya, menghormati orang lain serta menghargai hasil usaha orang lain untuk membina ikatan yang kukuh diantara muslimin dan muslimah. Dunia, dunia juga namun akhirat itu kekal abadi dan bukan pengakuan sebagai Gay. Allahuakhbar!

Ini bukan cerita dia (si Gay tu) tapi adalah cerita kita, us. Terima kasih semua atas kesudian menulis segala-galanya tentang AH dan HZ diblog kalian, saya percaya bahawa HZ pun berasa sedemikian cuma dia masih tak berkesempatan kerana masa, mungkin. Namun janganlah berkecil hati, anda semua telah mencipta dia menjadi seseorang yang semua orang kenali kini dan saya percaya dia juga berasa serta berfikiran sedemikian. Sekalipun dia tidak membalas sebarang post anda di page beliau, janganlah berkecil hati kerana saya percaya dia tetap membacanya.  It feels so right and perfect every time you guys always be with us, thank you!

Dikesempatan ini, sampai terkelu lidah untuk berbicara dan bernasib baik memiliki sepasang tangan untuk menaip dan menggantikan kata-kata daripada mulut ke keletak keletuk tangan menekan papan kekunci. Sungguh terharunya pengorbanan masa kalian kerana kini tampaknya tidak ada orang sanggup membuang masa untuk orang lain walau seminit pun. Syukur pada Allah SWT kerana dikurniakan teman-teman yang baik hati seperti kalian.

Ini penghargaan buat kalian ikhlas daripada saya (dan mungkin HZ), terimalah. Blog-blog dibawah ini telah sedikit sebanyak menulis blog mereka tentang saya, terima kasih banyak, i love you so much guys!

http://akunaziem.blogspot.com
http://www.cintairmata.blogspot.com/
http://annys-lahhh.blogspot.com
http://himynameisasri.blogspot.com
http://rojakhangit.blogspot.com
http://tehahaha.blogspot.com
http://aisyahsakaria.blogspot.com
http://thisladyaintstop.blogspot.com
http://fsahaja.blogspot.com
http://hikayatseorangaqilah.blogspot.com
http://cikidong.com
http://superzafirah.blogspot.com
http://zarifahmr.blogspot.com
http://belognuridaardy.blogspot.com

Akhir kata saya memang mengharukanlah. Terima kasih.

Buat kalian,

“yes, she caught my eye!”

Posted in Uncategorized on December 16, 2010 by burgerdua

Soal hati kadang-kadang boleh jadi sesuatu yang rumit namun ianya sekelumit sahaja, apabila ditanyakan pelbagai soalan daripada 1001 ragam manusia lain dan tidak mengapa. Inilah yang membuktikan kita manusia yang sedang belajar dengan baik tentang kehidupan indah ciptaan Allah SWT dan tidak salah.

Entri ini ditulis dengan tersenyum dan diulang-ulang lagu you’re beautiful by james blunt. Indah.

My life is brilliant – Apa-apa pun, mungkin ini adalah sebuah pengertian pada sesebuah perkataan dimana menterjemahkan segala-galanya. Kepandaian dalam kecermelangan dalam hidup, siapa yang tak impikannya bukan? Namun tidak saya katakan saya sudah mencapai tahap ini cuma telah melangkah setahap dalam erti lain, makna sebenar kehidupan itu sendiri. Masih belajar dan mengharapkan kita bersama-sama menuju kejayaan. Hayya ‘alal falah.

My love is pure Ini adalah jawapan saya untuk soalan daripada 1001 ragam manusia tadi. Tidak sesekali saya bangga cuma lebih berbangga kerana kita semua memiliki cinta semurni ini, cuma pada siapa ia harus diluahkan dan disampaikan masih menjadi rahsia berkenaan dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT. Mungkin ianya belum sampai masa yang sesuai untuk kita meluahkan cinta murni itu, namun berbanggalah sekurang-kurangnya kita miliki rasa ini. Alhamdulillah saya masih memilikinya dan pada siapa harus diluahkan ianya masih tidak diketahui oleh saya.

I saw an Angel – Mungkin pancaindera ini belum lagi dikurangkan oleh Allah SWT, syukur Alhamdulillah.  Masih lagi boleh melihat orang-orang lain dan gelagat masing-masing. Melihat yang cantik dan buruk, merasa yang manis dan masin, membau yang wangi dan busuk, mendengar yang baik dan keji dan bercakap yang elok dan tidak. Mungkin ini adalah kriteria seorang bidadari, cantik, manis, wangi, baik, elok dan tidak mustahil tidak ada jelmaan begini didunia fana ini. Saya tak tahu dan kita semua tidak tahu. HNSZLKH bukanlah sempurna seperti kita lihat, segalanya kita tatap tentangnya seakan sempurna namun dia bukan jelmaan bidadari syurga tetapi hampir seperti bidadari dunia.

You’re beautiful – Satu pengungkapan yang jelas mengenai seseorang, sama ada pada rupa parasnya, bentuk badannya, kepandaiannya mahupun segalanya berkaitan dengan seseorang perempuan. Lelaki kita tak gelarkan mereka beautiful, kecuali mereka yang sudah belajar memakai make-up dan rambut palsu. Tidaklah saya hanya memandang si jelita HNSZLKH sahaja, namun masih lagi melihat perempuan-perempuan lain yang setanding (tidak bermakna cantik sahaja)  dan mungkin kerana rezekinya untuk lebih menyerlah, mungkin. Pada umumnya kita tercipta dengan kelebihan masing-masing, jadi janganlah cepat melatah sebaliknya mencari apa yang kita miliki dan tidak.

Sesungguhnya bicara tentang hati ini adalah rahsia individu masing-masing, hatta rahsia ini menjadi persoalan kepada orang yang ingin tahu tentang itu dan tentang ini. Apa-apa pun redha dan jawablah dengan kehendak hati masing-masing, namun yang pasti janganlah sampai ia mengguris hati orang lain dan yang penting jujurlah dalam setiap patah perkataan.

Yes, she caught my eye – Benar, dia HNSZLKH. Namun ianya adalah ungkapan dan anggapan pertama saya kepadanya namun tidaklah secara menyeluruh. Untuk sekarang, ia benar dan untuk kemudian hari nanti belum pasti. Janganlah sesekali kalian membuat andaian walaupun ianya sudah terang lagi bersuluh. Terima kasih.

Saya terasa tersangat beruntung, melihat keajaiban yang sedang berlaku ke atas pemuda yang baru sahaja berumur 22 tahun ini melangkah lagi dengan kakinya. Syukur, Alhamdulillah. Tatkala dipuji orang terasa malu dan diperli orang terasa pilu pula. Namun tak mengapa, ini mulut orang dan tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semoga saya khayal dan khusyuk meneguk perwatakkan orang baru disekeliling saya, semoga ia berjaya.

Semoga saya perolehi kawan ketawa dan kawan berpendirian. Kedua-duanya saya mahu bukan hanya pandai ketawa.

Masih lagi tersenyum, entah mengapa. Terima kasih anak-anak buahku yang comel. 🙂

Mungkin benar, disebalik saya mengagumi kecantikkan dalaman dan luarannya. Ia tidak mungkin menjadi kenyataan. Ia benar, she caught my eye!

“menjadi lelaki sebenarnya”

Posted in Uncategorized on December 13, 2010 by burgerdua

Sebenarnya selain menjadi Khalifah dibumi Tuhan ini, lelaki sebenarnya perlu miliki etika dan estetika selain perlu ada philosophia dalam pegangan hidup masing-masing. Bagaimanapun seorang lelaki tidak seharusnya lupa tentang tata rias dah sahsiah diri untuk menjadi lebih sempurna pada pandangan umum. Lebih-lebih lagi untuk diri sendiri.

Walaupun hanya kaum Hawa sahaja diwajibkan berhias namun kaum Adam tidak terbatas dengan syarat-syarat ini cuma sekadar perlu tetapi bukan bertukar menyerupai wanita! Maksudnya disini kita berhias untuk diri kita dan memperlihatkan kepada umum bahawasanya kita adalah lelaki yang menjaga kebersihan, kekemasan dan disiplin dalam adab sebagai seorang Khalifah. Justeru, tidak mustahil kebanyakkan lelaki bertukar menjadi lebih maskulin dan metrosexual, tetapi bukan bertukar jantina. Jangan salah faham lagi ya?

Perkara-perkara asasnya dalam kebersihan adalah seperti berus gigi, mandi dan cuci muka (kalau ada). Selainnya bergantung kepada seseorang individu itu sendiri, asalkan dia lakukan perkara wajib. Ketika di tingkatan 3, jerawat ‘chomel’ mula kelihatan dan lama kelamaan menjadi bertambah teruk. Akhirnya menyebabkan muka saya terganggu dengan kehadiran jerawat, maklumlah umur muda tangan gatal-gatal nak picit. Aduhai nasib baik saya mula sedar, nak cantik perlu ada kerajinan dan pengorbanan. Iaitu pengorbanan wang.

Saya memilih produk NIVEA FOR MEN sebagai jaminan untuk cantik dan akhirnya terbukti ianya membantu dan saya turut mengekalkan disiplin yang tinggi untuk ‘pulih’ daripada masalah kulit. Maknanya siang dan malam cuci muka, betapa disiplinnya! Ketika itu saya memilih Oily Face, Whitening, Scrub, Night Cream daripada jenama NIVEA itu sendiri. Terima kasih NIVEA. Apa pun pencuci muka ini mengikut kesuaian kulit dan tahap disiplin anda menjaganya.

Proses pembersihan

Selain itu saya rajin untuk ke Salon kecantikkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, dalam sebulan 2 kali dan ini adalah pilihan masing-masing dan tidak perlu berbelanja lebih. Hanya perlu mencari kedai yang menawarkan package yang berpatutan dan terbaik hasilnya. Tujuan saya ke Salon adalah untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam dikawasan yang sukar ditanggalkan oleh pencuci muka biasa selain mendapatkan rawatan resdung. Percayalah, pulangannya sangat berbaloi untuk usia yang remaja begini.

Proses memakai mask

Rambut berkelimumur juga menjadi 1 isu yang sangat besar sebagai seorang lelaki disebabkan gel-gel rambut yang kita gunakan kering diatas kepala dan kadangkala kita jarang untuk shampoo rambut. Menggunakan shampoo yang terlalu kerap juga boleh memudaratkan kesihatan rambut dan kulit kepala. Justeru, apa salahnya kita bazirkan sedikit wang untuk seminggu sekali untuk ke Salon bagi melakukan rawatan pencucian rambut yang lebih berkesan dan bebas daripada kelimumur. Kebaikkan ke Salon daripada shampoo sendiri, biasanya terdapat rawatan untuk urutan kepala dan tambahan seperti conditioner walaupun kita boleh lakukan sendiri dirumah. Apa pun tidak salah untuk kita bazirkan masa dan ringgit untuk kebersihan diri.

Cucian rambut

Untuk bibir yang kering biasakan menggunakan gloss untuk lelaki seperti yang saya gunakkan sampai sekarang iaitu Nivea lips gloss. Masalah bibir kering juga boleh memudaratkan dan melesukan rupa seseorang jadi bertukarlah kepada lelaki yang lebih rajin. Kerana saya adalah lelaki pemalas 7 tahun lepas! Apa-apa pun kalau bibir je nampak lembab tapi kalau nafas berbau tak guna juga jadi banyak berkumur menggunakan Listerine untuk sesi pagi dan malam sebelum tidur. InsyaAllah tidak berbau lagi dan 1 lagi tips berguna, selepas memberus gigi beruslah lidah sekali.

Menjadi lelaki sebenarnya banyak tanggungjawab dan lain-lainnya serta menjaga keterampilan juga adalah 1 faktor yang perlu dititik beratkan oleh setiap lelaki. Namun disebabkan masa banyak dihabiskan dengan sia-sia dan sikap malas itu dalam diri menyebabkan seorang lelaki itu mudah bersikap demikian. Tambahan pula selain berkorban masa, perlu juga berkorban ringgit dan jika kita lihat orang lelaki lebih suka menghabiskan ringgit membeli rokok. Ini adalah suatu permasalahan yang harus dibendung dengan disiplin. Jadilah lelaki yang sebenarnya dan berubah demi anugerah kurniaan Tuhan ini.

Selain memiliki anugerah terindah kurniaan Tuhan ini, wanita juga adalah sebuah anugerah yang paling indah.

P.S saya pernah tidak cantik dan tidak kacak tetapi saya berubah kerana mahu.

“siapa cakap?!”

Posted in Uncategorized on December 10, 2010 by burgerdua

Okeh! Entri-entri baru! *Klise? Biasa..

Lagu sedih vs Lagu gembira.
Bagi saya sendiri, lagu sedih lebih memikat dan betul-betul sedih tapi lagu gembira macam pura-pura gembira pula. Siapa cakap? Saya yang cakap.

Lagu sedih.

Lagu gembira.

Okeh! Kita masuk bab semua orang takut nak jawab bila orang tanya macam ini, “kau prefer awek gemuk ke kurus?”.. Kadang-kadang kita sendiri terlalu cepat nak judge orang lain. Kadang-kadang awek kurus bukan semua benda best tapi kadang-kadang awek gemuk lagi best! Siapa cakap? Saya yang cakap.

Sebab, awek kurus pasal makan dia cerewet. “I tak boleh makan banyak lah you, nanti gemuk”.. dan macam-macam lagi.

Kita break ya sayang?

Awek gemuk best! Pasal makan dia tak kisah, dia sumbat je. Lagi pun saya suka belanja orang makan sebab saya suka makan. Kadang-kadang mereka ini kelakar, serious!

Tengok, siap boleh nyanyi.

Sekarang  Malaysia dah macam dijajah Korea, maklumlah penyanyi korea banyak digilai oleh peminat fanatik disini. Tapi saya rasa sebab mereka bermata sepet, kulit putih bersih dan rambut colour-colour. Kalau tak mereka ini biasa-biasa sahaja, tak dengki pun sebab tak dapat apa-apa faedah. Mereka cuma bernasib baik. Siapa cakap? Saya yang cakap.

Orang Korea anda sememangnya bernasib baik. Percayalah.

Kan dah cakap, putih, rambut colour. Nasib baik je.

Cuba bayangkan kalau orang lain jadi macam orang Korea. Comform meletup.

Bayangkan dia colour rambut. Kulit putih dan cukur janggut dengan misai.

Sebenarnya banyak perbezaan yang boleh dibezakan tetapi tidak perlulah saya nak tunjukkan semua. Kerana diantara sebabnya kita semua mampu menilai baik dan buruk seperti positif dan negatif. Entri ini bukan berniat untuk menyakiti mana-mana pihak tetapi ini hakikatnya, hakikatnya kita sebagai manusia yang terlalu dan suka melatah serta menghakimi orang lain. Yang baik itu datangnya dari Tuhan dan sebaliknya mungkin ada dalam perancangan Tuhan. Jadi kita perlu bersyukur pada-Nya terhadap apa yang dikurniakan oleh-Nya.

Siapa cakap atau saya sendiri yang cakap sebenarnya sama sahaja, yang penting kita tahu baik dan buruk. InsyaAllah, Tuhan melindungi kita daripada berbuat sesuatu yang akan menyakiti hati orang lain. Tiada guna hidup jika hanya tahu menghakimi sebelum mengenali.