Archive for January, 2010

“jelitawan cinta kosong – kosongkan 3”

Posted in Uncategorized on January 23, 2010 by burgerdua

Tiap kali aku menterjemahkan kemahuan hati dalam bentuk penulisan, yang pastinya cinta menjadi subjektif utama, maklumlah itulah yang paling ikhlas untuk dilontarkan dalam stanza cinta aku sendiri. Baiklah ketika ini aku cuba meraba – raba (terkebil – kebil) mata aku dengan penyataan ayat yang berhati – hati, mungkin kerana mengantuk namun hati ini sepi haruslah diluahkan di laman maya ini. Kalau seseorang lelaki sanggup mengatakan sesuatu yang terlalu klise, apa yang anda pasti tentang penyataan lelaki – lelaki tersebut? Ya, ini mungkin.

Perkara biasa yang disebut ;

  1. “i akan menang perlawanan ini demi you taw, suka tak?”
  2. “i rasa you adalah perempuan terbaik yang pernah i jumpa”
  3. “hidup i dulu susah tapi dengan adanya you disisi, i semakin berani melangkah”
  4. “i tak rasa you beban, sebab you sempurnakan hidup i”

Bagaimana? Stanza – stanza mat romeo? Itulah kenyataaan. Oh jelitawan yang punyai cinta dan masih mempunyai ruangan hati yang masih kosong, izinkanlah aku untuk mengisi ruangan itu dan percayalah aku tidak sempurna namun aku berusaha mengecapi bahagia seperti yang lain. Kosongkan hati kau agar dapat aku singgah jika itu ketetapan Tuhan dalam persinggahan aku dalam hayat ini.

Aku bukan mat romeo mahu pejantan tegar dengan ayat puitis, namun aku hanyalah manusia biasa yang biasa dipermainkan dan ditinggalkan bersendirian walaupun jatuh bangun hanya ada aku sahaja. Tidaklah aku terdesak namun hati ini meronta – ronta dengan ayat – ayat cinta yang puitis menanti kelibat sang cinta idaman hadir.

Mood : Percaya jelitawan berhati cinta masih berlegar – legar di luar sana.

“sebelum & pagi sunyi”

Posted in Uncategorized on January 18, 2010 by burgerdua

Sebelum detik – detik waktu mula berlari ke pagi, ┬ásejenak aku mencuri peluang dan membisu karangi sesuatu sebagai hasil untuk pagi nanti apabila aku melihatnya kemudian. Mungkin bercelaru dalam menggambarkan kerana ianya betul – betul di luar radiasi pemikiran dari sejenak waktu yang aku ambil tadi. Bagaimanapun aku mencuba meluahkan dan berkongsi. Berkongsi dan teruskan di pagi sunyi ini, teruskanlah motif sebenarnya.

Pagi yang sunyi sesudah tengah malam, waktu mengilhami pelbagai kitaran baik hidupan manusia dan haiwan dibumi terbaik ini. Insan bertuah sedang nikmati tidurnya, manakala aku insan yang kesunyian di pagi sunyi mungkin di temani insan – insan lain seperti aku ikhtiar dalam pemikiran, tapi apa yang difikiran adalah sesuatu yang bersangkut – sangkut dalam penterjemahan baik di bibir mahupun penulisan. Oh pagi sunyi, terima kasih kerana hadir dalam diari hidup aku. Sekurang – kurangnya ideologi pemikiran tidaklah sesempit dalam ruang rindu. Kerana rindu sempitkan aku dengan kemahuan sendiri.

Sebelum merindu seseorang yang tidak pasti akan kewujudannya, telah aku coretkan gambarannya dalam pemikiran lalu dilontarkan dalam diari maya dan dikongsikan bersama. Mungkin orangnya aku sudah pasti namun sahaja dikiaskan dalam goresan pena maya ini kerana apa yang difikiran sehaluan dengan kiasan. Sebelum meletakkan seseorang dalam kelasnya yang tersendiri, aku cuba gambarkan apa yang ada difikiran aku ini sehaluan dengan hati. Oleh itu, coretan hati ke hati terpaksa dilupakan kerana punyai tanggapan tersendiri baik dari aku mahupun orang lain. Ironi dan logiknya.

Pagi sunyi terus berlari seiringan dengan detik – detik waktu, janganlah terlalu laju kerana aku masih terjaga bersama kau dan tunggulah kita berlari bersama andai aku sudah sedia di buaian mimpi nanti. Aku tidak bersandarkan pada harapan kau namun aku mencari erti ketika ini di pagi yang sunyi, ketika keadaan bersesuaian dan tiada rungsingan yang hanya ada kitaran masa dan bumi ini. Terasakan hati ini membuak – buak seperti maraknya api disebabkan terlalu banyak berfikir dan kemahuan itu ┬ádan ini. Mungkin inilah tujuan Tuhan itu ciptakan pagi sunyi ini, bukan sekadar pada pemikiran namun pada kehidupan selepas. Itulah maksud sebelum. Sebelum sampainya kiamat apa yang digapai oleh aku sendiri ketika di pagi sunyi ini.

melihat hanyalah pada permukaan namun terlupa pada daratannya entah dimana..

“cinta mendam 2”

Posted in Uncategorized on January 15, 2010 by burgerdua

Memulakan bicara manis itu indah, sukar digambarkan saatnya aku jatuh cinta dulu. Itupun kerana aku bermulut manis menyusun madah sebelum dilemparkan kepada sang kekasih hati supaya seperti dinamit agar menggegar hatinya, tapi itu dulu. Mungkin kini lebih menjurus kepada penghidupan sendiri sebagai tukang karut di laman maya ini dan kadang – kadang air mata itu menemani, terima kasih air mata lelaki! Bukan kecewa, tapi ianya kemajuan bagi aku untuk melangkah setahap lagi.

Logiknya ketika berkata – kata cinta ;

  1. Jika semua orang menyimpan masa silam, biar aku selaminya bersama kau kerana aku menerima seadanya dan seterusnya biarkan aku bersama di diari masa hadapan kau nanti tika ajal menjemput aku pun tidak mengapa.
  2. Katakan ros merah ini pilihan kau namun aku terbeli ros putih ini. Mengapa? Ros putih ibarat sucinya hatimu dan benarkan aku coretkan sesuatu disitu agar hanya kita berdua ditemukan di syurga nanti. Bawalah ros putih ini juga.
  3. Kau bukan yang pertama dan bukan yang terakhir bagi aku. Yang pertama adalah ibu yang melahirkan aku, yang terakhir adalah Tuhan yang aku anuti tapi kau, kau tidak tergambar dengan kata – kata ataupun tulisan. Kerana hati ini terbeku sejak hadirmu dalam fikiran,jiwa dan raga hingga hadirnya ajalku nanti.

Kalau itulah permulaan tangga – tangga kebahagian, kalaulah seupama cerita dongengan, ianya terlalu mudah untuk menggapai cahaya cinta mendam itu. Baiklah aku daki semula tangga – tangga itu satu per satu.

Mood : Cinta bukan dongengan tapi kesabaran.

“koleksi kisah cinta terpendam 1”

Posted in Uncategorized on January 14, 2010 by burgerdua

Di diari maya ini aku coretkan rasa – rasa sukar digambarkan melalui bacaan dan penghayatan yang aku sendiri sahaja mengerti. Pujaanku, engkau dimana?

Rangka ;

  1. Set gigi yang cantik
  2. Kulit yang bersih
  3. Badan yang sedang – sedang
  4. Senyuman syurga

Itulah manusia (itulah aku) dengan pilihan hatinya. Bagaimanapun kita mencuba dalam kesibukkan serta kesesakkan manusia bagi mencari pilihan hati. Mahu yang terbaik mesti mahu bersabar dalam membuat pilihan.

Di sinilah tercipta hobi, menjaga lovelove (hamsterku), melawati stadium – stadium bagi menyaksikan perlawanan bolasepak Malaysia mahupun Selangor dan tentunya laman maya. How pathetic. Dengarlah keluhan aku pujaan.

Mood ; dengarlah pujaan.

“pengabdian dalam erti melayunya”

Posted in Uncategorized on January 14, 2010 by burgerdua

Jika lihat guruh, tutuplah pintu tutuplah tingkap sekiranya takut dengan pancarannya dan selamatkan diri jika keadaan kau diluar sana dengan apa cara sekalipun. Membayangkan ketakutkan dan cuba bayangkan. Ya, itulah perasaan takut. Namun apa yang membahagiakan engkau itu pastinya sesuatu yang engkau selesa untuk rutinkan dalam hidup kau ketika ini. Benar?

Aku bercakap soal hidup sebenarnya dan cara kau mengabdikan diri dalam setiap kejadian Tuhan dan sekitarnya. Kadangkala Dia membangkitkan segala perasaan yang telah dimuat turun dalam diri setiap manusia, dalam diri kita semua. Bukan takut aku maksudkan, bukan perasaan aku maksudkan dan bukan karutan yang aku maksudkan tetapi pengabdian. Cinta terhadap diri sendiri, minat sendiri, rasa sendiri dan dalam erti kata lain pengabdian kau dalam hidup untuk apa? Ya, untuk apa?

Pengabdian kepada impian sendiri. Benar?

Jika pengabdian yang engkau cari,
Dimana pengabdiannya?
Jika karutan yang engkau cari,
Dimana karutannya?

Sedikit tidak usai semangat kau,
Memahami konteks melayu jitu.
Berikrarlah kau melayu,
Bukan dalam sebutan dan terteranya melayu itu.

Buktikan. Bukan dalam kamus statik.
Disebabkan kerana kau melayu, keturunan sepenuhnya melayu, kau iktiraf diri sendiri melayu? Jangan. Jangan ciptakan propaganda dalam pencabulan mulut sendiri demi menyelamatkan diri kau. Lupakah kau pada bangsa dan bangsa lain? Lupakah kau pada pejuang? Setinggi mana dijulang – julang kau wahai raja serta wahai pembesar, rakyat yang kibar – kibarkan bendera berjalur itu, lihatlah peluh kau jatuh ke tanah menandakan kau masih manusia ketika dijulang dan lihatlah rakyat yang mengibarkan bendera berjalur itu menandakan mereka manusia seperti kau semua ketika memerah keringat dan berpeluh. Namun mereka hanya rakyat biasa tidak seperti kau megah dijulang.

Motif aku berkata begini? Nanti aku jelaskan.

Biar aku jelaskan, kau kata kau melayu. Benar, adat kau ikuti serta sistem kau utamakan namun dalam konteks melayu yang jitu, tidak kiralah dimana kau berpijak, di bumi asing sekalipun engkau tidak tenang dan tidak akan. Asal nasi daripada beras, asal beras daripada tuaian padi, asal tuaian dari tanaman padi dan itulah keturunannya. Seperti kita semua, sama. Jika mata masih memandang melayu, jika halwa telinga itu lagu melayu dan percakapan berbaur melayu ternyatalah engkau melayu serta berperangai jakun dalam semua perkara. Tahniah, engkau melayu. Tiada beza antara melayu lain dengan engkau raja – raja, engkau pembesar – pembesar andai nasi itu adalah makanan pertama engkau jamah.

Cukup sudah, sudah cukup maksud kemelayuan jitu bagi aku. Asalkan pengabdian engkau dalam konteks melayu itu jitu. Biarlah bukan nasi selera kau kini dan mungkin makanan barat tetapi engkau masih melayu kerana engkau masih jakun seperti melayu – melayu yang aku banggakan. Pengabdian bukan berserah pada aku namun pengertian dalam memahami erti siapa kau dan siapa aku dalam sesebuah kehidupan bernama melayu.

Jika ada sang rempit,
Mengabdikan bunyi – bunyian dalam kelajuan.
Jika ada sang tudung,
Mengabdikan keburukan tudung dalam berselindung.
Jika ada sang malam,
Mengabdikan hiburan dalam hidup bersosial.
Jika ada sang terkejut,
Mengabdikan dedahan pakaian dan perbuatan dalam dunia yang baru ditempuhi.

Itulah melayu dan serba sedikit aku kaitkan dalam erti lain, jakun itu melayu. Aku tidak jatuhkan bangsa aku sendiri namun itulah hakikatnya aku melihat dalam kacamata bangsa lain terhadap bangsa aku sendiri.