Archive for April, 2009

“Ko memang wempit dowh”

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by burgerdua

“aduyai lu makan tumpah – tumpah dowh!” . Frasa kata macam marah tapi sebenarnya tidak dan itulah suasana “ketchoohh” budak – budak wempit steamboat, siapa lagi kalau bukan member – member aku yang sengal. Kononnya berangan nak jadi sebijon macam wempit tapi hakikatnya semua bukan macam itu, nak tiru lah apa yang mat rempit buat makan steamboat tepi jalan, cakap macam dowang, lagak gaya pun nk sama, tapi bila nampak mat rempit betul – betul semua sibuk coverline, aduyai memang pentipu yang sejati.

Kalau cerita tipu, bagi jer man weng atau boy sangap 88 bikin cerita sebab dia jer pandai nak create cerita pentipu ni. Lagi pun man weng atau boy sangap 88 ni orang yang sama, nak dipendekkan cerita dia ni dah lah buncit comform naik rxz catalyzer pastu perut dia parking atas tank. Memang orang macam dia suka buat cerita, lebih – lebih makan steamboat memang seronok dia tipu tapi ada frasa kata dia aku suka sangat, “rileks dulu dowh, tunggu air gelegok baru rendam steamboat bila makan rasa paneh – paneh pastu tarok 2t manyak – manyak”.

Anda dialu – alukan join group wempit steamboat kalau nak rasa pengalaman yang menarik dan agak bodoh, haha.

“dia muzik latarku”

Posted in Uncategorized on April 11, 2009 by burgerdua

Bila terdengar latar muzik secara tiba – tiba aku ketagihan, ketagihan pada alunan kemas daripada jari jemari yang mainkan piano itu dan tidak perlu suara kerana bagiku mungkin tidak perlu untuk “mengganggu” alunan indah menusuk sanubari jiwaku yang ketika ini suram sentiasa. Oh aku makhluk tuhan yang berangan kepada sesuatu kemungkinan pastinya hanya ada dua jawapan ya atau tidak. Aku berasa amat yakin ketika mendengar alunan piano yang indah itu dan menghantar aku lali di alam fantasi bersamanya. Malangnya khayalku tamat ketika alunan indah itu terhenti dan lebih menyedihkan dia hanya wujud di dalam fantasiku bersama alunan itu tanpa mendengar luahan hasratku.

Dia bukan fantasi anganku semata – mata tetapi dia wujud di bumi tuhan ini dan apabila melihat cahaya di matanya, senyumannya aku terpegun diam semua bahasa yang aku fikirkan untuk menggambarkan kerana fikirku bidadari syurga datang melawat menjejak kaki ke bumi. Oleh sedemikian peluang itu aku sahut bagi mencipta sekurang – kurangnya peluang insan sepertiku dengannya gadis secantik dia. Jika ditanya, bertahun aku nantikan sapaku dijawab serta kepada penerimaannya dalam skrin layar mayaku ini dengan rasa gembira ditemani detak jatung yang kencang.

Oh tuhan, biarlah hatinya tidak aku miliki tetapi aku tunduk sujud kerana Engkau ciptakannya di dunia pancaroba ini. Namanya terbias di dalam fikiranku, kecantikkannya terbuai – buai dimataku dan senyumannya terletak indah dihati serta sanubariku. Maafkan aku kerana tidak tergambar apa – apa pengucapan kerana lidahku kelu dan suaraku terbisu tiba – tiba. Dimana dia berada, apa yang dilakukan aku cuba untuk mengetahui walaupun sebutir katanya tidak pernah aku dengarkan pada halwa telingaku dan seluruh jasadku yang bergerak ini. Rahsia hati, aku rahsiakan perihal hati ini kerana sedar aku terlalu berbeza dan naif.

Terima kasih aku kepada alunan syahdu piano ini kerana mengkhayalkan aku sementara dan kelibat dia hadir menemani sebagai perlengkap susunan nada romantis ini hingga alunan ini terhenti. Andai alunan romantis ini berhenti selama – lamanya, aku harus ucapkan selamat tinggal angan – angan kepada bidadari yang wujud di muka bumi yang daif dengan pegangan hidup ini. Luahan ini akan dia baca kemudian hari nanti andai diizin tuhan kerana dialah yang merobek hatiku dan dialah citra manusia yang luar biasa bersama muzik latar bagiku.

“ketika air mata itu terjatuh”

Posted in Uncategorized on April 11, 2009 by burgerdua

Lautan di dunia ini sangat luas dan air mata dunia ini sentiasa ada setiap masa. Setiap hari ada perkabaran suka dan duka serta kesengsaraan. Mungkin dihitung tangisan dan deraian air mata ini menyamai keluasan air di laut itu.

Aku di antara penyumbang kepada hitungan itu menyamai seperti lautan air di laut biru itu.Air mata dan lautan berbeza pada nama dan sifat namun ada sesuatu yang sama tentang “mereka”. “Mereka” membasahi ketika dilanda badai, sama ada di lautan mahupun di pipi. Di landa badai sekalipun titisan itu seterusnya menjadi tangisan. Aku tidak samakan “mereka” namun terdapat persamaan yang jelas serta sama dari segi penceritaan kisah hidup “mereka”, mengapa dan kenapa menjadi pertanyaan tetapi diperjelaskan dalam situasi yang jelas berbeza.

Tangisan manusia punyai pelbagai sebab yang sukar digambarkan mengenai apa – apa sebab pada situasi permainan takdir, bagaimanapun yang paling ketara adalah mengenai perasaan yang terbuku di hati setelah dikecewakan dan di permainkan. Janji – janji yang ditaburkan membuatkan seseorang hampir pasti dan menyakini adalah segalanya bagi dirinya namun sebenarnya hanyalah janji – janji yang kecundang. Tangisan itu mula jatuh dari mata ke pipi dan dari pipi ke bumi di sebabkan kekecewaan yang dialami mahupun kegembiraan dalam sesuatu masa. Tidak faham adalah perkataan yang baik ketika difikirkan mengenai mengapa deraian itu mesti jatuh sedangkan anda mengetahui mengapa dan kenapa.

Dan sebenarnya kita sendiri tidak memahami tujuan air mata itu jatuh walaupun sebabnya kita tahu dan perasaannya ada dalam perasaan kita sendiri. Katakanlah anda tahu mengapa anda tangisi sesuatu namun anda pasti tidak tahu mengapa ketika air mata itu terjatuh membasahi pipi anda.

“oh bukankah itu hati”

Posted in Uncategorized on April 10, 2009 by burgerdua

Darah gemuruh ini cuba berehat, Rasa karma yang hadir sentiasa ada,

Ternyata ada sesuatu yang terpikat, Raut wajahnya mewujudkan cinta,

Kini ingin bicara satu kali sahaja, Rasa cinta dalam jiwa,

Jiwa yang dibias rasa sempurna, Tiap kali memandangnya,

Setiap kali kata bukan menjatuhkan, Setiap kata kata yang diinginkan,

Cuba gerakkan kaki kaki ini dimana berhenti, Yang mana hidup ini perhentian seperti diketahui,

Bila lara ini tiba, Bertanyakan cinta ini akan tumbuh,

Tidak menperdengarkan soal mereka, Hati ini masih belum lumpuh,

Penghibur sedih hatinya, Bagaikan bintang kelam,

Memikirkan cinta dan kasihnya, Digambarkan setiap malam.

“serpihan yang terdalam”

Posted in Uncategorized on April 9, 2009 by burgerdua

Menafikan sesuatu yang sebenar, Kerana bimbangkan tidak akan sempurna, Mengapa kepada setiap persoalan sesiapa, Disaat ini dan ditempat yang sama.

Maafkan kerana tiada jawapannya, Apa kepada apa pun sebenarnya, Sudah menyenangkan sebelumnya, Tak sepatutunya aku menyimpan rasanya.

Serpihan dulu aku tak bisa aku jauhkan, Ketika saat dan waktunya adalah sesuatu kesilapan, Kesilapan dalam keterlanjuran kesetiaan, Diatas salah laku yang tiada batasan.

Kini cuba bersembunyi dalam sunyi, Sunyi pada kebiasaan pada malam ini, Sudah cukup cukup sudah kini, Perasaan dihati dan setiap sisi.

“bila lagu itu versi aku”

Posted in Uncategorized on April 6, 2009 by burgerdua

“Mengapa kau harus datang disini, malam ini tak bisa aku hindari, mengapa bila aku menafikanmu, bukan saatnya dan waktunya”

Mengapa….

Kau tinggalkan aku? Apa salah aku kepadamu? Aku tahu kau harus datang sini dan mengapa kau menafikan kehadiran aku dalam secebis hidupmu? Aku terlalu yakin semua bakal berakhir namun akhirnya aku terluka sendiri dan menangis disini.

Malam ini….

Jangan datang lagi dan selamanya dalam hidupku setelah hatiku kau robek dengan rakus. Tiada lagi erti dan seri nyawaku setelah kau hancurkan, tiada beza dalam nyata dan maya, kau telah aku singkirkan biarpun takdir menemukan aku denganmu. Aku tahu dan kau tahu sesuatu, namun malam ini dan selamanya jangan datang biarpun dalam hembusan angin, aku benci!

Mengapa….

Terlalu gamaknya hatimu biarkan aku diperlakukan begini sedangkan kau tahu rasaku kepada jiwaku dan detak jantungku adalah sesuatu. Sudah cukup, cukup sudah aku adalah aku dan tak mungkin ada kamu lagi kerana waktu kita terlalu berbeza dalam jam dan minit serta saatnya.

Bukan….

Aku tak relakan kau menghubungi jiwaku namun aku telah menerima hakikat bahawa jiwaku ada apabila aku memandang dihadapan, maafkan tempatmu tiada satu beralamat didalam serata jasadku.


“sudahlah”

Posted in Uncategorized on April 4, 2009 by burgerdua

sudahlah, biarlah, baiklah aku pergi“. Aku akan pergi, tidak tahu berapa lama aku tetap nekad akan pergi dari “dunia dia” yang telah aku jejaki sebelum ini. Tiada yang terbaik, terbaik dalam resah yang sering menganggu setiap jalan perjalanan dan mungkin perjalanan ini membasuh hati dan mindaku yang sedang resah. Ternyata beerti terus untuk aku kuat untuk berkata dan menyakinkan ia sudahlah berakhir.

Ternyata cinta masih tiada dalam kamus hidupku ketika ini, aku redhai dengan takdir dan tegar dengannya. Dahlah cukuplah apa yang sedang dilalui di setiap lorong – lorong yang dipenuhi jalan – jalan buntu dan tiada satu pun yang ada persimpangan untuk selamat. Tidak pernah terfikir olehku untuk tinggalkan dan pergi begitu sahaja tanpa apa – apa pesanan dan mungkin membuat aku berbeza dari pandangannya, aku tidak terfikir akan mengerti hanya seperti ini. Biarlah sesuatu yang hampir jadi itu tidak menjadi, kerana tiada saksi yang menjadi saksi atas nama cinta yang cuba digarap kita berdua. Mujurlah tidak berlaku kerana aku tetap mahukan ia berlaku, (maaflah, kata – kata ini diputar belitkan kerana aku terlalu mahukannya), saksi kita hanya maya dan diklasifikasikan sebagai talian hayat singkat.

Melodi alam sekeliling terasa amat indah apabila ia sentiasa menemani aku ketika ini, biarlah bunyi – bunyian ini bising di telingaku kerana alam ini telah terasa terlalu sunyi, (benarkah?). Sudahlah, alam ini tidak sunyi tetapi alam ini kesedihan dicemari rasa benciku kerana tiada niatku untuk memijaknya lagi. Namun air mata ini telah membasahi lantai alam ini, justeru memaksaku untuk berjalan kerana tidak ingin lumpuh dalam perasaan lara dan hiba.

Sudahlah, selamat tinggal air, udara, angin, apiku….