Archive for May, 2009

“cryin”

Posted in Uncategorized on May 31, 2009 by burgerdua

Dah berbulan barulah rasa nak message someone, call someone tapi hakikatnya macam dah tak ada siapa – siapa dalam phone list aku, especially perempuan lah. Agak bosan lah tiap – tiap malam balik lepak terus tidur kalau tak tidur pun tengok tv, surfing internet bilalah rutin aku nak berubah.. – monologku

i was cryin when i met u
now i’m tryin to forget u
ur love is sweet misery
i was cryin just to get u
now i’m tryin cause i let u
do what u do down on me aerosmith – “cryin”

Sedihnya bila dengar chorus lagu ni, aku hari – hari kasi hemtam lagu ni masuk dalam telinga aku sambil online. Manalah nak cari awek dalam keadaan yang jarang bersosial, lebih – lebih lagi aku ada perangai yang suka duduk umah sekarang harapkan adalah orang datang bagi salam dekat ym @ facebook jer. Ahh boleh gila siout tapi kan orang lain boleh jer hidup lagi tanpa awek? Maybe aku dah biasa main sms so sekarang macam tersangat terdesak nak cari kawan sms, what i mean the special one lah. Aku rasa macam dah sampai seru nyanyi lagu rock kapak tangkap leleh barulah awek boleh cair, tapi takut awek wempit lak sangkut. Aku tak nak lah pasal awek wempit semua minah rewang beb!

Wa nak cari yang setia, faham wa and yang kekal abadi lagi satu sebab wa memilih gak..awek melawati satu!!!! (kalau ada lah, sebab dekat dengan rumah aku =p )

Advertisements

“kenapa lalu tapi tak singgah?”

Posted in Uncategorized on May 25, 2009 by burgerdua

Aku kalau dah bantai tidur memang 24 jam pun boleh, tapi kalau dat time aku ikut selera tidur aku lah. Sebenarnya dah malas nak layan waktu – waktu tidur yang terbalik sekarang, contoh orang tidur malam aku pula tidur siang. Kadang – kadang aku bangun aku harapkan keajaiban dimana sesuatu akan berlaku tidak kiralah di talian telefon atau dimana – mana asalkan aku tahu ada sesuatu sedang berlaku dan ternyatanya adalah melibatkan tentang aku serta realiti yang aku hadapi sekarang. Aku dapat apa yang aku inginkan tapi kadangkala tidak, terasa macam tidak adil pada aku dan menyebabkan aku mengeluh besar serta sedih giler! Nak atau tidak kena mengeluh lah, bukan aku tidak dapat apa yang aku mahukan cuma sedikit kecewa dengan cara aku dapat, sebab selalu dengan cara susah.

Aku macam mana pun kena lah berlagak cool dan tengok orang lain senang dapat apa dowang nak. Itulah kenyataannya, aku sentiasa ada kelebihan cuma kelebihan aku diperkatakan sekarang dan dilupakan esok. Laluan hidup aku lalui kini seperti “kenapa lalu tapi tak singgah?”.

“i dun care lah”

Posted in Uncategorized on May 19, 2009 by burgerdua

Aduh, kalau nak pandai kene berlajar betul – betul ker? Ahhh.. i dun care lah, still ok jer result exam.. Kalau nak makan steamboat tepi jalan kene fikir ker steamboat tu masak atau x? Ahhh.. i dun care lah, janji kuah sedap ma (kalau sakit perut jangan nak salahkan orang lain, salahkan orang yang makan steamboat tu gak sebab dorang yang ajak aku).. Kalau budak gemuk dengan ular anaconda nak makan aku? Ahhh i dun care lah, sebab semua ciptaan Tuhan senang jer aku nak tempeleng kepala dorang (aku sebenarnya ada ilmu dalaman,sebab tu aku tak cakap dengan orang lain).. Kalau mandi sungai dengan mandi pool tak seronok? Ahh i dun care lah, sebab hari – hari aku mandi dekat rumah (kalau rasa nak berendam aku berendam dalam baldi besarlah, lepas tu air aku berendam tadi aku tak buanglah nasiblah siapa – siapa yang guna untuk mandi)..

Kalau tanya aku semua jer aku beduk i dun care lah, sebab aku memang i dun care lah, senang jer nak berurusan dengan aku sebab aku i dun care lah, kalau orang tanya kenapa aku selalu i dun care lah, sebab aku taw nak sebut ni jer i dun care lah..

“monologku”

Posted in Uncategorized on May 13, 2009 by burgerdua

“aku bosan melalui hari – hari yang penuh kesedihan neyh, aku diamkan diri tapi kerap kali saja salah, apa aku harus pedulikan cakap mereka? aku tak boleh bersikap immatured sekarang, aku makin tua dan makin dewasa, oh tuhan kau ciptakan keadilan dan kau memahami keadaan yang aku alami ketika ini tapi aku juga disalahkan? aku tak faham apa kehendak kau, disuruh sembahyang aku sembahyang dengan niat yang ikhlas tunduk sujud padamu, mungkin kau menguji kesabaranku bukan? maafkan aku tuhanku, bukan niatku persoalkan akan kau tapi kau telah menguji sekerap yang mungkin, ketika ini aku tidak mati lagi dan mungkin aku mati kelak, mulut aku tak mampu berkata apa – apa lagi hanya tunggu tanya mungkar dan nangkir serta jawapan daripada amalanku.. “

“aku hampir – hampir berputus asa ketika itu tapi dibahagiakan seketika apabila doaku dimakbulkan, mungkin kawan – kawan aku ada disitu dan dapatlah aku meraikan tanpa keseorangan, kini hari demi hari aku rasa jiwa aku kekosongan tanpa seseorang, dulu keseorangan tak pernah aku mengeluh kini aku kerap mengeluh dan aku redha sekiranya tuhan pejamkan mataku ketika ini, kerana aku lelah dengan nafas, jiwa dan perasaanku kini dan bukannya aku meminta – minta cuma aku terasa seperti ia perlu dan suatu hari nanti kita pasti ke sana jua.. ”

“owh”

Posted in Uncategorized on May 5, 2009 by burgerdua

“aku kalau dalam situasi kt bawah neyh comform aku tersangat sedih, lebih – lebih aku tak jangka akan macam neyh”.. =(

Polan A : owh i stay kt ****** .. u kat mane lak?

Polan B : eyh, i biasa pegi sane lah, sbb rumah bf i kt situ jugak.. i stay kt ****** jer..

Polan A : owh..

Polan B : owh? ok.. u tgh watpe?

Polan A has signed out. Last message receive 10:58 pm

Maknanya apa? Sudah tentu perkabaran yang amat menyentuh jiwa.

“memang dipilih kasih”

Posted in Uncategorized on May 4, 2009 by burgerdua

“ko kene berlakon lebih natural, apa yang ko buat tadi adalah lakonan kat sini aku nak tengok ko lebih natural.. Apa – apa pun ko memang boleh berlakon dan lagi satu monolog cubalah terbit dari hati sebab aku tahu ko berbakat besar. Aku nak jumpa ko lagi minggu depan dan buat yang terbaik.. “

Ceritanya begitulah, aku pergi audition “pilih kasih”, rancangan terbitan Rosyam Nor dan rancangan ini lebih kurang macam “anak wayang” yang aku hadiri beberapa minggu lepas. Hurm, aku terpilih dalam tiket second chances daripada juri hari itu iaitu Along Kamarudin yang agak tegas dan tersangat berterima kasih kepadanya. Pada mulanya aku tidak terpilih, namun minatnya aku pada lakonan ini membuatkan aku tertanya – tanya kenapa aku tidak terpilih, walhal orang dikanan kiri aku sudah tertanya – tanya dan terpinga mengapa aku tidak terpilih tadi. Aksi aku ketika dipentas rupanya diperhati dan sudah ada yang minat namun nasib tidak menyebelahi.

“tuah ayam nampak dikaki, tuah aku hanya juri itu yang tahu.. haha”, begitulah nasib sangat menyebelahi aku. Terima kasih dan aku bersyukur padaMu tuhanku. Untuk peluang setengah jalan ini tidak akan aku sia – sia akan aku jejaki dalam industri seni ini juga walaupun sukar, oh tuhan dengarlah. Aku meminati bukan kerana aku ingin popular tetapi aku amat – amat sangat meminati untuk berlakon dan menjadi seorang seniman walaupun berkelulusan dalam kejuruteraan awam.