Archive for October, 2010

“saya nak.. “

Posted in Uncategorized on October 31, 2010 by burgerdua

Entri baru! Entri baru! (Masih klise?)

Saya nak bercakap tolong dengar. *SEGAN

Kali ini saya harapkan bukan sekadar menulis tetapi seperti saya berkata-kata, ya seperti bercakap. Bercakap dengan anda. Setiap orang dilahirkan dengan impian, ini bukan impian tetapi mahu saya. Boleh tunaikan? Saya nak..

Kan dia ni dah marah. *Sobs

  1. SAYA NAK semua berhenti memuji. Mahu memuji, puji HZ.
  2. SAYA NAK kamu tidak anggap saya bukan murahan kerana publisiti, saya tak mahu pun.
  3. SAYA NAK orang lain tahu saya menghargai kamu semua baik!  Seriously!
  4. SAYA NAK semua tidak mengutuk hasil usaha orang lain, tetapi kutuk saya.
  5. SAYA NAK kamu tahu saya hanya seperti insan lain, cuma saya hanya bertuah.
  6. SAYA NAK orang lain memperbetulkan saya supaya saya tidak alpa.
  7. SAYA NAK semua faham kenapa saya tak mahu pujian, sebab saya tak berhak.
  8. SAYA NAK kamu buat apa yang saya suruh, sebab saya dah mula segan dan perasan sudah popular (walhal tidak).
  9. SAYA NAK orang disini yang baca entri ini supaya tidak terpengaruh dengan vidiyo perasan tuh.

Saya ada 9 perkara sahaja nak cakap, sebab birthday HZ ialah 9 haribulan. So bila anda buat, bermakna anda sayang HZ seperti saya jua. Bolehkan? (Kebelakangan ini dia suka update blog, memang takda kerja. Walhal dia tengah final exam tu. *Main-main betul awak.)

*kalaulah dapat bagi HZ

Apa-apa pun saya mahu ulang penghargaan kepada orang-orang yang baik ini, pedulikan apa pandangan orang lain dan itu adalah kamu. Sekurang-kurangnya orang-orang ini berlajar menghargai orang lain dalam hidupnya. Saya juga turut berlajar daripada mereka. Seriously, berlajar menghargai orang lain. Hidup ini hanyalah pinjaman, jadi janganlah selalu mendongak. *Tidaklah yang tidak tulis blog pasal AH itu tak hargai orang lain. Lain orang lain cara. Kan? *Senyum.

  1. Mula-mula untuk si dia, Hanis Zalikha.
  2. Masnurain, pedulikan orang lain kata ya?
  3. Raimalynah, ada apa dengan HZ? Sebab dia HZ. Haha.
  4. Izzaidin, manis itu gula bukan saya. Thanks.
  5. Shiqin, banyaknya sweet awak ya?
  6. Walaupun tak jeles, tapi saya jeles dengan anda Fatul
  7. Cukup-cukuplah berdoa ya? Thanks untuk doa anda Zakia.

Bila Google nama ‘Aziz Hazmi’ terus keluar nama dan blog yang menulis tentang saya. Terima kasih. Apa-apa pun Izham yang mencetuskan revolusi ini (thanks bro!). Kalau tidak, tak kenal HZ (Siapa HZ? Mula-mula dulu). Apabila sudah kenal, terus gatal.. tangan. Jangan fikir bukan-bukan.

Sebenarnya saat ini adalah saat yang akan saya tidak akan lupakan, dimana saat ini telah membuatkan saya tersenyum keseorangan dihari-hari tua nanti (InsyaAllah, jika panjang umur). Terima kasih untuk kenangan manis ini. Hidup ini macam senafas tetapi masih ada 6 nafas lagi untuk dijadikan 7 nafas. 7 nafas akan tidak akan luput seperti tulang manusia yang akan luput sedalam 7 kaki, apabila dia dikebumikan. Baiklah, saya berhenti membebel. Ingat pesan saya, saya nak..

Dengar lagu 7 nafas lagi.. Dengar lagu, dengarlah liriknya sekali dan hayati liriknya.

*Btw M. Nasir ini husband lecturer saya, Puan Marlia Musa. Baru sebentar tadi ‘kami’ berbual kerana dia datang melihat teater hari ini (30 Oktober 2010).

“surat kepada HZ & kamu”

Posted in Uncategorized on October 29, 2010 by burgerdua

Jika tangan ini dapat mencapai bintang, sudah tentunya orang lain pun mampu. Bagaimanapun tangan saya dan bintang itu sangat jauhnya seperti bulan. Kerana itu bulan diciptakan berdekatan dengan bintang, supaya bintang tidak merasai kesunyian dan sekurangnya bulan ada berdekatan dengannya. Ini bukan soal jauh atau dekat dan sunyi atau tidak tetapi ‘hubungan’ yang tercipta, mahu dikata dekat tidak ataupun mahu dikata jauh pun tidak. Ini antara saya dan HZ. Ya, Hanis Zalikha.

Inibelogsaya.blogspot.com, Kenal?

Dekat, apabila ‘kami’ bertemu di laman maya (internet) dan jauh, apabila ‘kami’ tidak pernah tahu apa yang masing-masing sedang lakukan. Inikan pula berjumpa? Mustahil. Dialah bintang dan bulan yang jauh saya maksudkan itu. Bukan saya merendah diri namun inilah hakikat antara orang biasa dan orang yang punyai ‘nama’. Walaupun HZ tidak pernah merasai begitu mahupun menilai orang, tapi saya kurang selesa. Faham-faham sahaja.

Bagaimanapun, saya tidak punyai apa-apa untuk dibanggakan mahupun untuk diberi pujian. Seharusnya pujian yang layak diterima adalah kamu-kamu yang memberi sokongan terhadap kreativiti orang lain. Mungkin usaha saya menampakkan begitu berhasil namun saya tidak pernah puas, apabila pujian dan kritikan itu menjadi pemangkin untuk terus lebih kreatif. Mungkin HZ dijadikan seperti sasaran dan saya kelihatan seperti seorang ‘stalker’ yang menjerumus diri dalam dunianya. Bak kata seperti mencari publisiti, senang. Niat utama tidak ke situ tetapi niatnya hanya mahu menunjukkan rasa, perasaan dan sayang pada orang yang sayang pada orang yang menghargainya. Tidak lebih.

Dunia ini adalah platform menunjukkan bakat, namun jangan sesekali over confidence. Ini kerana Tuhan dan manusia lain juga jelek dengan tingkahlaku yang sebegitu. Semoga saya diberi kekuatan untuk teruskan hidup dengan sokongan orang-orang yang memerhati disetiap gerak yang dilancarkan. Saya tidak punyai apa-apa untuk dibanggakan, banggalah dengan HZ kerana dialah saya mahu menjadi begini. Bermakna dia adalah sumber inspirasi. Benar? Sekali lagi, saya tiada ada apa-apa yang harus dibanggakan. Hanya orang biasa yang bertuah, tuah ayam nampak dikaki dan tuah manusia tiada siapa nampak.

Mohon, berhentilah memuji saya. Berilah pujian pada HZ. Terima kasih HZ, “rambut awak macam penyapu, tulisan awak buruk kerapu, kulit awak macam budu, but we all and I love you!”

Sekian.

P.S thanks untuk blog-blog yang menulis tentang saya. Blog 1, Blog 2, Blog 3, Blog 4 & Blog 5, kamu buat saya segan. *MALU

“confession II”

Posted in Uncategorized on October 25, 2010 by burgerdua

Ketika aku membuat pengakuan, percayalah akan aku teruskan sampai aku berasa sempurna walaupun tidak – ini adalah rasa yang benar-benarnya aku percaya. Namun aku kelihatan seakan-akan mudah melacur hati, murah! Sungguh murah harga bagi sebuah hati hinggakan sanggup menjadi selir kepada seorang wanita. Yang tidak pasti itu milik aku – dan aku bukan pilihannya, pasti!

Ain’t no mountain high enough, untuk aku terus kepada tujuan dan telah aku katakan – aku berjaya luahkan namun kecewa, debar-debar jantung itu berhenti serentak dan mati langkah. Seharusnya aku sedar dan jawab soalan yang ditanyakan oleh aku sendiri contohnya, tempat tinggal apa yang aku tinggal – papan. Kereta apa yang aku pandu – buatan Malaysia. Aku anak hartawan – Tidak. Aku seorang yang menawan – tidak. Sewajarnya ini yang harus aku sedari sebelum aku membuat sesuatu pengakuan. Apalah yang aku fikirkan? Dia tidak kisah? Janji boleh ditabur pada bibir tapi bukan pada hati.

Persetankan. Adapun nasi itu menjadi bubur atau hangit dimakan api. Sudahpun aku akui kepadanya.

Takdir miliki permainannya, aku adalah caturannya sebagai pemain yang bergantung pada buah dadu – dalam permainan yang menentukan hidup. Lemah! Aku membiarkan diri aku lemah tanpa khuatiri hidup ini sebenar-benarnya milik Tuhan, mengapa aku begini? Sepatutnya aku ikhtiar mencari jalan lain yang lebih baik daripada bergantung nasib dan mencerca diri sendiri. Sesungguhnya philosophia hidup ini yang harus aku fahami sebelum memahami konteks-konteks yang ada dalam makna ‘hidup’ itu sendiri.

Aku hanya impikan sentosa dalam naungan Tuhan, hidayah Tuhan dan keredhaan. Berliku-liku jalan yang aku susuri. Kerana aku jatuh cinta dan tidak terbalas cinta itu, aku terus menilai diri sendiri? Mungkin ia cinta yang baru akhirnya aku temui  setelah gagal berulang kali, namun kali ini gagal lagi dan beginilah, beginilah akhirnya keseorangan. Semoga kekuatan itu datang dalam waktu yang sama.

Tarik nafas dan hembus. SubhanAllah.

P.S Jika kamu faham erti lirik lagu ini, kamu faham rawan hati ini. Sakit? Sesungguhnya.

 

“confession”

Posted in Uncategorized on October 24, 2010 by burgerdua

Beberapa kali dikenyitkan dengan pancaran kilat namun tiada satu dentuman guruh yang berbunyi. Oleh kerana apa rasa yang dirasai sang langit serupa dengan rasa yang sedang aku hadapi. Mungkin ini hanyalah satu kenyitan semeotik daripada kenyitan kilat kepada rasa hiba perasaan aku yang sedang berduka lara. Seumpama mahu bergelinangan mahupun tanpa linangan airmata.

Dengan syahdu dan pilu terkadang terpisah dan terkadang bersatu. Oh inilah perasaan yang gundah namun sudah diakui rasa aku kepadanya menerusi pena maya di malam sunyi. Kepada si dia yang aku mulai mengintai untuk memasuki ke tahta mahligai hatinya. Namun terdiam dan kelu lidah untuk berbahasa walaupun sepatah, walaupun. Perasaan lega itu sudah tidak berkecamuk  dan bercampur lagi antara mahu dan tidak. Alhamdulillah, sudah dilafazkan dan dicoretkan sebagai hari bersejarah. Apa-apa pun latarnya begitu Noir, walaupun jawapannya tidak menggembirakan.

Sekiranya kita mahukan gula, pasti ianya hanyalah gula yang padu dan sekiranya kita mahukan santan, pasti ianya santan yang pekat. Benar? Sebaliknya pengakuan aku itu umpama melepaskan gula padu yang bertaburan dan bakal dikejarkan oleh sang semut. Tidak kukuh jawapannya, tidak kukuh mahunya dan aku kukuh sudah hilang keinginan untuk bersamanya. Bayangkan, apabila diluahkan disambut dengan nada gembira seperti esok bakal dimiliki tetapi bertukar gundah ketika mata ini menatap gambarnya dalam keadaan berdakapan serta berjinjingan tangan. Oh.. Sakitnya.

Kata cinta perumpamaan seperti mentari tak bersinar, malam hilang serinya sudah tidak terdaya aku gambarkan betapa hiba dan dukanya. Katakanlah kamu tidak perlu disaat aku mengakui. Mengakui aku cinta. Baiklah, aku diam kerana nadi ini pantas, jantung hampir luruh dan jelaslah when a girl say later its mean NEVER. Katakanlah tidak apabila aku lafazkan kerana kita datang ini kosong tangan kosong dada dan bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala. Kurangkan dosa dan akuilah kamu tidak suka kerana disitu kamu perolehi pahala.

Terlalu mengikut hati barangkali, maafkan aku dan bukan salah kamu.

Alright, thanks. Confession 191010.

P.S  Cuba senyum.

 

 

“butuh”

Posted in Uncategorized on October 11, 2010 by burgerdua

Jangan sakitkan hati aku lagi. Mungkin aku akan pergi, pergi untuk selamanya dan tidak mungkin akan kembali. Kecuali yang butuh pada kesakitan dan kesengsaraan yang sudi ditanggungnya.

Benar, tidak akan adanya lelaki yang mampu menggoncangkan naluri kelakian dirinya pada seorang yang bernama perempuan. Kecuali yang butuh pada cinta dan taatnya.

Maaf. Ini bukan kata-kata membangga diri kerana ini adalah kata-kata tulusnya hadir dalam hati tatkala mata berendam airmata. Kecuali yang butuh pada  larutan cinta dan asid cinta.

Jangan cabarkan aku pada cabaran. Mungkin cabaran itu tidak seberapa untuk aku tempuhi dan akhiri. Sepatutnya aku sudah bersedia untuk itu. Kecuali yang butuh pada kehendak cinta dan kemahuan diri.

Dipersimpangan itu ada belahan jalan. Kiri untuk ke syurga dan kesengsaraan. Kanan untuk ke syurga dan kesempurnaan. Mengapa kamu butuh untuk ke kiri? Lantas langkah kaki aku kebas, pimpin aku bersama untuk ke situ. Kerana aku tidak lagi yakin waktu dan jalan aku masih panjang untuk kita bersama-sama menikmati kebahagiaan ini. Benar. Bukan kerana simpang itu, tetapi persimpangan hati kita masing-masing tidak pasti yang mana terbaik buat kita namun berikanlah peluang dan cinta suci ini kesempatan untuk bersama semula. Please, aku kangen dan larut.

Perempuan dan misterinya semakin menjadi-jadi, namun perempuan sudah menjadi sebahagian hidup untuk aku fahami selain ilmu-ilmu Tuhan. Kerana bersama kamu, penghidupan itu jelas, terang dan nyata. Inilah sesuatu yang tak pernah aku rasa setiap kali bersama kamu. Tiap kali kita berpisah, cinta akan membimbing dan membawa kamu kembali tika saat itu muncul untuk bercinta lagi. Melabuh rasa dan menjalin cinta yang ditinggalkan dulunya sepi, sepi dan sepi. Kembalilah kamu kerana aku butuh pada kamu. Sekali lagi seperti dulu. Please, i love you.

Aku terima pesanan ringkas, “kita break!”.

Aku terima kata-kata depan mata, “kita tak sehaluan, i tak suka you lagi..”

Aku.. Aku cuma terpana dan membisu. Lalu pulang dalam keadaan berendam air mata. Aku kangen. Aku butuh. Membisu setelah kamu pergi dan luka ini masih belum sembuh.

Cuma aku tak tahu apa salah aku pada kamu dan kamu masih ragu-ragu ketika membuat keputusan. Terima kasih. Buat kenangan itu.

“haluan kiri langkah kanan”

Posted in Uncategorized on October 1, 2010 by burgerdua

Aku akan memastikan perjalanan kotor ini tidak terus dikeruhi dengan sisa-sisa langkah yang sungguh sia-sia menuju syurga. Renungkan sejenak – aku terus renungi, ratapi, rasai kekotoran yang sudah aku cemarkan tika aku mula berjalan dulu. Dek kerana itu Hawa tercipta untuk Adam didunia untuk menemani sang Adam supaya tidak tersesat lagi angkara buah khuldi dan hasutan yang mengotori perjalanannya. Namun angkara dan hasutan apa yang telah hasuti aku, untuk melihat dalam kabus malam yang sungguh mengaburi penglihatan nyata. Mungkin iman tidak teguh dan syaitan berlabuh ditelinga membisik.

Berterus-terang itu kejadian yang tulus namun perlu diubahsuai supaya ianya datang daripada perasaan yang luhur untuk terus bertindak secara spontan dalam bercakap dengan jujur. Bagaimanapun, percayalah tidak ada kata-kata yang mudah diranumi melainkan perkara itu dibuktikan, ibarat lena menjadi sedar. Sudah terlambat, terlambat apabila tiba pelangi selepas hujan kerana nikmat hujan itu tidak dapat dinikmati dan diamati. Sayang kerana aku di haluan kiri lagi, masih disisi kiri kerna kata mereka.

“Ya, memang saya berada di haluan kiri namun cuba perhatikan langkah ini, bukankah ia langkah kanan. Semasa saya berjalan?”

Fikiran, haluan aku benar untuk ke kiri namun bukankah langkah kanan itu adalah petanda langkah itu baik? Inilah sebaik-baiknya manusia ada juga menyimpan prasangka, namun yang lain-lain itu biarlah mereka jawab dengan Tuhan. Kerana bahasa tubuh ini sahaja yang berselindung namun hati dan fikiran masih waras dengan menyatakan malam yang dingin itu kejam pada orang yang tidak berpakaian tebal. Haluan kiri itu hanya pada nama, mari dekat, mari kenali aku dan selamat bertegur sapa.

Yang bermaksud haluan kiri itu persepsi dalam realiti dalam pandangan majazi, seperti mata yang melihat tetapi tanpa berbicara depan-depan dan terus meletak prasangka. Ini bukan pesona sebagai manusia sejagat yang baik. Manusia perlu jaga manusia kerana itu adanya budi dan bahasa tetapi bukan sebagai manusia yang menjaga compang-campingnya sesebuah kain.

Tidak bermakna aku berhaluan kiri dan akhirnya aku mati sendiri. Ianya cuma andaian dan persepsi manusia kolot yang membuat mulut. Setiap manusia tercipta dengan philosophia masing-masing.