Archive for December, 2009

“penutup”

Posted in Uncategorized on December 31, 2009 by burgerdua

Andai jiwa masih samar – samar, masih ada kekotoran, masih ada keraguan dan masih ada segalanya lupakanlah untuk melangkah setapak lagi.

Sakit. Ya, sakit lagi bumi ini dengan usianya bersama pertambahan kelompok manusia membebaninya. Kasihan. Tidak perlulah kasihankan andai mentaliti di tahap yang sama lagi. Faham?

Apa yang engkau mahu? Engkau tidak tahu? Baik engkau ambil tahu, kerana itulah kemahuan sendiri dan sampai bila hendak dibiarkan? Jangan sampai terkilan ketika usia meningkat

Lupakanlah saat suka tertawa dan duka kecewa. Senyum dan tangis. Kenangan dah tertulis dan pesanan baru sudah sampai. Balaslah dengan sempurna kali ini. Maksudnya untuk pembuka tirai baru nanti.

Penutup tirai ini hampir punah ketika ingin dilabuhkan, mengapa? Oh, lupakanlah azam yang tidak tercapai dulu dan teruskan dengan azam yang sama. Buat – buat lupa azam baru dulu, bermakna tangguhkan sahaja sementara.

Hidup ini realiti, angan – angan itu fantasi dan bezakanlah. Tetapi teruskanlah berjalan dengan semangat baru dan sempurnakanlah diri sendiri sebagai insan. Buktikan, walau siapa pun engkau. Tiada beza kerana sentiasa sama ;

Kaya dan miskin,
Lelaki dan perempuan,
Rajin dan malas,
Cantik dan buruk,
Lihatlah masih sama seperti sebelumnya. Apa mahu dikhuatiri?

Tutuplah tirai ini dan basuh dengan sempurna agar ia putih semula untuk dicoretkan kembali serta dipasangkan ke tempat asalnya. Ulangilah untuk satu semester umur akan datang, Insya-ALLAH andai umur panjang. Teruskanlah untuk pembaharuan.Inilah penutup, tidak semestinya hidup yang lepas tidak sempurna. Perlu diperbaik pulih agar ia sempurna kelak.

Tutup, 2009.

Advertisements

“kembara seorang tetamu”

Posted in Uncategorized on December 30, 2009 by burgerdua

Pada awalnya si polan ini tidak tahu untuk menguruskan diri sendiri, asalkan si polan ini membuka mata yang pasti adalah kedengaran suatu tangisan. Tidak kiralah sekuat mana jeritan si polan ini, pasti disambut dengan tangisan dan senyuman bersyukur kerana si polan ini normal dan cukup sifat. Dibelai – belai dalam dakapan si ayah dalam laungan Maha Suci sebagai tanda si polan ini di islamkan, seterusnya ke dakapan orang yang menanggung bebanan selama sembilan bulan itu. Tangisan? Senyuman? Semuanya terungkap dalam satu perkataan kepadanya. Betapa ertinya si polan kepada keluarga itu.

Pantang mendengar teriakan, pasti diberikan sesuatu agar si polan ini sentiasa dijaga dan dibelai serta memenuhi kehendaknya. Aduhai si ibu sesudah engkau melahirkan, engkau memanjakan si polan ini tanpa jemu tanpa keluhan. Aduhai si ayah besar sungguh pengorbanan engkau, sekalipun tidak mampu dalam kehidupan, tidak sekalipun engkau gagalkan permintaan si ibu ketika dia sarat dan selepas dia melahirkan. Tanggungjawab engkau berdua lebih besar jika ingin dibandingkan dengan seorang pemimpin negara. Wahai si polan, itulah ayah itulah ibu! Bagaimanapun, engkau baru sahaja dilepaskan dalam sesuatu jasad berserta roh yang ditiupkan agar engkau bernafas dan menikmati hidup yang entah bila engkau dapat nikmati kelak.

Si polan, ketika ini engkau sudah mendaftar sebagai tetamu di muka bumi dan suatu hari nanti engkau adalah kembara di duniawi ini. Tidak kiralah bersendiri mahupun bersama sesiapa, yang pasti engkau sudah menjadi putaran kepada kehidupan, kehidupan ibu dan ayah sebelum engkau dilahirkan berserta dengan sijil tanggungjawab. Andai engkau mengenali erti tanggungjawab. Wahai si polan, ibu dan ayah engkau akan meninggalkan engkau sendirian kerana sahutan Ilahi sudah ke telinga mereka. Selamat tinggal si polan, usahalah demi hidup seperti mereka usaha dalam tumbesaran hidup engkau dulu. Si polan, engkau sudah dewasa dan berpangkat tanggungjawab serta selamat menjalankan tugas sebagai tetamu. Jangan lupa, solat itu lima waktu kerana engkau kini memikul tiang agama sekali.

Si polan anak manusia biasa,
Si polan tangisaan itu biasa,
Si polan bercakap dalam bahasanya,
Si polan sudah di dunia,
Selamat datang sebagai manusia.

Si polan anak dilahirkan,
Dalam persekitaran beragama,
Si polan anak diharapkan,
Diluntur dengan sempurna,
Si polan anak diidamkan,
Menyambung perjalanan sebagai kembara,
Si polan anak dipertanggungjawabkan,
Sebagai manusia yang tinggi akhlaknya,
Si polan anak dididikan,
Dengan ilmu bangsa dan agama,

Si polan engkau kini sempurna sebagai tetamu tuhan.

“masa itu sentiasa ralat dan manusia itu tidak melihat”

Posted in Uncategorized on December 25, 2009 by burgerdua

Melihat jam di telefon mudah alih, sudah masuk ke jam 2200 bila aku melihat semula sudah 2259! Telah aku katakan tadi, masa itu ralat. Cubalah berhenti sekejap, itupun kalau bateri habis tapi masih ada lagi yang bergerak. Tidak! Aku mahukannya berhenti sekejap, bagaimanapun jika aku mati nanti, ia tetap bergerak menyusul ke hari kiamat.

Tiada dalam hadis mahupun Al – Quran mengenai detik – detik masa, tik – tok bunyi masa cuma di perihalkan tentang dari terbit fajar ke senja dari senja ke subuh dan seterusnya. Lebih mudah melihat masa ketika waktu – waktu solat di azankan.

Apalah erti hidup? Apalah erti hidup seandainya matahari sudah lupa dari mana seharusnya ianya muncul nanti. Janganlah engkau manusia – manusia jakun bersesak – sesak mencari jalan pulang ketika itu. Ketika engkau alpa melihat masa. Biarlah masa engkau lihat itu ralat, sebenarnya masa itu telah memberitahu dan membantu engkau manusia – manusia alpa.

Aku manusia,
Juga alpa,
Juga lupa,
Juga leka,
Juga sengsara,
Juga manusia seperti engkau manusia – manusia yang tidak melihat. Melihat masa – masa yang ralat itu. Satu masa telah aku bazirkan dengan menasihatkan diri sendiri dan engkau manusia – manusia yang sibuk mencari kesempurnaan.

“ya, teruskan”

Posted in Uncategorized on December 25, 2009 by burgerdua

Frasa kata frasa rasa frasa perasa semuanya tidak kena. Tidak kena dengan jiwa. Berhentilah membuat aku rasa bersalah baik pun zahir mahupun di batin di mana menyimpan semua rahsia yang tersirat dan aku tidak mengetahuinya. Ya, aku tidak berkuasa untuk tahu.

Seandainya, dapat aku harungi untuk hari ini di kemudian nanti aku masih fikirkan perbuatan sendiri. Tidak guna! Ya, tidak guna juga. Cuba di garapkan di pena maya ini supaya hati sedikit tenang, mungkin sedikit mungkin tidak. Aku tidak berdaya untuk leraikan prasangka aku kepada rasa bersalah. Sudah terlambat, terlambat untuk di sesalkan. Hanya di diari layar maya ini aku curahkan rasa dan menceritakan sepi dan sedih sendiri. Hadirlah keceriaan, hadirlah kesengsaraan jika itu keseimbangan pada pandangan Yang Maha Esa. Terima kasih. Kerana nafas, roh dan jasad.

Setiap pemikiran dan perasaan mencetuskan kolaborasi yang baik untuk menerbitkan sesuatu perkataan yang dapat di gambarkan. Di gambarkan dalam perkataan yang mudah di fahami dan di bacakan. “Itulah lumrah” – Kata – kata dari azali hidup.

Mahu atau tidak, tiada pilihan kerana hidup adalah tujuan. Tujuan kepada yang di tuju dan berpatah balik pada asal iaitu tujuan. Percayalah. Baiklah, teruskan sementara mampu. Ya, teruskan bersama – sama dengan nada kesal kepada diri sendiri dan redha kepada manusia lain.

“i dan you”

Posted in Uncategorized on December 23, 2009 by burgerdua

Songkok : I dah mula rindu kat you lah..
Tudung : Yeah, of coz..
Songkok : You kat mane? Rumah ker?
Tudung : Yup, tapi kejap lagi ada hal.
Songkok :  Owh..
Tudung : Nape?
Songkok : Sedap lah air blackcurrant nie..
Tudung : Ok fine, tukar topik.

Tudung is idle~

Apa lagi mahu? Oh, kehidupan ya? Lupakanlah masa silam dan kita cerita tentang sekarang, tentang kini. Apa maksud semuanya, mengenai pertalian itu dan pertanyaan itu? Jawab aku, jawablah pertanyaan aku. Nampaknya terpaksa aku menjawab sendiri, tentang pertanyaan itu. Baiklah, aku sabar sebab aku mula tertarik padanya setelah lama hati ini berkecamuk dulu dan kamu bukalah pintu hati dulu serta lepaskan rasa silam itu dulu.

I dan you,nanti.

“luar biasa”

Posted in Uncategorized on December 21, 2009 by burgerdua

Sekali silauan cahaya itu berkedipan, cantik,
Sekali silauan cahaya itu hilang, sedihnya,
Mengapa kesudahannya begini? Bukan begitu?
Mungkin ini lumrah agaknya, lumrah hidup.

Pinta dan tinta ingin berjaya dalam kehidupan,
Namun tetap disulami kesabaran sebelum mengecapinya,
Tuhan apa makna ini semua? Kesabarankah? Kekuatankah?
Atau kebetulankah? Jawablah dalam mimpi aku nanti.

Di ambang keresahan, menanti akhir zaman entah bila,
Tiap madah aku simpan tiap tulisan aku karangi,
Tiada kabar berita dari pagi ke senja,kapan hari?
Haruskah aku jawabkan pertanyaan yang ditujukan? Aku tiada jawapan.

Menjadi tetamu Tuhan di bumi berputar ini,
Harus aku tabah mencari sesuap nasi,
Tenangkan hati dengan kata – kata manis,
Bolehkah? Sampai bila? Insya-ALLAH.

Sebiasa manusia tiada yang luar biasa,
Kecuali nabi yang terakhir itu bersama yang lain,
Alhamdulillah. Aku yakin pada ugama dan Tuhan,
Yang memiliki dan menjadi penghulu kepada luar biasa ini.

“realiti pun begitu”

Posted in Uncategorized on December 21, 2009 by burgerdua

Di dalam diam aku leraikan antara perasaan suka dan duka yang sering mengganggu ketika ingin bermesra untuk bahagia, malangnya hanya untuk diri sendiri. Suasana ketika ini seperti pernah aku merasai dulu namun aku menyangkal pendapat isi hati sendiri kerana aku fikirkan belum masanya untuk sesalkan apa yang telah berlalu, mungkin nanti aku akan luahkan jua dan mengenangkannya. Ingin tangisi, ingin aku tangisi namun terpaksa aku lupakan semata – mata mengikuti kehendak rentak – rentak hidup yang sedang ditulis.

Aku fikirkan ingin menjengah ke alam fantasi namun hakikatnya realiti pun begitu, cuma peluang yang datang tidak bergolek dan mampu berubah sekejap sahaja seperti tiupan angin dari kesemua arah. Walaupun begitu aku lepaskan sedikit demi sedikit supaya hati ingin tidak terasa berat untuk melepaskan kesemuanya. Tidak guna untuk aku sesalkan kerana semua yang hadir dalam diari realiti dan fantasi aku seperti angin, kadang – kadang seperti menutup mata.

Kehidupan aku normal dan bertambah daripada yang kurang dahulu. Redha dan sabar.