Archive for May, 2010

“venus”

Posted in Uncategorized on May 31, 2010 by burgerdua

Bagaimanapun keistimewaan manusia itu, adakalanya menyakitkan. Menyakitkan hati dan nurani, bagaimanapun manusia tetap manusia. Lumrah itu lebih cenderung disebut – sebut apabila kumat – kamit mulut dan lidah seseorang manusia itu berbicara. Hatta apabila ianya diucapkan betapa gundah dan gulananya hidup manusia malang itu. Kenapa itu persoalan dan mengapa itu jawapan sebenarnya. Bernafas perlahan – lahan itu kunci dan sabarlah. Ini fasa untuk mematangkan manusia dalam pancaroba dunia fana.

Aku dan venus sungguh jauh nun di sana. Mengapa wanita ini dianggap sang venus? Mengapakah nama itu cenderung kepada seorang wanita? Mungkin indah. Justeru keindahan itu diabadikan dalam perumpamaan bagi seorang wanita. Venus dan wanita. Aku hanya sang serangga semut yang kelihatan dalam kelibat kelompok manusia yang mampu menciptakan propaganda dan onar. Bukan aku berniat buruk pada mereka, namun aku hanya sang semut yang berpijak pada dunia yang nyata serta melihat ukuran baju yang bersesuaian untuk dipakaikan dalam kehidupan berliku ini. Kelak aku tidak merasa sakitnya kerana aku hanya manusia biasa yang sudah berjaga – jaga tingkah lakunya.

Venus kau umpama penyeri hidupan ini namun memiliki kau umpama mendukung beribu – ribu kilogram beban dibelakang badan ini. Bukan beban sebernarnya, namun aku terpaksa berkorban rutin dan hari aku sendiri kerana ingin bersama untuk memenuhi keinginan kau untuk tampak sempurna. Biar sekalipun aku tidak dapat apa – apa namun aku puas. Puas kerana kau venus dan pujaan aku sayang. Kau bebas berlari ke sana ke mari, kadangkala terpaksa juga aku lepaskan kau dari jari jemari ini untuk kau mengamati dunia yang kau sanjung bersama – sama waktu serta teman – teman kau. Aku hanya sang semut tatkala dipijak hancur lebur. Tidaklah sekali sanggup aku melihat kau takbur memijak – mijak aku. Cuma aku pinta hanya kasih.

Kata – kata aku umpama Lingua Franca pada kau, susah difahami namun begitu senang aku karangi. Mungkin ada baik bertindak luar daripada kepompong masyarakat murba ke masyarakat yang penuh ilmu didada. Bahasa aku bahasa manusia, cuma dikarangi mengikut alunan masa yang sudah ditinggalkan pada kau yang jauh berteraskan permodenan. Namun kata – kata kau dan gaya kau tidak sekali aku ambil tahu kerana aku menyimpan segunung harta di dalam qalbu agar aku tidak digogok harta kehancuran kelak.

Venus aku sayang,

Kecantikkan kau bukan ukuran hanya tatapan umum. Kecantikkan hati itu ukuran dan biarlah ia minimum pada mata umum. Jahil bahasa tidak mengapa namun jangan jahil budi bahasa. Yang ikhlas itu hati dan fahami itu harta tidak terperi kurniaan Tuhan. Lalai dan asyik, masa tidak menunggu kerana ajal maut itu sedang mengira giliran untuk kau kembali kepada tanah pencipta. Tidaklah aku mohon, namun sayang pada kau umpama mati darah pekat yang mengalir dalam tubuh aku. Aku rayu dalam diam, aku mencintai kau sang venus.

melankolik

Advertisements

“kau mengganggu fikiran”

Posted in Uncategorized on May 25, 2010 by burgerdua

Kata yang bijaksana, emas kerap direnjis dan disimbah apabila manusia itu diagung – agungkan kekayaannya. Tetapi hanya disimbah emas dan bukannya tembaga, jadi manusia yang sederhana royaltinya terpaksa dicermati dalam hidupnya. Tiada keborosan.

Aku manusia yang bukan menggogok harta kerana kuasa dan bukan harta tolong keutamaan ketika ini. Aku manusia yang hanya menagih kasih. Tapi tidak mengapa kerana kau sudah pun buat aku berfikir panjang. Aku cuma ada dulang tembaga murah dan tidak mampu untuk digantikan dengan dulang emas untuk hantaran kelak. Aku malu. Bagaimanapun aku tidak kesal hidup bak tembaga karat. Bahagia dan damailah dengan warisan kau.

Jika ada mainan atau sebarang jenis buku ilmiah di depan mata, aku lambat untuk menjamah dan sentiasa menjadi yang terakhir. Namun aku tidak sedar jika aku yang terakhir bermakna aku menjamah kesan daki – daki manusia berilmiah. Justeru aku orang terakhir mendapat harga sebuah ilmiah. Kini aku ubah diri sedikit demi sedikit untuk tergolong dalam manusia yang beradab dengan mainan ilmiah dan bersopan ketika menjamah. Benar, aku menguyah lambat berkenaan ilmiah oleh itu aku perlahan – lahan menguyah sedaya nikmat. Di sini bukan berniat menunjuk perubahan tetapi aku merubah diri sendiri walaupun tidak kaya harta dan ilmiah seperti kau. Ini realitinya.

Aku mendengar senandung alam semesta walaupun qalbu aku tercedera, aku respon pada alam walhal aku terluka dan meluahkan dalam hati. Melodi hati dihayati dengan sepenuh emosi ketika lagu sepi dialunkan pada halwa telinga ini. Itu realitinya. Namun pada fantasinya, kehadiran kau amat dinantikan sebenarnya. Inilah perbezaan realiti dan fantasi. Aku tidak bersangkak ketika mengakuinya.

Aku tidak bersangkak pada pertama kalinya namun aku bersangkak – sangkak untuk mengakhiri.

Selamat tinggal.

...........

“ternyata sudah berlalu”

Posted in Uncategorized on May 19, 2010 by burgerdua

Sengaja diciptakan propa dan onar di qalbu,
Sang puspa ternyata bukan pelupa,
Namun hanya beberapa patah kataku,
Puspa kecewa lara dek kata – kata.

Jiwa tercedera dan tercalar,
Hanya kerana kata – kata permainan cinta,
Harapannya puspa dengar lantas mekar,
Akhirnya terlalu percaya lantas berubah lara.

Sang tebuan tiada hinggap di puspa,
Akibat laranya pada hidupan,
Ingin berdua teguh dengan doa,
Kini hanya ada kenangan.

Ini hanyalah rasa pihak murba,
Pernah semua berasa dan semua kecewa,
Tangisan, deraian, hilai tawa semua ada,
Yang pasti ini lumrah dunia.

Lara itu jiwa,
Persoalan itu propaganda,
Jawapan itu rahsia,
Hidup itu nyata.

Ini adalah mimpi-mimpi

“andai kata”

Posted in Uncategorized on May 15, 2010 by burgerdua

Tercipta kata – kata kerana mencari dimanakah muqadimah yang harus dimulakan dalam setiap perbualan dan disusuri dengan perbuatan. Kehidupan kadang – kadang memaksa aku mengenal erti hakiki, namun dalam jiwa sanubari sentiasa menguji mencari cinta sejati.

Andai kata cinta itu fantasi, akan aku pasangkan sayap supaya aku terbang tinggi dan melihat dirinya dalam pelbagai sudut yang aku mahu. Akan aku pasangkan sayap padanya si cinta, tatkala laut bergelora agar aku dan dia terbang tanpa gelora dijiwa. Kerana aku tidak perlu air laut untuk membasahi aku dan dia kerana ini fantasi aku.

Andai kata cinta itu realiti, akan aku perhatikan setiap inci setiap ukuran pada diri aku ini agar tidak memilih yang bukan ternyata ianya adalah aku. Akan aku renangi gelora walaupun tidak sekalipun aku pandai berenang kerana aku merempuhi dugaan dalam kehidupan ini. Kerana air laut membasahkan aku dan kerana air laut menyedarkan aku, inilah realiti dalam dunia.

Andai kata semua orang mampu berkata – kata, tidak akan wujud muqadimah ketika mahu berbicara. Yang tinggal hanya ada kata – kata itu, andai kata.

"diatas itu fantasi dan dibawah itu realitinya"

"diatas itu fantasi dan dibawah itu realitinya"

“sedetik dan sesaat dikurniakan tuhan”

Posted in Uncategorized on May 9, 2010 by burgerdua

Dialun azan dan qamat ke telingamu,
Tanda anak dilahir sebagai islam,
Airmata mengalir tanda syahdu,
Tidak kira siang atau malam,
Disaat sakitnya datang melahirkanmu,
Kamulah anak – anak benih Adam.

Ibu ; generasi ke generasi berganti hari,
Diserang pelbagai rasa dan emosi,
Kerana nafasmu aku bertatih hingga berdiri,
Walaupun lidahmu lemak bercili,
Untuk aku memahami hidupan ini dan berdikari,
Dalam perjalanan yang mengabdikan diri menuju Tuhan kini.

Lumrah hidup dikurniakan keindahan dan kesengsaraan, namun adakalanya hidup diberikan oleh Tuhan sedetik dan sesaat untuk dihayati. Mama, Ibu, Emak, Umi, Ama, Ma dan Mummy adalah panggilan yang telah diajarkan sejak ketika kita semua masih bayi kecil yang masih tidak mengetahui apakah maknanya. Setelah berulang – ulang usaha seorang ibu melatih anaknya lalu secara tiba – tiba kedengaran panggilan yang hampir serupa daripada mulut si kecil tadi. Alangkah sempurna hidupnya. Bagaimanapun jangan sesekali melupakan sang Ayah.

Anak – anak adalah kurniaan, kerana itu sang ibu lebih menghargai dan menyayangi. Didoakan kebahagiaan anak – anak, melindungi mereka dan memberi perhatian sepenuhnya. Namun sang anak apabila dewasa, acap kali melupakannya. Aduhai.

Anak – anak menjamin ibu bapa ke syurga. Bagaimanapun tidak sekalipun di mohon oleh mereka supaya anak – anak mendoakan buat mereka malah mereka sendiri mendoakan agar kita ; anak – anak hidup dengan baik berserta dengan kejayaan kelak. Sebagai anak – anak yang sudah mampu berfikiran jauh, tidak sekali merelakan ibu bapanya ke neraka Tuhan. Lihatlah kemuliaan ibu dan bapa memainkan peranan mereka dalam kehidupan ciptaan Tuhan ini, adakalanya kita leka dan lalai bahawasanya nyawa manusia mampu ditarik oleh Tuhan secara tiba – tibanya. Tanpa amaran dan tanpa sedetik serta sesaatnya, Tuhan mampu memisahkan kita dan ibu bapa.

Justeru, doakanlah sebaik – baiknya doa buat mereka.
Pada yang telah pergi mahupun masih ada.

Kau hanya satu buat aku, selamat hari ibu dan hari – hari adalah hari ibu.
Terima kasih.

“satu”

Posted in Uncategorized on May 4, 2010 by burgerdua

Cuma ada satu dunia dan satu – satunya ciptaan terbaik-Nya adalah Manusia. Namun bukanlah hanya ada satu perwatakkan dan perangai dalam dunia yang satu itu, pelbagai. Sungguhpun begitu Tuhan tidak menilai mengenai ciptaan-Nya kerana Dia percaya manusia – manusia ini adalah perkara biasa buatnya, kerana itu dia menciptakan sebaik – baiknya manusia dalam setiap raut wajah, bentuk dan perwatakkan. Adanya sempurna manusia itu daripada hujung rambut ke hujung kaki mahupun adanya yang tidak sempurna, itu adalah ujian Tuhan buat insan terpilih. Namun ianya adalah sindiran buat manusia lain untuk memahami nikmat untuk bersyukur. Perasankah manusia lain? “Tunggu tualah baru taubat, muda – muda begini kita berseronok dahulu”. – Ada manusia permikiran begini.

Firman Allah dalam surah Al – Baqarah ayat 81 – 82 ; Muda sebelum tua, dosa dan pahala sudah dineracakan.
“bahkan sesungguhnya, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, maka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. Dan orang – orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga ; mereka kekal didalamnya”.

Satu – satunya pengertian mengenai hidup ini adalah menuju ke jalan Tuhan dengan sebaik – baiknya. Tidak kira muda atau tua perasaan menyimpang itu tetap ada di setiap laluan. Bercabang – cabang. Tidak kira siapa berbuat pahala dan tidak kira siap berbuat dosa, bahu kiri dan kanan manusia itu telah dicatitkan oleh petugas-Nya.

Satu – satunya manusia istimewa di mata Tuhan, kerana manusia diciptakan berakal untuk berfikir mengenai baik buruk. Akibat nafsu, dosa pahala disamakan. Oh manusia.

Malam ini ada temujanji,
Adapun rasa untuk bersuka ria,
Nahi mungkar tidak lagi dipatuhi,
Ulaslah apa sahaja,
Sia – sia itu jawapannya nanti,
Inilah cerita manusia muda dan tua,
Akan terimbas mati itu lambat lagi.

Satu – satunya yang aku puja adalah “ibuku syurgaku”. Diantara satu yang bertahta dan menjadi pujaan didada adalah “cik hatiku”. Namun diantara yang mampu merobek keyakinan ini, satu – satunya pemburu aku adalah “dugaanku”. Ibuku syurgaku, cik hatiku dan dugaanku semua ini adalah satu – satunya perkara yang aku alami serentak sebagai manusia muda yang bakal tua (adapun jika panjang umur), sudah pun diulit oleh dosa dan pahala. Mana – mana aku berada, sudah dipetakan prinsip dan ada ketika sudahpun bersimpang – siur dalam perjalanan menuju Tuhan. Aku insan yang terdampar dalam lautan manusia, yang tinggal hanya kekusutan minda dan cita – cita.

Semoga aku mampu rempuh azab sengsara ketika nyawa dikandung badan. Bukan azab Tuhan aku nantikan namun balasan Tuhan ketika aku sudahpun tunaikan tanggungjawab. Ketika ini ingin aku memeluk bunda, memiliki puspa hati dan menjauhkan sisa – sisa dugaan. Untuk berdakap dengan kebahagian dunia dan akhirat, amin.