Archive for November, 2010

“rezeki & entri : beri arti”

Posted in Uncategorized on November 28, 2010 by burgerdua

First of all, terima kasih kepada ALLAH SWT atas kurniaan rezeki dan sedikit bakat. Semoga apa yang dikurniakan tidak membuatkan saya lupa dari mana saya berasal dan daripada mana saya berganjak dari setapak ke setapak untuk meneruskan hidup fana ini. Amin, suatu pintaan doa agar tidak cepat melatah dan lupa diri. *Berharap

Pada mulanya saya amat bersyukur, ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada saudara Eric Fuzi kerana memberikan sedikit ruang untuk saya melangkah lagi dalam persada seni. Walaupun hanya sekecil zarah namun pintu rezeki ini tidak harus ditolak untuk saya menerjah kejayaan bakal mendatang nanti. InsyaAllah. Rezeki berkenaan mengenai lakonan dalam sebuah video clip Hafiz AF, iaitu lagu ‘Awan Nano’ yang bakal bersiaran di Astro. Tunduk syukur, ya Allah.. Dek kerana itu tempias pintu rezeki terbuka dengan luas, semoga berterusan hendaknya. Ya Allah, jangan lalaikan aku dengan duniawi ini kerana ianya bersifat sementara : kerana hidup ciptaan-Mu ini umpama roda. – monologku.

Keduanya entri ini buat kawan-kawan AH, terima kasih kerana terus menyokong dan terus. Tidak sangka bahawasanya kalian betul-betul mengambil serious tentang apa yang diperlakukan oleh saya, walaupun tujuannya bukanlah serious namun saya amat-amat menghargainya. Bermula dengan permainan yang bercampur dengan main-main terus bertukar kepada kesinambungan, namun hampir ke setiap episod telah diceritakan perjalanannya. Semoga anda semua memahaminya dalam konteks yang positif dan tidak menjadi sebagai seorang pengendap (stalker) terhadap seorang wanita. Tujuannya adalah saya cuba berkarya, namun kalau ada rungutan daripada individu itu sendiri dan dengan itu saya akan hentikan serta merta.

Buat HZ, walaupun anda pernah atau tidak menjengah ke diari maya ini, tunduk syukur dan berterima kasih kepada anda kerana memberi sedikit ruang dalam hidup anda. Jujurnya, kita tak pernah ketemu namun biarlah begini sehingga tiba saatnya walaupun entah bila. Apa-apa pun setiap entri di belog anda sudah memadai. Syukur!

Saya bukan seorang lagenda, namun saya cuba menjadi dia, lagenda.

Inilah rezeki dan inilah entri yang sehalus-halusnya memberi arti dalam 22 tahun ini. Terima kasih ya Allah dan kepada yang menyokong. Anda semua bagaikan ‘Awan Nano’ buat saya.

P.S nantikan original video clip ya featuring AH!

Advertisements

“setahun yang cuba tak dibazirkan”

Posted in Uncategorized on November 13, 2010 by burgerdua

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaannya telah memberkati hidup saya untuk setahun yang singkat ini. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Dalam kehidupan yang begitu singkat ini, tidak ada sesiapa pun dapat menduga yang baik mahupun buruk namun inilah kehidupan realism yang sedang saya alami. Kenyataan yang harus yang diterima bahawasanya ini adalah tanda-tanda positif dalam hidup ini. Kini tidak lagi saya peduli dengan kokokkan ayam mahupun kicauan burung yang begitu menjengkelkan sepanjang kehidupan saya yang bermula setahun yang lepas. Orang yang berhasad dengki mempunyai getaran yang negatif dalam getar tubuhnya, oleh itu bahasa tubuh dan luarannya menjelaskan keadaannya. Dek kerana itu saya harus bersikap berlawanan dengan mengecas getar positif keseluruh anggota yang bersambung, supaya ianya positif berpanjangan. InsyaAllah.

Setahun yang tidak dibazirkan bermula dengan perkenalan antara saya dan Izham Ismail pertama kalinya di court futsal, beliau turut memperkenalkan belog ini kepada saya. Borak-borak santai kedai mamak mengenai blog itu telah menemukan saya dengan sesuatu diluar jangka, “oh Am idea kau!!!”.. Baiklah, saya setuju untuk melakonkan Ini Vidiyo Saya secara spontan. Akhirnya telah ‘menemukan’ saya dengan puluhan ribu penonton yang sangat-sangat supportive, sporting dan paling penting pesanan itu sampai pada tuan blog. Alhamdulillah, terima kasih Izham Ismail. Dalam beribu Izham Ismail hanya satu yang saya kenal. Thanks bro!

Thanks!

Seterusnya setahun itu tidak dibazirkan apabila individu-individu yang menonton mula memberi tindakbalas yang tidak disangkakan, diluar jangkaan saya. Syukur, Alhamdulillah. Individu-individu ini adalah fans tuan blog tersebut dan kini telah menjadi kawan-kawan saya juga, saya sayang anda sampai bila-bila, janji! Bukan saya takut kehilangan tapi saya takut kehilangan individu-individu yang baik hati ini. Kalau saya berkemampuan, pastinya akan adanya hari penghargaan buat kalian. Semoga Tuhan itu mendengar permintaan yang belum tertunai ini. Sekurang-kurangnya ini adalah memori waktu muda yang pastinya akan membuatkan saya tersenyum sendirian tatkala usia dijamah tahun. Mungkin juga sebuah cerita untuk cucu-cucu saya. InsyaAllah kalau umurnya panjang. Amin.

Akhir sekali, kepada individu ini. Kami tidak kenal satu antara lain, kami berbeza umur, latar belakang, jantina dan sebagainya. Telah saya katakan, bukan saya takut kehilangan tapi takut kehilangan individu-individu yang baik hati ini. Namun yang pastinya selepas semuanya berlalu, ini adalah memori yang paling baik untuk dikenangkan. Pada mulanya saya mahu berterima kasih untuk entri ini dan entri ini. Kadangkala saya merasakan apa yang dilakukan oleh saya ini adalah menurut hati yang memberontak ikhlas dan semahu-mahunya. Akhirnya ada mata yang melihat dan menghargainya apa yang telah dilakukan. Kepada individu tersebut, saya hanya semut hitam berjalan dimalam kelam namun telah dipancarkan oleh kamu sedikit limpahan cahaya untuk saya bergerak dalam gelap. Kamu adalah ‘sesuatu’ dalam laman maya ini dan bermakna buat saya, cuma ini saya mengerti. Terima Kasih.

Memang sesuatu kan?

Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam ‘pembikinan’ drama realism yang telah dilakonkan secara nyata dan maya oleh saya sendiri. Dibantu oleh Izham Ismail, kawan-kawan Gombak, AH Friends, HZ Fans dan tentunya Hanis Zalikha. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. Sangat-sangat terharu.

*Terharu

Ini adalah setahun yang cuba tak bazirkan, akhirnya tidak dibazirkan!

*Tidak ada kaitan apa-apa ya berkenaan lagu ini. Enjoy!

“bukan kicauan gombal”

Posted in Uncategorized on November 3, 2010 by burgerdua

Hiburan itu umpama lilin yang berkorban, populariti itu umpama rama-rama yang tak tahan lama, percakapan itu umpama kerusi yang dipertahankan, kebebasan itu umpama merpati putih yang terbang tinggi, amarah itu umpama merah yang berdendam dan ketenangan itu umpama biru yang redha. Saya memilih untuk menulis dan tersenyum dengan kicau-kicauan sang burung lain.

Terang-terangan sudah dinyatakan bahawasanya saya harus mencipta gagasan sendiri, supaya dikebelakangan hari tidak lagi seharusnya mendengar atau hirau dengan kicau-kicauan manusia lain yang serupa kicauan burung. Sekarang saya sudah bersedia, kerana perihal itu bakal berlangsung dan akhirnya ianya telah dilangsungkan melalui sindiran sinis berbaur manis. Sungguh pura-pura pada peringkat pertama kalinya.

*Positif.

Adat hidup ini tidak sama dengan adat alam, adat alam tidak membunuh tetapi adat hidup sanggup membunuh. Walaupun sebesar zarah kuman. Khianat dan dengki itu ibarat permainan hakiki dalam kehidupan. Faham? Kalau kita tidak boleh memburu seperti anjing dan berlari seperti arnab, alamat jahanamlah semua usaha-usaha yang telah saya usulkan selama ini di sesawang youtube berkenaan Hanis Zalikha. Saya harus kuat. Usaha saya tidak terpesong, niatnya hiburan semata-mata disamping gelak tawa tetapi tidak sampai mentertawakan orang lain. Sekadar humor dan tawa. Buat yang lainnya itu adalah persepsi kalian. Saya terima dengan hati yang terbuka.

Pada setiap hari itu, saya bersedia. Pada setiap hari itu, saya cuba. Cuba sorotkan tujuan sebenarnya namun kata mereka, “bukankah itu mencari publisiti? Lelaki ini stalker”. Apa yang termampu, diam dan membenarkan kata-kata tanpa usul periksa itu berlangsung. Kata ibu, mulut manusia umpama turun-temurun tidak akan mampu terkatup rapat selagi dia masih diatas 7 kaki. Kata ayah, biarkan sahaja kerana apabila mata tertutup rapat justeru tanah dikambus, jawablah dengan Tuhan. Namun setiap umat manusia sudah tersedia ada nota catatan kiri dan kanan dibahunya sejak azali, oleh itu seharusnya saya tidak harus gentar dengan cemuhan. Alhamdulillah, apabila ada yang bermain dalam sesebuah permainan dan janganlah lupa saya adalah diantara salah seorang pemainnya.

Jalan kita masih panjang teman. Hati-hati dengan kicauan burung lain.

Kematangan seseorang itu terbatas apabila otaknya beku, saluran permikiran tersumbat akibat busuk hati meluap-luap terhadap kejayaan dan usaha orang lain. Tidaklah menyatakan bahawasanya usaha saya ini adalah yang terbaik, daripada dulu telah saya katakan saya hanya bernasib baik dan bernasib baik lagi.  Buruk kata kamu dan buruklah saya. Baik kata kamu dan baiklah saya. Saya belajar menerima kesalahan dan belajar memperbetulkan kesalahan namun tidak sekali saya cepat melatah. Saya ingat pesan ibu dan ayah.

Saya coba kurangi kesalahan, Insya-Allah. Tidak cukup sekadar kurangi, saya tahu.

Kita datang ini kosong tangan kosong dada,
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala,
Let me help you try to hide bila rasa mahu bermulut jahat,
Saya faham ini sebahagian dalam dunia ini tanpa keep it all inside your heart.

P.S lirik lagu ini padu!