Archive for March, 2010

“profil lengkap untuk tidak kemana – mana”

Posted in Uncategorized on March 31, 2010 by burgerdua

Kata orang, “orang berbudi kita berbahasa”. Benar, kadangkala apa yang menghalang aku untuk berbahasa adalah kerana aku berasa segalanya tidak mampu dikongsikan dengan semua orang dan zalim pula sekiranya aku berkira – kira untuk berkongsi dengan keluarga sendiri. Aku kecewa dengan diri sendiri kerana terlalu memuja “aku”, walhal tanpa orang di sekeliling aku hanya semut hitam yang di celah batu ketika malam datang. Maaflah, aku sendiri berasa ini bukan profil terbaik untuk memilih jalan hidup ini. Ini tidak baik.

Perjalanan aku tidaklah sehebat manapun, hanya garapan diari maya ini menampakkan aku begitu amanah dan kukuh dalam perjalanan hidup ini. Hidup ini penuh dengan pengertian, kadangkala aku tidak sanggup untuk memberikan pengertian yang aku sendiri tidak relakan dengan kehendak hati, nafsu dan pemikiran. Haruskah aku berlari? Tidak. Profil kehidupan aku di bina bukan atas dasar melarikan diri dan berdiam diri namun kehendak itu aku yang punya. Aku tidak sanggup bila aku tidak mahu. Cara penyampaian aku tidak bernas dalam pemikiran waras manusia di sebabkan aku tidak beralaskan alasan yang kukuh untuk melindungi diri sendiri.

Kadang – kadang frasa rasa bertanggungjawab itu sudah difikirkan namun terpaksa dilupakan akibat daripada kemahuan hati ini sendiri. Orang tidak akan fahami sepatah pun jika tiada penjelasan di lakukan, bagaimanapun kebenaran itu sentiasa di saat – saat akhir baru akan menjelma. Kehidupan ini seperti putaran, kadangkala kebenaran itu di dahulukan. Namun ini adalah profil aku dan aku berhenti bila aku mahu, aku bercerita bila kau mahu tahu serta aku menyalahkan diri sendiri bila aku mahu. Bukan  mementing diri tetapi inilah hakikat dan realiti kehidupan seseorang apabila sudah ada peta di mindanya. Seperti kau juga dan bukan aku sahaja.

Aku berdiam diri tanda aku berfikir,
Aku berdiam diri tanda aku bimbang,
Aku berdiam diri tanda aku menyesal,
Aku berdiam diri tanda aku tidak mampu puaskan hati semua.

Advertisements

“abstrak dan susunan 3”

Posted in Uncategorized on March 16, 2010 by burgerdua

Nyanyian merdu dan susunan muzik yang indah mampu mengungkap kepada suatu pengertian yang punyai seribu makna yang baik dalam kehidupan. Perih bagaimanapun, apabila dimengertikan bait – bait liriknya akan membuatkan diri berasa tenang dalam kesulitan yang di alami dalam kehidupan itu sendiri. Berterbangan, terbang tinggi seperti helang yang bongkak menerjah awan biru di atas sana bagaimanapun sesekali menerkam ke bumi jua mencari makanan. Seperti kehidupan, ada jatuh dan bangun melintasi waktu dengan alur hidupan yang perlu diteruskan hari demi hari.

Susunan : Helang Hidupan

Hai hidupan mengapa begitu sukar?
Edan mengundang sekiranya begini selalu,
Laluan berliku seperti di dalam sangkar,
Antara hidupan dan kesesatan menerjah kalbu,
Namun tidak siapa sangka hatinya sudah tercalar,
Goresan dan garisan yang diterjang penuh liku.

Hidup, hiduplah dengan tenang,
Ini hanya permainan duniawi,
Dalam sesebuah kejayaan terang,
Ulasan tidak diperlukan lagi,
Pandangan juga bukan sebarang,
Antara logik dan tidak ; ianya pasti,
Neraca sudah ditimbang.

Sinopsis :

Kehidupan tidak dapat disangkal dengan kepayahan, adakalanya. Akibat daripada tekanan seharian, mengundang kepada kegilaan yang cuba mengilhami hidupan itu sendiri dalam persekitaran yang dicarinya. Justeru, mencetuskan pelbagai pandangan dan kemahuan dimana kirinya kejahatan dan kanannya adalah kebaikkan namun sekeping hati yang dimiliki orang lain tidak siapa mengetahui kesedihannya. Segalanya dilalui dengan tenang walaupun dihujani sedikit ujian.

Bernafas dengan tenang tatkala hidupan yang baik itu mendorong kepada sesuatu yang baik itu berterusan dalam sesebuah percapaian dalam kehidupan yang tercipta dalam alam ini. Kehidupan yang baik juga berterusan tanpa sebarang pertanyaan disebabkan oleh kehidupan seseorang itu telah nyata dan jelas dalam rutin hidupnya. Apa yang pasti kehidupan itu tiada diselang – selikan dengan pertanyaan mahupun pandangan yang diyakini hanyalah antara logik difikiran dan tidak difikirkan. Sebagaimana kehidupan itu di coret, coretan di kiri kanan sudah dikiran sejak bermula seseorang mula bernafas.

“fasa pengujian Tuhan”

Posted in Uncategorized on March 8, 2010 by burgerdua

Ujian. Ujian? Untuk apa di uji dan haruskah di uji? Inilah dasar pengujian atau peringkat ujian yang seharusnya di uji dan diterima oleh kesemua manusia. Aku melalui hari – hari yang gembira bertukar suram dan kelam dalam perjalanan menjunjung nyawa sebagai seorang manusia yang tercari – cari apa yang dimahukan dalam hidupan ini. Ada ketikanya aku terjumpa dan ada ketikanya berjumpa namun hanyalah sementara dalam coretan jadual harian kehidupan untuk hari itu serta hari ini. Ya, seperti hari ini segalanya hampir melumpuhkan segala sel – sel badan yang normal di badan ini seperti tidak mampu berfungsi lagi dalam frasa yang berdukacitakan dan bertemankan air mata. Keluhan aku umpama seperti tidak bererti lagi disebabkan Tuhan itu sudah memperdengarkan keluhan – keluhan manusia sejak Adam di ciptakan dan keluhan – keluhan ini seperti muzik berbentuk percakapan yang tidak berhenti – henti. Mungkin kematian manusia atau aku sendiri sudah mengurangkan bunyian – bunyian keluhan itu. Sekurang – kurangnya.

Mencintaimu manusia, seperti iman yang digenggam rapat mampu terbuka sendiri tanpa di bantu. Mungkin kesabaran dalam keimanan mudah diperdaya oleh sesebuah cinta, jika cinta itu wujud buat aku dan buat sesiapa. Namun ketika ini hanya ada, adalah kesedihan dan kemungkinan rasa itu tidak mungkin kembali dalam rasa yang diluahkan dalam persepsi pemikiran logikal akal serta kemahuan. Bukan cinta sahaja dapat gadaikan keimanan sepenuhnya tetapi di sebabkan oleh fasa – fasa pengujian ini sahaja lumpuh segalanya kenikmatan rasa yang terdalam didalam frasa tangisan. Mungkin peluang cinta itu tipis dan peluang kehidupan tidak akan kembali lagi dalam hayat yang sementara ini disebabkan Tuhan menuntut kesabaran dalam rancanganNya dan rancangan manusia dalam konsep pelbagai. Bangsat. Bangsat pada diri sendiri kerana membiarkan kepala dipijak diperbodohkan hampir sepenuhnya. Itulah ujian keimanan dan hukumlah aku apabila ianya sudah terjadi, ianya sudah terjadi sebelum aku menutup mata sepenuhnya.

Pernahkah aku berfikir tentang karma? Ya, aku pernah memikirkan dan fikirkan mengenainya sejak aku memahami maksudnya dalam peradaban bahasa kamus. Mungkin maksudnya lain – lain dalam konteks agama lain namun kesimpulan ianya sama, pembalasan. Dengan apa yang aku ambil telah diambil semula oleh manusia lain cara manusia yang memiliki caranya yang tersendiri di mana mereka dalam dunia mereka sendiri. Bagaimanapun dunia ini hanya ada satu yang aku tahu, mungkin kalau berbeza pun, berbeza malam dan siang disebabkan putaran bumi serta suhunya mengikut kedudukannya. Dunia mereka, dunia aku itu hanyalah metafora yang diciptakan supaya ianya tampak seperti mereka yang memilikinya. Fasa pertama hingga fasa terakhir diselitkan pelbagai kiasan untuk aku fahami tetapi aku manusia yang tidak yakin, benarkah ianya kiasan ataupun tidak? Aku tidak tahu. Akhirnya aku melalui fasa pengujian terakhir di titian yang menentukan kehidupan sebenar benarnya aku apabila aku di adili dalam mahkamah Tuhan nanti.

Fasa – fasa ini berperingkat, satu per satu dalam pelbagai cara. Aku tidak temui cara, gaya, bahasa dan segalanya dalam fasa pengujian ini kerana ianya rahsia kehidupan. Peluang untuk memahami kaedah pengujian ini adalah menerima dengan redha dalam kesabaran sehingga memahaminya sendiri mengapa hidupan perlu ada hikmah disebaliknya.

“terci(p)(n)ta dengannya”

Posted in Uncategorized on March 1, 2010 by burgerdua

Aku berniat tulus,
Dalam peradaban bahasa kamus,
Aku tidak andaikan seperti Nostradamus,
Kerana yang tinggal pada aku hanya ada andaian cinta halus.

Cukuplah ada rasa halus pada cinta,
Kesempurnaan itu tuntutan dunia,
Melainkan aku tercipta dengannya,
Dan aku tercinta dengannya dengan tidak sengaja.

Berpinar – mata, berfikir panjang dan termenung sendirian sambil tangan masih tersusun di A, S, D, F serta J, K, L, ;  pada papan kekunci. Di hadapan aku ini adalah laman maya, laman diari maya sebenarnya. Entri ini buatkan aku berdebar – debar dalam menggalas seruan hati supaya di fahami oleh golongan pencinta yang menerobos sisi cinta aku dan berkemungkinan cinta mereka juga. Mungkin. Ini adalah persengketaan di antara perasaan yang terpendam dan hati yang miliki cinta namun kedua – duanya terpaksa, ya aku terpaksa mengalah juga akhirnya kerana tidak pasti apakah yang digalas perasaan itu benar – benar terpendam? Mahupun yang digalas hati itu adalah cinta sebenarnya? Persengketaan ini tidaklah sebagai bebanan pada aku, namun aku mencari persamaan supaya dapat digabungkan dan disatukan sebagai rasa cinta yang terpendam akhirnya diluahkan.

Saat – saat rindu, saat – saat bercinta diabadikan dalam satu perkataan iaitu perasaan dan kemudiannya bersemi dalam satu taman ciptaan aku sendiri pabila si dia di depan mata. Senangnya hati. Berpinar – pinar lagi mata mengenangkan yang aku berimaginasi tentang kayanya cintaku tetapi sebenarnya aku masih menulis keletak keletuk di papan kekunci ini,apa pun terima kasih kerana sudi menghantar luahan aku pada laman maya ini agar dapat aku mengulangkaji teks – teks cinta dalam stanza yang berasonansi yang beremosi di pagi buta. Pada asasnya ianya tetap ukiran cinta namun belum dapat dipahatkan supaya ianya kelihatan nyata. InsyaAllah izin Tuhan, angan hati ini akan dimengerti oleh seseorang. Ya kadang – kadang aku berasakan ianya igauan dan kadang – kadang ianya gangguan positif tentang cinta.

Perasaan kadang – kadang boleh di datangi dengan pelbagai rasa namun pada dasarnya hanya ada manusia baik dan jahat. Aku tidaklah sebaik mana dan tidaklah sejahat mana dan ini bukan niat untuk memuji diri namun aku memahami konteks ukur baju badan sendiri. Aku tidak dilahirkan kaya tetapi aku gembira. Aku tidak dilahirkan menawan tetapi inilah aku seadanya. Aku tidak dilahirkan sempurna tetapi kesempurnaan adalah milik Tuhan pada aku. Biarlah dilahirkan bagaimanapun, aku merasakan perempuan yang baik adalah milik lelaki yang baik. Adakalanya ianya bersifat sementara kerana sikap manusia adalah pembolehubah mengikut situasi. Oleh kerana itu aku tidak kisah kerana aku percaya ianya jelas dalam firman Allah bahawa manusia pembolehubah mampu mengawalnya kerana itu Tuhan berfirman mengenainya.

“jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri” – Surah Al  Isra ayat 7

Sebaik – baik manusia adanya juga diselang selikan dengan kesabaran dan ujian namun itu adalah tindakbalas biasa dalam kehidupan pada aku. Perasaan juga memohon tindakbalas namun terpaksa menunggu  pada harinya tiba kelak dimana cinta dan cipta itu adalah seperti perumpamaan yang jauh namun itulah gandingan yang menciptakan bagai pinang dibelah dua. Aku menyelusuri mindaku di bawah suhu sejuk dan berharap pada kebijaksanaan mengubah stanza – stanza cinta ketika mata ini bersengkang ditemani waktu yang terus berjalan bersama gerakkan tangan aku ketika ini. Aku rindukan kau (cinta) dan aku cintakan kau (imaginasi). Rasa tercinta dan rasa tercipta memohon pada garisan yang beradab dalam meluahkan noda – noda cinta yang positif kepada seseorang yang ingin dimiliki aku ketika ini, namun noda – noda cinta ini memaksa aku lupakan hasrat aku sendiri disebabkan aspek kesedaran kerana tanah yang aku pijak ini tidak pijar sepertinya pijarnya dirinya itu.

“klu Tuhan tidak terselindung”

Posted in Uncategorized on March 1, 2010 by burgerdua

“(wahai tuhan) Tunjukkanlah daku ke jalan yang lurus (iaitu) jalan orang – orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka (para nabi – nabi dan rasul) ; bukannya (jalan) yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat” – Al Fatihah ayat 6 – 7.

Kehidupan sekali sekala melalaikan bagi manusia – manusia yang sedia ada, sungguh pun di antara mereka adalah golongan – golongan yang baik dan memperjuangkan hidup mengikut panduan Al – Quran. Kenapa? Oleh kerana terdapat manusia yang tidak berhati – hati dalam hidupnya nescaya mereka akan terjerumus dan menyimpang daripada dasar kebenaran itu sendiri. Tuhan sudah pun meminjamkan kitab yang diberikan kepada Muhammad, Rasul junjungan kita supaya kita tidak menyimpang jauh daripada nilai – nilai kehidupan sebenar namun kita leka dan tidak berhati – hati menyebabkan kita tersasar jauh daripada arah sebenarnya.

Ketika bangun esok pagi, seceliknya panca indera terus melihat diri sudah pun dikafankan menanti waktu yang bersesuaian untuk dikebumikan ke dalam liang lahad. Itupun pinjaman Tuhan kepada manusia lagi. Dimana sebahagian kecil tanah di wakafkan kepada makhluk ciptaanNya buat sementara sebelum dibangkitkan dan dikumpulkan di padang Mahsyar. Kehidupan dan kematian berbeza pada ejaan, sebutan dan pengertiannya namun terdapat satu persamaan pada kedua – duanya. Persamaannya adalah tujuan. Tujuan dihidupkan makhluk – makhlukNya dan dimatikan. Mengapakah persamaannya adalah tujuan dan bukan persoalan?

Tujuan kehidupan manusia sempurna adalah melalui panduan Al – Quran dan rukun iman dan islam yang dipinjamkan supaya mereka mengamalkannya sebagai persediaan ke jalan Tuhan. Tujuan kematian manusia pula adalah medan sementara menguji kemahiran manusia memahami erti hidupan sebenar yang di syariatkan di dalam Al – Quran. Mulut tidak akan bercakap tetapi perjalanan hidupnya akan bercakap. Mungkin amalan ketika hidup itu akan bercakap? Allahuakhbar.
Tuhan cekap bermain kiasan dan Tuhan cekap menjawab kiasan – kiasannya yang dibiaskan kepada manusia, namun manusia masih leka kerana sudah pun mengetahui jawapannya. Itulah berkali – kali dipesan, berhati – hati dan jangan sampai menyimpang justeru dinyalakan signal tepi kelak. Aduhai. Sudah pun terjadi.

Manusia yang memahami dan mengamalkan kata – kata serta syariat Tuhan merayu – rayu dalam doa seharian mereka supaya ditempatkan dan diberi nikmat seperti yang diterima oleh para Nabi dan Rasul. Kepada manusia yang lebih pandai bersedialah ke liang lahad bersama kitab  – kitab jelmaan sendiri nanti. Inilah klu Tuhan yang terdapat dalam kata – katanya supaya manusia mengkaji dan memahami konteks dan teks yang Tuhan mahukan manusia itu menjadi lebih sempurna. Pinjaman sebenarnya adalah roh yang ditiupkan ke dalam jasad – jasad manusia. Sesekali Dia memanggil, fahamilah tiada istilah sekejap dan taubat ketika itu kerana Dia maksudkan apa yang Dia mahukan serta tidak menunggu. Sebagai manusia, pentingnya berdoa demi kesejahteraan hidup dunia akhirat, pentingnya memahami pertunjuk Al – Quran dan tunduk pada kemahuaan Tuhan. Nyawa itu umpama emas paling berharga ketika manusia dimatikan.