Archive for November, 2009

“puing-puing”

Posted in Uncategorized on November 19, 2009 by burgerdua

Di saat begini alangkah bencinya kalau ingin berpatah balik pada keadaan asal, keadaan yang aku mahukan tapi ternyata sudah di hadapan. Di hadapan di mana aku berasa seperti keseorangan melalui pahit manis dalam pencabulan usia dan masa. Terima sahaja.

Di cerca, di permainkan sudah tidak aku cerna dan sudah lali dalam pelbagai situasi hingar – bingar. Halwa telinga aku mendengar namun setiap perkataan yang aku tidak mahu cerna sudah di tapis dan di tepis keluar dari susur galur ruang pendengaran.

Sesekali aku menjerit.. Arghhhh!!
Cuba sekali lagi.. Tak berbunyi

Aku kembali, dalam keadaan separuh normal dan separuh khayal. Entahlah kerana ingin hidup aku begini, mencuba untuk menaiki tangga, tangga – tangga kejayaan hingga jatuh apabila mati kelak..

Seperti puing – puing.

“keinginan itu paradoks bila disebut”

Posted in Uncategorized on November 19, 2009 by burgerdua

Aku inginkan seorang bidadari yang lahir dalam zuriat manusia, dimana dia? Bagaimana rupanya? Bolehkah aku bersama? Itulah paradoks bagi aku si semut kecil dalam bulatan dunia yang inginkan sesuatu yang aku tidak tahu dan tidak arif mengenainya. Indahnya bila aku menutup mata, aku terus bertemu dia, si bidadari.

Ya, aku telah jatuh cinta. Tidak, aku belum jatuh cinta. Ya, aku telah jatuh cinta. Tidak, belum lagi. Ya.. Sudah!

Aku pasti sudah menemuinya dalam saatnya aku ditakdirkan bertemunya. Sayang, kemana dan dimana kau kini aku pasti temuinya. Sudah pasti tiada rahsianya cuma ada keinginan untuk meluahkan rasa hati kian memuncak. Kini aku cuba untuk menyebut ianya cinta buat pertama kalinya.

 

“aku adalah analog”

Posted in Uncategorized on November 19, 2009 by burgerdua

Aku memangkah pada politik terlebih awal sebelum layak mengundi kerana tiada dalam memo hidup aku, sekian. Hidup adalah ralat, ralat adalah lalat, lalat setelah di umpan. Aku elakkan melakukan kesalahan buat kali ketiga kerana aku percaya, sekiranya ada yang kedua aku akan memohon untuk kali ketiga. Lebih baik bersedia pada kali yang ketiga agar aku sedar dan jelas mengenai peluang.

Belum terlambat untuk membetulkan kesalahan dan terus mencari jalan kebahagiaan hingga memiliki sesuatu yang aku impikan. Aku mencuba sehabis baik, sehabis daya, sehabis waktu untuk memahami khilaf sendiri di hadapan cermin. Di sebalik cermin aku melihat bayangan, bayangan aku yang kesedihan akibat daripada kehampaan dan kehampaan itu adalah nasib.

Aku adalah kesilapan,
Aku ada kesilapan,
Aku adalah harapan,
Aku ada harapan,
Aku adalah simfoni,
Aku ada simfoni…. Kerana aku adalah analog.

“prolog”

Posted in Uncategorized on November 15, 2009 by burgerdua

Berfikir panjang sebelum menulis, mungkin aku terlalu berhati – hati? Mungkin tidak kerana kelihal si dia yang hampir aku cerna ini sudah berada di jemari untuk di garapkan dengan baik. Aku penulis yang cuba menyembuhkan cinta sendiri dengan menghela nafas panjang walaupun lelah di jiwa.

Seandainya aku boleh memilih untuk terus mengambil keputusan lantas di jawab dengan baik, aku adalah manusia bertuah dikalangan yang terbaik. Aku mulakan prolog dengan sesi perkenalan seterusnya dengan angan – angan yang aku impikan dalam kacamata aku sendiri walaupun dengan mata tertutup.

Langkah kaki aku bergerak dengan perlahan – lahan dalam persembahan luhur dari jiwa untuk menerimanya walaupun dirinya sudah dimiliki dan telah aku  cuba menyangkal namun aku tidak berdaya. Kerana aku sudah “bercinta’ dengan rupanya terukir cantik di potret dan itulah anugerah dari cinta. Aku gagal milikinya namun tidak bererti aku menerima kekalahan.

Sesungguhnya aku cipta prolog bukan untuk merampas apa yang sudah dimiliki tetapi merampas nikmat Tuhan dengan izin-NYA. Merampas kecantikkan, kecantikkannya di dalam diam. Aku tidak sepatutnya dan sepantasnya menyimpan perasaan ketika tali terikat di hatinya namun begitu semua telah menjadikan angan – angan sebaik melihatnya.

Aku mungkin terluka dan mati nanti bagaimanapun aku tidak pernah menyerahkan hidup kerana aku mencorakkannya dengan persiapkan hati dan persiapkan cinta.

“sensitif berkarpet merah”

Posted in Uncategorized on November 14, 2009 by burgerdua

Pria : Sayang! Miss you so much!!
Bunga : Baby! Miss you too!! Love you baby!!

Bunga ros putih yang di pegang di jemariku jatuh mencium lantai, tiba – tiba layu terus. Aku sudah tergolong dalam golongan yang bermimpi, malang sungguh!  
Secara tiba – tiba tiada konklusi  dapat aku huraikan kerana perasaan suka berubah duka dan duka berubah hiba di sebalik rupa aku yang tenang. Melihat tawa si bunga di samping pria pujaan bertambah derita di dada, sesak nafas di buat kau, bunga pujaan.

Ingin aku mendengar lagi kata – kata yang kau lontarkan padanya, tetapi lontarkan pada aku, mungkin aku belum puas bermimpi walhal baru dikejutkan dengan perkabaran yang merundum jiwa. Sayang padanya dan dibalas sedikit simpatinya, bukan simpati aku pinta tetapi cuba merasai aku di sini. Di sini dan di mana – mana kerana aku wujud. Aku cuba mengalami di dalam dunia kau, bila cinta tak menyatukan dan untuk kita sekali sahaja benarkan aku menyayangi kau. Bunga yang aku sayang, aku sayang pada kau dan dengarlah.

Aku sensitif tapi tidak cukup inovatif,
Aku sensitif tapi terlalu naif,
Aku sensitif tapi aku bersikap negatif,
Aku sensitif tapi aku pasif.

Aku bertenaga dalam cara yang kompleks namun aku tidak bertenaga dalam menggilakan kau dalam rasional. Cara aku umpama sensitif yang ingin di julang dan di perhatikan mungkin lebih kepada untuk disambut di karpet merah. Aku melebih – lebih dalam pemikiran sendiri, perasaan bila tanpa memikirkan perasaan pria kerana bunga ada bersamanya dan sentiasa. Aku sensitif yang beralas karpet merah.

“abcdefghijklmnopqrs..”

Posted in Uncategorized on November 14, 2009 by burgerdua

Tidak perlu untuk dihabiskan dari huruf “T” kepada “Z”, mungkin ketika di huruf “S” aku sudah pun mampu untuk berhenti tanpa disuruh untuk dihabiskan, tetapi kenapa di “S”..?

She,                                     
Should,                              
Smile?                 ya, sepatutnya.

a ; aku
bc ; baca cara
de ; dilema elemen
fg ; frasa gembira
hi ; hingga idealisme
jk ; jejak kaki
lm ; lama menghilang
no ; nampak oleh
pq ; pencari quran
rs ; rasa simpati                                

“Aku baca cara dilema elemen frasa gembira hingga idealisme jejak kaki lama menghilang nampak oleh pencari quran rasa simpati”

Ertinya disini, aku baca atau tafsirkan sesuatu dengan berprasangka dan berfikirkan sesuatu itu adalah kata – kata gembira daripada sudut bacaan. Namun aku tidak fahami makna sebenar langkah – langkah yang ditinggalkan manusia jahil telah bermula kembali ketika ini di dalam diam telah tersebar. Manusia – manusia kembali jahil ini lupa dan alpa bahawasanya erti sebenar dalam Al – Quran sudah terpadam dan terpesong dalam pemikiran mereka. Apabila penterjemah maksud quran melihat, alangkah sedihnya serta simpatinya umat akhir zaman ini sudah kembali pada asal sebelum kedatangan islam.

Itulah sebabnya tidak perlu untuk aku habiskan dari “T” hingga “Z”. Mungkin maksud lain pula akan disampaikan.
“ALLAHUAKHBAR” – monologku

“admire”

Posted in Uncategorized on November 14, 2009 by burgerdua

Tuhan itu seolah – olah memberi isyarat seperti bahasa kuno dan sukar untuk difahami kepada aku mahupun orang lain, maybe? Aku lambat untuk memahami sesuatu, maksudnya bukanlah dari percakapan, perbualan atau pemahaman tetapi pesanan yang sampai kepada aku melalui perasaan sendiri. Mengapa diciptakan perasaan kalau tidak mahu makhluk-NYA merasakan sesuatu, bukan? Aku diberi peluang sekali lagi untuk merasai untuk melihat bulan penuh.

Perasaan adalah ruang dan waktu, hilang tiba – tiba dan datang tiba – tiba. Bagaimana untuk aku merasainya? Mungkin berdoalah pada Tuhan dan bertanyakan Dia melalui doa yang aku pohon setiap kali selepas aku bersolat. Mudah – mudahan si dia menjadi aku, dan aku menjadi si dia bila di izinkan nanti. Kata – kata dan pengucapan sukar untuk dilafazkan apabila aku kaku dalam perasaan sendiri pabila melihat si dia. Hati kecil ini cuba berbicara, perasaan cuba merasa, lidah cuba berkata – kata dan tangan bergetar – getar terkena panahan. Panahan terus dari seseorang yang aku idamkan.

Kini aku duduk diam, cuba memahami  konsep “bahasa Tuhan” sejak dulu lagi. Cara yang disampaikan sukar difahami bagaimanapun setelah difahami itulah perasaan sebenarnya dan erti kata lain minat (admire) pada seseorang.