“yes, she caught my eye!”

Soal hati kadang-kadang boleh jadi sesuatu yang rumit namun ianya sekelumit sahaja, apabila ditanyakan pelbagai soalan daripada 1001 ragam manusia lain dan tidak mengapa. Inilah yang membuktikan kita manusia yang sedang belajar dengan baik tentang kehidupan indah ciptaan Allah SWT dan tidak salah.

Entri ini ditulis dengan tersenyum dan diulang-ulang lagu you’re beautiful by james blunt. Indah.

My life is brilliant – Apa-apa pun, mungkin ini adalah sebuah pengertian pada sesebuah perkataan dimana menterjemahkan segala-galanya. Kepandaian dalam kecermelangan dalam hidup, siapa yang tak impikannya bukan? Namun tidak saya katakan saya sudah mencapai tahap ini cuma telah melangkah setahap dalam erti lain, makna sebenar kehidupan itu sendiri. Masih belajar dan mengharapkan kita bersama-sama menuju kejayaan. Hayya ‘alal falah.

My love is pure Ini adalah jawapan saya untuk soalan daripada 1001 ragam manusia tadi. Tidak sesekali saya bangga cuma lebih berbangga kerana kita semua memiliki cinta semurni ini, cuma pada siapa ia harus diluahkan dan disampaikan masih menjadi rahsia berkenaan dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT. Mungkin ianya belum sampai masa yang sesuai untuk kita meluahkan cinta murni itu, namun berbanggalah sekurang-kurangnya kita miliki rasa ini. Alhamdulillah saya masih memilikinya dan pada siapa harus diluahkan ianya masih tidak diketahui oleh saya.

I saw an Angel – Mungkin pancaindera ini belum lagi dikurangkan oleh Allah SWT, syukur Alhamdulillah.  Masih lagi boleh melihat orang-orang lain dan gelagat masing-masing. Melihat yang cantik dan buruk, merasa yang manis dan masin, membau yang wangi dan busuk, mendengar yang baik dan keji dan bercakap yang elok dan tidak. Mungkin ini adalah kriteria seorang bidadari, cantik, manis, wangi, baik, elok dan tidak mustahil tidak ada jelmaan begini didunia fana ini. Saya tak tahu dan kita semua tidak tahu. HNSZLKH bukanlah sempurna seperti kita lihat, segalanya kita tatap tentangnya seakan sempurna namun dia bukan jelmaan bidadari syurga tetapi hampir seperti bidadari dunia.

You’re beautiful – Satu pengungkapan yang jelas mengenai seseorang, sama ada pada rupa parasnya, bentuk badannya, kepandaiannya mahupun segalanya berkaitan dengan seseorang perempuan. Lelaki kita tak gelarkan mereka beautiful, kecuali mereka yang sudah belajar memakai make-up dan rambut palsu. Tidaklah saya hanya memandang si jelita HNSZLKH sahaja, namun masih lagi melihat perempuan-perempuan lain yang setanding (tidak bermakna cantik sahaja)  dan mungkin kerana rezekinya untuk lebih menyerlah, mungkin. Pada umumnya kita tercipta dengan kelebihan masing-masing, jadi janganlah cepat melatah sebaliknya mencari apa yang kita miliki dan tidak.

Sesungguhnya bicara tentang hati ini adalah rahsia individu masing-masing, hatta rahsia ini menjadi persoalan kepada orang yang ingin tahu tentang itu dan tentang ini. Apa-apa pun redha dan jawablah dengan kehendak hati masing-masing, namun yang pasti janganlah sampai ia mengguris hati orang lain dan yang penting jujurlah dalam setiap patah perkataan.

Yes, she caught my eye – Benar, dia HNSZLKH. Namun ianya adalah ungkapan dan anggapan pertama saya kepadanya namun tidaklah secara menyeluruh. Untuk sekarang, ia benar dan untuk kemudian hari nanti belum pasti. Janganlah sesekali kalian membuat andaian walaupun ianya sudah terang lagi bersuluh. Terima kasih.

Saya terasa tersangat beruntung, melihat keajaiban yang sedang berlaku ke atas pemuda yang baru sahaja berumur 22 tahun ini melangkah lagi dengan kakinya. Syukur, Alhamdulillah. Tatkala dipuji orang terasa malu dan diperli orang terasa pilu pula. Namun tak mengapa, ini mulut orang dan tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semoga saya khayal dan khusyuk meneguk perwatakkan orang baru disekeliling saya, semoga ia berjaya.

Semoga saya perolehi kawan ketawa dan kawan berpendirian. Kedua-duanya saya mahu bukan hanya pandai ketawa.

Masih lagi tersenyum, entah mengapa. Terima kasih anak-anak buahku yang comel. 🙂

Mungkin benar, disebalik saya mengagumi kecantikkan dalaman dan luarannya. Ia tidak mungkin menjadi kenyataan. Ia benar, she caught my eye!

Advertisements

17 Responses to ““yes, she caught my eye!””

  1. saye lagi suka anda berkata-kata daripada anda menulis. Heh heh. ini satu pujian. sila terharu. Do view my new entry. thx

  2. suka ayat ni —-> Janganlah sesekali kalian membuat andaian walaupun ianya sudah terang lagi bersuluh.

    hahaha… agak klakar disitu 😛

  3. sweet macam gula – gula. suka 🙂

  4. ni mesti minat HZ gilerr kan….=)
    nway good luck…hoho

  5. simply sweet….plus klakar

  6. Kalau nak buat andaian dalam hati je boleh? *wink*

  7. hi AH. thanx drop komen kat blog saya. woh tak sangka AH singgah kat blog saya. btw vdeo u suma sweet2. btw, i read ur blog since u appear kat blog HZ. everyone is admiring her kan? memang gadis idaman malaya 🙂

  8. okay ! ini sweet sangat 😀 thanks cos visiting my page.

  9. u sangat creative bila buat video ni.. congrats!

  10. thanx alot… drop commet at myblog…^_^
    AH sudi ziarah…sungguh terkezzut…
    btw….
    all video mmg best….esspecially..
    James Blunt..
    winkwink..

  11. ooooo.. ini JB dlm blog HZ tu ye?
    semoga kamu dapat apa yg dihajati. sila isi masa mudamu sebaik-baiknye.. 🙂

  12. AH..entry ni menusuk kalbu lah…deep meaning..btw,thanks drop a comment at my blog! i’ll always support you!! =)

  13. weh din. sila update link blog aku ye – notetoselfincaseofamnesia.blogspot.com

    tidak lage menggunakan wordpress. =) agak belot disitu. haha.

  14. vdeo HNSZLKH..
    semua dah perfect, tpi tang bunga plastik tu x seswai ler,huhu..

    lagi sesuai dgn bunga sebenar,..

  15. waa .. so sweet bro .. wish u luck ehhh !! teruskan usehe2 yg sgt sweet ..

  16. awak sangat sweet..kreatip giler.. HZ sure cair bagai air sirup yang manis (sebab dia mmg manis) biler tgk vid awak.. kalo kawen sure anak-anak korang comel.. hehe.. statement berangan..

  17. hi AH 🙂

    lelaki sweet seperti kamu dah tak ramai. bukak class la awk. hehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: