Archive for March, 2009

“nak berlari tapi tak tahu berapa kilometer”

Posted in Uncategorized on March 30, 2009 by burgerdua

Minggu yang sangat – sangat menyedihkan, malang pula bertimpa – timpa (lepas satu, satu lagi datang), hati pula sangat gelisah dan resah sentiasa.

“Mengapa?”, pertanyaan yang ditanya dan dijawab sendiri. Mula – mula menerima perkabaran mengenai pilihan hati, dimana “dia” sendiri tiada jawapan tetapi aku percaya dia ada cuma sengaja menyembunyikan untuk menjaga hati kiri dan kanan. Aku tak sedih, tak sedih, sedar tak sedar aku renyai di pipi….biarlah.

Seperti tulisan aku sebelum ini, telah aku nyatakan jangan lemparkan perkataan “tak boleh” kepada aku dalam keadaan yang aku tidak senangi. Lalu dilemparkan juga, buatkan aku bertambah hiba dan entah kemana mata dan fikiran ini berjanji untuk bertemu menyebabkan aku dilanggar dari belakang serta mengalami beberapa kecederaan. Bagiku kecederaan hati ketika itu terlebih cedera, cedera jiwa, cedera hati berkali – kali sakit.

Mahu tidak mahu aku berjalan seiring dengan waktu berdetik, mengikut kata – kata angin,awan,matahari dan bulan. Berjalan dua batu pun aku tak mengeluh, mungkin aku akan mengeluh kerana jiwa aku sudah letih. Makan tak tentu, kerana perut belum menjerit kelaparan lalu aku berjuang demi hari – hari ini dengan rasa puas hati. Entah bagaimana fokusku hilang lagi dan hampir dilanggar lagi, andai kecederaan itu berulang, mungkin aku telah merasai berada dalam tanah merah yang lembab.

Setelah mengalami trauma dan derita, aku cuba untuk tidur seketika, cuba tidur pun ditemani mimpi ngeri, lantas aku bangun dikejutkan dengan perkabaran ibu dimasukkan ke hospital….hurm, mengeluh lagi. Aku tersangat letih hendak mengeluh panjang lagi, dan apa yang aku rasai kini adalah rasa nak berlari tapi tak tahu berapa kilometer akan aku berlari.

Advertisements

“houri”

Posted in Uncategorized on March 22, 2009 by burgerdua

Aku mahu, aku mahukan, aku sangat mahukan…. Tetapi andai diperkatakan disini, aku risaukan dia akan tinggakan tulisan ini sebagai debu – debu sahaja. Ya, aku mahu kerana aku mahu segalanya bukan itu dan bukan sementara mungkin semuanya. Kini aku sudah pudar ditelan kerinduaan yang amat dalam dan sangat perlukan perhatiaannya.

Aku “butuh” kepadanya dan aku mungkin tidak dapat merahsiakannya. Secara tiba – tiba bila hati belum membuat keputusan siapa, yang mana, lantas ada  menyuarakan dengan soalan yang sangat membunuh ketika itu jiwa dan roh aku  terpaut pada “dia” yang lain. Ya,terpaut sudah. Wajahnya sangat mengkhayalkan, diselubungi kata – kata yang terpaksa dirahsiakan dan aku dapat membacanya tetapi tidak banyak. Tetapi ternyata aku, aku sedang merindu.

Maafkan dengan dimensi nyata dan maya mengambil kisah adam hawa menjadi tulisan di kertas elektrik ini. Sesungguhnya ia benar kerana akulah penulisnya, merasanya di setiap bulu roma dan kadangkala di sarafku. “Dia” jatuh dari langit tinggi secara tiba – tiba terdampar keseorangan dan dalam sekelip mata di depan mata. Tuhan mengubah haluan hidupnya (aku bersyukur), mati hidup kembali (aku menangis, kerana aku bersyukur) dan memberikan beban yang aku terima dengan hati yang sangat – sangat gembira untuk membantu dia. Tidak mengapa dan tidak mengapa aku tidak pernah merasa ingin begini.

Namun aku berdoa, sekiranya aku hilang ingatan biarlah wajah itu diingati walaupun dalam hidup yang sudah gundah dan berserabut itu. Aku  mohon warkah ini  mengembalikan aku kepada  “dia”  dalam fikiran yang waras, jiwa yang tenang, roh yang lengkap dan hati yang tercipta. AKU MAHU, AKU RINDU, AKU BERSYUKUR dan AKU TERBANG. Lihatlah, tidak pernah sekali “mati” rasa – rasa itu, tidak akan.

“tak boleh!”

Posted in Uncategorized on March 22, 2009 by burgerdua

Memang salah kalau dah “tak boleh”, atau secara baiknya tidak boleh haruslah diterima dengan baik berserta akal terbuka. Aku berduka jiwa tetapi macam pelik nak jelaskan situasi berkenaan dengan “tak boleh” dan kesemuanya merangkumi dalam satu situasi dimana keadaan sangat – sangat memerlukan. Memerlukan sesuatu, memerlukan permikiran yang sangat waras dan waspada kepada percakapan, tingkah laku serta kata – kata hati. Andai kata tersilap bicara,  mengundang  persepsi  kepada  kehancuran hati  di lubuk sanubari dan perkataan tak boleh sangat – sangat tajam.

Tiada guna aku menyimpan sikap amarah kepada kata – kata tidak boleh, ianya tidak bercakap dan paling penting ianya bukan manusia tetapi manusia yang melontarkan nada suaranya dalam pelbagai keadaan dan situasi yang tidak aku menduga. Hiba perasaan aku seakan telah membunuh rasa – rasa dalam pelbagai deria yang dikurniakan dalam tubuh ini. Janganlah lafazkan pengucapan paling kejam yang aku rasakan dan aku dapat menggambarkan bencana kedukaan dalam hati. “Tak boleh” membuatkan deraian air mata mengalir titisan demi titisan kerana berasakan sangat menusuk jiwa aku. Aku tidak mampu mengubah apa – apa yang terlanjur dilafazkan walaupun tiada satu niat pun dimindanya bakal mengecewakan hati nanti.

Hentikan istilah ini, aku menangis maya disini. Hentikan istilah ini, aku tidak tegar mendengarnya kerana aku sangat – sangat berduka dan harapkan aku hadapinya sebagai episod akhir tetapi aku tidak pasti bila akan berakhir. Aku setia pada hati dan jiwa aku semenjak dulu biarlah aku manghadapi apa sahaja walaupun telah diduga dengan kata – kata tidak boleh. Aku tidak boleh gentar tetapi ternyata aku akan mati, mati jiwa seolah – olah kata itu seperti senjata paling tajam tertusuk di dalam saraf dan deria sentuhan aku. Jauhi aku sekiranya kata – kata itu telah difikirkan sebelum nada itu sampai ke mulut untuk dilafazkan dengan rasa yang bakal mengecewakan aku bila….

“Tak boleh”

“pilihan”

Posted in Uncategorized on March 21, 2009 by burgerdua

Berlayar jauh pun, Sesat dimana pun, Mati esok pun, Bertemu nanti pun,

Akan ada dalam dia, Sentiasa ada khayalan dia, Semangatnya ada kerana dia, Mahkota ada disetiap dia,

Diluar sana tercipta kekusutan, Namun ada kebahagiaan, Dalam lautan insan, Buatlah sesuatu pilihan,

Dia faham kedukaan, Dia terlalu membiarkan, Dia hiba dalam kebahagian, Dia tertindas dalam pilihan,

Dia ada pilihan

“perempuan”

Posted in Uncategorized on March 21, 2009 by burgerdua

“Hey si polan!!!Kau faham tak polan?Aku tercipta begini daripada azali, kau faham tak?” Akhirnya suara ini kedengaran, barangkali dia memikirkan tiada masa untuk ditunggukan untuk esok. Apakah tujuan dia melontarkan kata – kata sedemikian? Dia faham tak apa makna lontarannya tadi? Aku rasa dia faham, ini juga menyebabkan dia melontarkan keinginan sebegitu. Akan timbul prasangka buruk padanya nanti, aku yakin sebab dia, sebab dia namun dia tetap selesa dan tenang. Kemungkinan agak marah dan merasa hambar dilayan macam lain – lain makhluk satu matlamat seperti si polan tadi.

Apa kehendak dia? Apa yang difikirkannya? Untuk membuktikan dia amat berbeza? Istimewa? Pelik? Aku rasa dia membuktikan manusia sepertinya mahukan perhatian dan belaian daripada makhluk bernama si polan bukan herdikan berbaur penghinaan dina. Si polan tetap tak memahami kehendaknya, masa juga tak boleh mengubah si polan kerana si polan memang berbeza dari zaman langit ketujuh dimana seseorang hamba ini sahaja layak digelar “sempurna” justeru kematiannya kaum – kaumnya masih memahami ajarannya tetapi sikap hormat telah berkurang. Mungkin sebab itu dia mengerti apa yang dijeritkan pada si polan ini tadi.

bercakap, cuba bercakap boleh?

Posted in Uncategorized on March 20, 2009 by burgerdua

Bercakap, cuba bercakap boleh? Kenapa nk marah – marah, cubalah bercakap, cuba bercakap boleh? Rugilah marah – marah, kenapa xboleh cuba bercakap?cubalah….

Manusia senang, terlalu senang menyalahkan diri mereka dengan menyatakan mereka tidak sempurna, kemudian siapa yang sempurna? Benar tiada yang sempurna, tidakkah mereka sedar dengan pernyataan ini menunjukkan mereka tidak berusaha ke arah perubahan? Bercakaplah demi diri sendiri, tunjukkan akhlak baik – baik salahkah? Nak tunjukkan anda hebat? Jadi bercakaplah anda hebat, tiada siapa marah kerana anda bercakap untuk pihak anda. Tetapi mengikut persepsi anda terlalu bongkak mengeluarkan kenyataan seperti itu. Untuk perbetulkan semuanya, perbetulkan cara percakapan bersikap lebih “humble” pon tak mengapa ada juga yang mengenali anda.

Kenapa nak herdik seseorang? Mana adab anda ketika berada dirumah, mungkin dirumah pon sama kan? Herdik adik beradik, teruk lagi ibubapa anda. Anda seorang penipu, diluar anda penghibur, ceria, menghormati orang lain serta kawan – kawan anda. Hurm, adakah anda perlu tunjukkan perasaan anda kepada insan yang dulunya anda puji, belai, sayang, manjakan? Kalo anda penipu, bercakap, cuba bercakap boleh? Bercakaplah anda penipu, takut anda dikaitkan dengan seseorang yang bodoh? Tidak, anda berani cuma bercakaplah…. Tak salah bercakap anda penipu, mengapa hidup dalam hipokrasi?

Bait – bait patah perkataan banyak mana pon akan anda buat bodoh lagi, kerana bagi anda “aku adalah aku, aku tak peduli”, sememang anda adalah anda, anda tidak peduli tetapi orang yang merasakan manusia yang mereka kenali ini akan peduli. Mereka bercakap,cuba bercakap dengan anda tetapi anda menunngu tanah bersepadu dengan kulit, ketika itu anda dipukau dengan dengan penyesalan. Janganlah…. anda dah mati! Baiklah bercakap, aku mendengar setiap rangkap – rangkap yang cuba disampaikan sekiranya aku turut serta suatu hari nanti. Mungkin kau bercakap, tetapi pastikan “mungkar”  dan “nangkir” mendengar sekali. Bercakaplah banyak manapun, tapi bercakaplah agar kau tenang aku tidak kisah, kerana aku dan mereka dah tak dengar.

“budaya burger budaya kandungan hidup”

Posted in Uncategorized on March 20, 2009 by burgerdua

Burger? Anda tahu bukan? Sejenis makanan yang punyai pelbagai kandungan lemak daging atau ayam, tapi macam mana pun sentiasa di “coverline” kn dgn sayur, bawang, tomato (mereka cakap kulit boleh licin), dan bahan “afdal” seperti cili sos dan mayonis. Ini adalah istilah burger, tp istilah kandungan budaya hidup apa yang melibatkan burger?

Mula – mula roti, lapisan atas dan bawah. Kadang – kadang kalau diperhatikan roti dimasak dengan cantik dan kadang – kadang hangus, tetapi tetap dijadikan penutup atas dan bawah burger. Perasan tak, hidup kita naik dan turun, atas dan bawah? Ini maknanya hidup memang tercipta ada naik dan ada turun, selain itu perasan tak, ada hangus, ada cantik? Ini maknanya sesekali yang hangus itu kadang – kadang ada melakukan perkara yang tidak elok untuk berada di puncak manakala yang cantik itu melakukan perkara yang sewajarnya disisi tuhan tetapi tidak dikurniakan kekayaan. Meskipun begitu ada hikmah disebaliknya. Hidup adalah kitaran semulajadi kan?

Sayur, tomato, bawang pulak, sentiasa menunjukkan pelbagai rasa dan citarasa. Ada yang gemarkan sayur sahaja, tomato sahaja dan bawang sahaja tetapi kita sedar tak bahawa sebenarnya apa yang terkandung dalam burger ini mencerminkan kaum kita? Contohnya hijau sayur, menggambarkan warna islam dan mewakili orang melayu. Merah tomato walaupun seperti warna oren menggambarkan orang cina dan akhir sekali ungu bawang menggambarkan orang india. Bagaimanapun sekiranya diasingkan sayur, tomato dan bawang bagaimana masyarakat nak bersatu? Fikirkan….

Cili sos dan Mayonis, Cili sos adalah rahsia bagi kejayaan dalam penghasilan burger yang sedap dan ditambahkan dengan sedikit mayonis putih. Apakah makna bagi cili sos pula? Cili sos berwarna merah menunjukkan sesuatu yang pedas dan boleh dikaitkan dengan sikap pemarah dan sikap – sikap yang kasar. Mayonis putih menunjukkan sesuatu yang suci mungkin lebih kepada sesuatu yang baik dan sikap – sikap yang mulia. Tetapi tidak semestinya kata – kata ini betul tetapi berkemungkinan juga, betul tak? Justeru itu, baik yang baik, buruk yang buruk tabiat semuanya ada dalam setiap tubuh badan manusia itu sendiri.

Akhir sekali daging dan ayam, anda fikir apa? Baiklah, daging mencerminkan isi dalam badan manusia, haiwan merah warna daging itu, merahlah dagingnya. Apa kaitannya? Pernahkah anda fikir tentang istilah “darah daging sendiri”? Mengenai pertalian diantara saudara mara bukan? Justeru, perbalahan antara saudara mara, saudara islam harus dihindarkan malah antara manusia juga sama.Betulkan sekiranya kenyataan ini melalut. Bagaimanapun,burger bukan boleh disamakan dengan manusia dan boleh dimakan selalu. Ketika ini cuma menyampaikan mesej yang aku rasa sama.

“Mengapa budaya burger budaya kandungan hidup?” – burgerdua ideas