Archive for September, 2010

“bangun tidur tika tiada lena lagi”

Posted in Uncategorized on September 20, 2010 by burgerdua

Bangun, dicapai telefon mudah alih – misscall dan sms di skrin telefon. Dilihat butir-butiran, seperti tiada berperasaan dan biarkan tanpa membalas panggilan dan pesanan. Barangkali seperti kelibat ramadhan dan raya baru lepas semalam, duhai mengapa begini.

Tapi sudah lama ditinggalkan ramadhan dan raya, cuma bangun hari ini telah membuatkan perasaan itu klise dan rasa bersalah itu memuncak walaupun tidak sekalipun dihiraukan walaupun tahu.

Yang dicari dalam hidup ini adalah suatu perkara yang sukar untuk diranumi dengan sekadar berkata-kata dan menonton dek kerana rutin hari ini tidak seperti semalam serta semalam tidak seperti kelmarin. Cuma hari ini sudah dipersoalkan dengan hari esok untuk diranumi, seperti biasa ianya sukar. Cabaran itu adalah kuasa dan termaktub dalam kesukaran namun menyerah kalah itu pilihan mudah tanpa perlu diperkatakan serta diperlihatkan kepada sesiapa. Hanya Tuhan dan diri sendiri mengetahuinya.

Mengapa harus lena jika tidur itu seumpama ayam yang menunggu subuh? Berpeluh-peluh dalam selimut memeluk tubuh, apabila sakit terasa nikmat dan jauh terasa dekat – mengapa? Ini adalah persoalan dalam gelap, ketika mata menutup rapat, angankan apa yang dihajatkan walhal sudah kemana lena tidur itu pergi dan berpura-pura tiada masalah dalam tidur itu. Jawapannya ada apabila setelah mengetahui kemana arah tidur yang lena itu tujui.

Dalam hidup ini yang kita mahu adalah melarikan diri daripada persoalan, bermimpi indah, yang dihajati ditunaikan, yang diperkatakan itu dibenarkan namun datangnya tika kita tidak lagi lena dalam tidur dan tika kita berselimut khusyuk melayani mimpi yang tidak sesekali mampu diranumi. Kenyataannya tidur itu tidak lagi lena dan bangunlah mencari Tuhan.

Masih beruntung kerana dapat menghayati mimpi dan mainannya namun kefahaman tentang hidup itu masih jauh. Pernah untuk faham tapi orang lain tidak pernah melainkan sendiri-sendiri sahaja.

“hujan syawal – rahmat”

Posted in Uncategorized on September 10, 2010 by burgerdua

Dicapai tuala, meluru terus ke bilik air supaya tiada sebarang perebutan dengan yang lain dirumah. Argh! Sejuk bangat, maklumlah hujan tadi. Alhamdulillah rahmat pagi syawal. Ter.. Ter.. Ter.. Terketar-ketar keluar dari bilik air. Badan sudah dilap kering, terus disembur deodorant, disarung baju putih, terlihat baju melayu yang digosok kemas dan licin, terus dipakai.

Songkok? (tak pernah dalam sejarah aku pakai songkok sejak tingkatan 3, agaknya – monologku). Kelihatan kemas dan disisipkan butang baju melayu jenis cekak musang. Sampin? (bukan kegemaran aku ketika memakai baju melayu, kalau pakai macam skirt – monologku). Lengkaplah, melayu porak peranda dalam pakaiannya. Haha.

1 Syawal, juadah memang banyak, nanti dulu. Adil! Fitri! Mari solat AidilFitri! (Tidak ditujukan kepada Aidil mahupun Fitri, sengaja di up-to-date kan aidilfitri. Hehe). InsyaAllah setelah selesai, akan ke kuburan Arwah Papa (Al – Fatihah). Kemudian barulah raya bersama keluarga dan taulan, yang paling penting juadah yang banyak lemak, kalori serta berminyak. Pergh! Itu yang sedap. Melayu kan? Haha klise.

Okay dah siap!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir sahaja. Batin belum lagi. 🙂

P.S Walaupun lagu sedih, perspektifnya dalam suaranya sentiasa segar tiap kali raya.

“sunshine on the cloudy day”

Posted in Uncategorized on September 6, 2010 by burgerdua

“i’ve got sunshine, on the cloudy day”

For the cloudy day – Saya meludah! Meludah pada yang lepas. Melayu kata, “Jika ludah tidak akan jilat balik!”. Melayu kata lagi, “Melayu mudah lupa”, maaf itu Perdana Menteri yang kata tetapi tetap berbahasa melayu. Bagus kata-katanya, jelas, difahami, nyata dan terbukti. Ini bukan soal provoked bangsa sendiri tetapi nak relate kan dengan, “jika ludah tidak akan jilat balik!”. Untuk lebih jelas, kata-kata itu tidak boleh diguna pakai lagi. Sekarang saya sendiri pernah menjilat ludah (perumpamaan) sendiri dek kerana masih tidak lari daripada kenangan lepas. Oleh kerana saya yang merasa, maka manusia lain pula kena tempias? Percayalah kenangan lepas adalah perkara terbaik dan terburuk untuk dikenang. Kadang kala manusia alpa. Itu adalah hal yang mahu saya memeperjelaskan bukan prejudis terhadap bangsa, ya? Terima kasih kerana faham.

I’ve got sushine – Saya bercinta! Bercinta pada chinta yang mula berputik. Melayu kata, “Gunung sanggup aku daki ini pula renangi lautan api”. Melayu kata lagi, “Ukur baju badan sendiri”, disini saya mahu jelaskan bahawa, peribahasa melayu sangat terbaik pada dasar dan konteksnya adakala kena pada waktunya. Ironinya, bangsa orang putih pun ada peribahasa yang serupa. Siapa tiru siapa? Untuk lebih jelas, ini buka tiru sesiapa tetapi maksud yang ingin saya guna pakai. Logik seorang manusia tidak mempunyai apa-apa pengetahuan, terus mendaki gunung kerana cinta? Logik seorang manusia renangi lautan api, tetapi dimana lautan api itu? Dek kerana itu bercintalah kerana Tuhan, ada izin-Nya InsyaAllah ada logikalnya. Tapi jarang-jarang kita dengar. Semoga makin lancar dan faham.

Well, I guess you’ll say,
I’ve got so much honey
The bees envy me.
I’ve got a sweeter song
Than the birds in the trees.

Kerana saya sudah dilamun cinta saya khayal, saya cuba mencipta kombinasi antara lagu, kisah silam, keadaan sekitar dan realiti. Jika jelas maksudnya, inilah yang dimaksudkan. Lagu – bertujuan dedikasi kepadanya. Kisah silam – Peribahasa melayunya. Keadaan sekitar – kandungan lirik seakan terkena pada tempatnya. Realiti – Logikal akal dan kata-kata bernas para pemikir tentangnya. Namun saya mahu tegur  tentang sedikit tentang cara saya (anak muda) dan yang lain bercinta pada masa kini.

Mahu bercinta mesti faham maksud cinta itu sendiri, Tuhan telah menetapkan cinta yang satu adalah pasangan kekasih yang bercinta kerana Tuhan dan bukan nafsu semata-mata. Kata-kata memang indah namun kita sendiri adalah bangsa pelupa (melayu mudah lupa) termasuk saya, malahan lecturer saya adalah pelakon teater yang disegani dan pelakon yang terbukti hebatnya ketika usianya masih bergetah pernah berkata, melayu = malas. Apa maksudnya? Maksudnya bangsa lain melihat kita ‘biasa’, kita tidak perlu jadi seperti bangsa lain tetapi perlu identiti yang kemas tertibnya sejajar dengan sejarahnya. “Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”, ini kerana ada melayu juga melayu yang berjaya tanpa dan ada pelajaran tinggi. Cuma perlu tukar melayu = perangai.

Saya tidak terpesong daripada tajuk, namun ini adalah hakikat yang kita sedang hadapi sekarang. Bercinta kerana nafsu, anak dibuang sana sini. Bercinta kerana kata-kata, berakhir dengan adegan seks bebas. Putus cinta? Mati dengan bunuh diri. Apa ini? Bila ada pasangan bercinta, kita nilaikan salah seorang pasangannya buruk dan tak sesuai. Kita sesuai sangatkah? Sebagainya. Tukarlah, melayu = intelektual. Tidaklah bermakna saya mahu kita jadi bangsa yang mementingkan diri, saya tidak mahu itu tetapi sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk maju dan dipandang. Memang ada buang bayi, pembunuhan, perang, rogol, perbalahan politik, rasuah di media mahupun akhbar. Jadi tajuknya disini bertukar ‘Raja nafsu’.

I’ve got sunshine
On a cloudy day.
Well, I guess you’ll say
What can make me feel this way?
My girl.  Talkin’ bout my girl.

Kembali pada tajuk, saya sudah jatuh cinta sebenarnya tetapi pada bidadari yang baru sahaja kecewa namun cuba bangun mencari dirinya semula dengan itu saya sentiasa ada untuknya. Janji. Jika kita bercinta biarlah betul pada landasan, jika kita bersama biarlah terang pada pandangan ramai dan jika kita bersatu biarlah Tuhan jadi saksi. Mahu lihat kamu tertawa dan tersenyum kerana itu saya ada.

Buat kamu. Kerana kamu tahu siapa kamu buat saya.