Archive for February, 2010

“inilah sentimental dan isi cinta 5”

Posted in Uncategorized on February 22, 2010 by burgerdua

“manusia yang paling baik adalah lelaki yang melayan isterinya dengan baik – surah At Tirmizi”

Sentimental. Tentang perasaan seorang lelaki yang di curahkan kepada isterinya mahupun kepada seorang wanita hingga akhir hayatnya. Bagaimana? Sudah tentu layanan, bahasanya yang sempurna dan keikhlasannya kepada sang hawa itu yang ditinggikan darjatnya seperti bidadari yang tercipta didunia. Bait – bait dan susunan kata – kata disusun kemas dalam pertuturan supaya sang hawa tidak terasa mahupun terkilan dengan ucapannya nanti. Mungkin wujud lagi lelaki seperti ini yang tahu keinginan dan kemahuan sang hawa itu, dituruti dengan tenang tanpa sebarang keluhan. Lelaki adalah khalifah di muka bumi dan khalifah kepada kebahagiaan umat manusia terutamanya perempuan.

Pada aku sendiri, pengabdian kepada jasad dan jasad yang lain adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan mahupun disangkakan oleh mana – mana manusia kerana perbuatan serta pertuturan masing – masing berbeza dari segi jantinanya. Walaubagaimanapun, aku tidak merasakan alasan bukan satu alat pembunuhan yang mampu membunuh lelaki yang berjiwa pencinta ini.

Isi – isi cinta dan terbitan ;

  1. Perempuan mudah jatuh cinta tetapi selalu salah memilih pasangan. Sebagai lelaki cintailah dia sepenuhnya dan bimbinglah mereka.
  2. Perempuan terkenal dengan kedegilannya. Sebagai lelaki ikutlah kemahuannya walaupun berasakan ianya suatu pembaziran atau sesuatu yang membuang masa.
  3. Perempuan terlalu emosional dalam apa jua keadaan. Sebagai lelaki ikutlah rentaknya walaupun anda menjadi tempat mereka melepas geram kadang – kadang.
  4. Perempuan inginkan perhatian. Sebagai lelaki anda perlu tahu walau tidak secantik mana mereka perhatian itu adalah keinginannya.
  5. Perempuan tidak mengulang ayat dua kali atau lebih. Sebagai lelaki anda perlu bertindakbalas dengan apa jua percakapan mereka walaupun kata – katanya seperti tidak penting.
  6. Perempuan jarang mengaku silap. Sebagai lelaki andalah perlu mohon maaf terlebih dahulu walaupun bukan salah anda dan apa salah untuk anda mengalah.
  7. Perempuan kadang – kadang tidak sedar apa yang dicakapkan mungkin memalukan dan menyakiti anda di public mahupun berdua. Sebagai lelaki berdiam sahajalah dan tegurlah secara baik bila anda berdua dengannya.
  8. Perempuan sebenarnya maksudkan apa yang dicakapkan. Sebagai lelaki tunaikanlah tanggungjawab dan berusaha untuknya. Walaupun anda tidak mampu cubalah sehabis baik dan mungkin anda akan dihargai.
  9. Perempuan hidup dalam dongengan. Sebagai lelaki anda harus fahami mereka sepenuhnya dan sebagai contoh filem romantik yang ditontonnya dan peminat lelaki hebat di wayang itulah dongengannya walaupun anda tidak mampu berbuat demikian tidak salah membuang ego untuk melihat fakta – fakta di internet dan buku untuk ketahui menjadi lelaki hebat dan lelaki romantik.
  10. Perempuan adalah bidadari. Sebagai lelaki ketahuilah itulah sebenarnya dan sabar itu kunci.

Aku tidak mengatakan segalanya benar namun aku percaya ada yang pernah alaminya sebelum aku menulisnya sebagai kata – kata rasmi. Hidup ini umpama angin yang meniup daun – daun kering entah ke mana dari satu tempat ke tempat yang lain dan akhirnya kembali ke tanah asalnya ditiupkan. Bermakna hidup ini kitaran, walaupun tidak logik difikirkan namun itulah hakikat dan jika ianya diizinkan Tuhan.

Perempuan adalah ciptaan Tuhan. Dilahirkan emosional, dikurniakan kecantikkan dalaman pada yang tidak memiliki luaran dan kecantikkan luaran pada yang tidak memiliki dalaman. Sentiasanya begitu dalam konteks adil dan kepada yang memiliki kedua – duanya, itulah yang paling baik yang pernah diciptakan Tuhan. Sentimental adalah milik lelaki dan selamanya. Idea itu kehidupan seorang lelaki yang percaya pada konsep memahami wanita dan percaya kepada suasana romantik di sekitarnya dimana menjurus kepada kebahagiaan demi seorang perempuan. Biarlah mati kebahagiaan pada seorang lelaki, layanan persona itu, kebahagiaan itu asalkan perempuan itu memiliki anugerah yang lebih indah daripada cinta.

Mood : Cinta umpama pentadbiran. Perlu disusun cantik dari atas hingga ke akar umbi dan memahami nilai yang tidak mampu dituliskan walaupun hanya di helaian kertas putih.

“abstrak dan susunan 2”

Posted in Uncategorized on February 20, 2010 by burgerdua

Melihat pada permukaan lautan, tidak sekali melihat tentang dasar kedalamannya. Melihat pada fizikal, tidak sekali melihat pada dasar hatinya. Pada dasarnya ianya tenggelam bersama dalam hidup yang diciptakan oleh dirinya sendiri.

Susunan : Dasar manusia.

Dalamnya pemikiran ruang fikiran makin merana,
Antara sebabnya logikal dan fizikal bergabung menjadi nyata,
Signifikasi hidup berusaha permulaan pada anjakan paradigma,
Adakah cukup membuktikan hidupan sempurna adalah dasar manusia,
Realitinya begitukah? Ataupun sahaja mencipta propaganda?

Manusia adalah manusia,
Anggaplah bicara semuanya manis – manis belaka,
Namun itulah permulaan pada tipu daya,
Untuk diciptakan peluang memijak kepala,
Sang – sang manusia lain yang serupa dengannya,
Inilah realiti sebenarnya ; Usahlah berbangga,
Alam ini makin keuzuran menanti bencana.

Sinopsis :

Apakah kehidupan yang dipenuhi pemikir – pemikir ini mengundang kepada keperitan kehidupan kelak? Kerana pemikiran logik sudah menjadi setelah bergabung dengan kekuatan fizikal pada zahirnya namun batinnya mengertikan berusaha itu tangga – tangga kepada perubahan manusia. Mungkin hidupan sempurna adalah kehendak dan tujuan manusia ketika ini tetapi apa yang dapat dilihat hanyalah manis mulut daripada realitinya.

Kehidupan manusia terletak di tangan sendiri serta keputusan sendiri, bercakap cantik adalah identiti luaran manusia dan punyai makna yang tersirat. Tujuannya mudah. Untuk hidup senang tanpa berusaha dengan naik ke atas tanpa memikirkan orang lain. Realitinya adalah manusia makan manusia dengan percakapan dan perbuatan yang terselindung. Bagaimanapun usaha – usaha begini tidak harus dibanggakan ketika usia bumi makin naik dari saat ke saat dan akhirnya ia ditamatkan kelak.

“perspektif pekak,bi – su (bisu) dan buta ; subjektif cinta”

Posted in Uncategorized on February 17, 2010 by burgerdua

Di kalangan manusia, manusia yang sempurna asasnya adalah manusia bertuah. Cacat (pekak, bi – su dan buta) itu bukan kekurangan namun cacat itu anugerah kepada mereka yang sebenarnya tercipta begini. Maksud aku kepada anugerah itu? Tidak terbatas.

“Depan itu ada longkang pak cik, hati – hati ya?..”
Kita sebagai manusia yang sempurna
mampu untuk melompat atau melangkah dengan mudah untuk melepasi longkang itu, bagaimana dengan si buta itu? Jangan dikenangkan nasibnya jika tidak berbuat apa – apa.

“Susahlah hendak bercakap sambil berisyarat, sa – ya na – k  jum – pa a – nak p – pak – cik bo – le – h? (saya nak jumpa anak pakcik boleh?)..”
Beginikah cara kita yang sempurna melayan
orang yang kurang dayanya sejak azali itu? Kita yang tidak sempurna agaknya, “otak letak di lutut”. Manakan tidak, insan – insan ini istimewa seharusnya kita yang memahami mereka dan bukan mereka.

Maksud aku cacat itu anugerah adalah kerana mereka dikurniakan kekuatan untuk berjaya dalam berkeadaan yang kurang sempurna dan kita yang sempurna ini mengeluh itu dan ini. Bukan kita tidak ada kekuatan itu tetapi kita angkuh untuk mencapai tahap kekuatan itu dan rela untuk menyerahkan segalanya pada takdir tanpa sebarang usaha. Jika doa jadi iringan tetapi usaha itu tiada, maaflah anda di antara orang yang terlebih istimewa. Melihat pada perspektif, mungkin yang cemerlang terus cemerlang dan kurang cemerlang itu mungkin tetap masih mencuba serta yang tidak berbuat apa – apa masih pada paras yang sama. Fikirlah dan inilah realitinya.

Mungkin bukan keupayaan orang – orang begini dalam mencari jodoh atau memilih jodoh mereka inginkan disebabkan mereka tidak terdaya seperti kita, (kadang – kadang pun pilihan kita pun tidaklah secantik dan sehebat mana). Bagaimanapun orang – orang seperti merekalah yang punyai rasa yang cukup sempurna dan bertuah. Jodoh mereka terletak pada hati masing – masing dalam mencari pasangan. Maksud aku bukan dengan memilih seperti kita tetapi dengan mempercayai bukan rupa paras, cacat cela dan fizikal seseorang itu adalah penentu dalam ukuran mencari kebahagiaan. Pada parasnya tidaklah seberapa dan pada dasarnya ianya berbaloi. Orang – orang kita sekarang seperti manusia yang lupakan dan tidak lekat pada dasar asalnya”.

Kalau cinta itu buta,
Buta apa yang dimaksudkan?
Jika cuma perumpamaan sahaja,
Mungkin itu suatu kebetulan.

Kalau tuturan itu berbaur bisu,
Bisu apa yang dimaksudkan?
Jika tidak mendengar ; apakah
pekak?
Mungkin di anggap sebagai permainan.

Perspektif adalah dimana apabila kita melihat permukaan yang rata supaya dapat melihat gambaran yang tepat. Perspektif ada dalam mata kita bila kita melihat (tidak pada orang buta), perspektif ada dalam mulut kita bila kita bercakap (tidak pada orang bisu) dan perspektif ada dalam telinga kita bila kita mendengar (tidak pada orang pekak). Malangnya, dimana perspektif orang – orang istimewa ini?

Perspektif pekak, bisu dan buta sebenarnya ada pada hati mereka dan kita tidak ada perspektif itu. Kenapa? Hati kita akan cepat berubah disebabkan kita terlalu banyak melihat segala miliknya dunia dan miliknya Tuhan, terlalu banyak bercakap perkara – perkara yang tidak perlu berkemungkinan mengundang kebencian dan terlalu banyak mendengar kata – kata yang tidak perlu. Cinta itu lantas menjadi subjektif kerana terlalu banyak perbuatan.

“abstrak dan susunan 1”

Posted in Uncategorized on February 15, 2010 by burgerdua
Kadang – kadang kelainan itu keseronokkan ditambah dengan sebuah senyuman. Ya, senyuman itu yang dinantikan. Tentang apa dan apa ianya sudah dilupakan akibat sesuatu senyuman.
Susunan ; Bunga Ini Suci
Bila cuba dan mencuba mengenai rasa,
Untuk rasa itu rasa ini ; indahnya,
Namun tidak tergambar seperti kilauan cahaya,
Gerak bibir tetap menghibur duka,
Antara senyuman dan berbicara setulusnya.
Inilah cuba dikagumi dalam perbuatan,
Nak disedihkan nak ditangiskan ; ada juga yang dihiburkan,
Ikhlas itu sebahagian dalam penulisan yang berkesan.
Susunan kata dan pengucapan seiringan,
Untuk dijadikan pembuka kata,
Cantik ; hanyalah sebuah pengungkapan,
Indah ; inilah sesebuah rasa.
Sinopsis :
Keberanian dalam mencari ketulenan mengenai rasa sesuatu, mungkin dibalas dengan kecantikkan bahasa serta bicaranya. Bagaimanapun tidak berharap terlalu tinggi cukuplah sekadar senyuman dan keikhlasan.
Cuba ditonjolkan gerakan dalam pelbagai cara, walaupun dihimpit duka sengsara pasti ada yang menggembirakan kerana bersikap ikhlas dalam tulisan.
Percakapan diperkemaskan sebagai detik permulaan agar sesebuah ucapan dapat difahami dengan baik. Sesuatu yang “cantik” sudah terbukti ianya bersifat sementara namun pabila di sebut “indah” tergambar kepelbagaian dalam satu ucapan.

“yang pernah 4”

Posted in Uncategorized on February 9, 2010 by burgerdua

Pernah jatuh cinta? Pernah. Setiap kalinya pernah.

Pernahkah setiap kali kau lontarkan suara emas itu pada seseorang? Bukan nyanyian maksud aku tetapi suara hati dan ketika ini adalah berkenaan konteks hati. Setiap kali aku ghairah untuk meluahkan atau pernah meluahkannya aku bertanya, pernahkah sempurna untuk pertama kali atau kedua kali atau berkali – kalinya?“. Setiap percubaan itu adalah usaha sebenarnya, (tepuk tangan demi diri sendiri). Sekurang – kurangnya memahami konteks penolakan itu adalah perkara biasa ketika waktu – waktu meluahkan tetapi menjadi luarbiasa dan tidak terkawal perasaan apabila adanya penolakan itu di depan mata serta di alami sendiri oleh aku, secara tidak langsung hati seperti di ratah dan di patahkan. Luar biasakah? Kesian? Jangan,aku tidak minta. itulah silapnya meluahkan tentang hati aku pada manusia yang tidak sudi. Pada yang melakukan penolakan itu berbanggalah dengan keputusan anda. Setidaknya seseorang yang berani mengaku perasaannya telah pergi dalam hidup anda, terima kasih jugalah kerana mendengar.

Tabah ketika terjatuh kerana cinta ;

  1. Semestinya perkara romantik itu difikirkan setiap kalinya ingin mengambil perhatiannya. Tidak lupa juga pada ucapan ketika bersama si dia nanti.
  2. Surat – surat cinta yang bakal melayang ke tangan si dia nanti dipenakan dengan kemas dan tersusun mengikut situasi. Jika semalam sinis sedikit, mungkin hari ini lebih sinis dan esok bercampur sinis dan gembira. Itulah silapnya terlalu menyusun kata – kata, akhirnya jawab sendiri.
  3. Lagu – lagu cinta sebagai playlist utama dan terutamanya lagu yang didengari menyerupai kehidupan yang di alami ketika itu.
  4. Penolakan, terima kasih berkali – kali tolak.

Hidup aku bagaikan playlist rekaan sendiri menjadi kenyataan. Suatu ketika dulu, yang pernah dulu ingin mendalami madah dan erti sesebuah lagu serta puitisnya penulisan lirik lagu kini menjadi realiti. Ketika ini usia meningkat ke peringkat baru dan pengalaman cuba mematangkan, terima kasih pada bulan – bulan yang menjadikan setahun itu sempurna, jika tidak ada bulan – bulan itu kehidupan masih di takuk yang serupa tetapi erti kesedihan itu masih terpahat. Mungkin suatu hari, walaupun berulang – ulang memperdengarkan pada diri sendiri mengenai kata – kata itu dan tidak mengapalah sekurang – kurangnya cuba serta mencuba menjadi lebih baik kelak, amin.

Jika cinta yang pernah menghantar aku pada eti penolakkan itu menjelma lagi, akan aku fahami itu sudah aku lalui dulu dan kini erti penolakan itu sebenarnya ujian Tuhan mengenai ketabahan. Ya, ketabahan besar bagi pengorbanan usia yang lampau telah mengajar sesuatu di situ iaitu cinta itu keperluan dan secara langsung ianya hadir bagai magika yang lintas pada masa yang tidak bersesuaian.

Mood : Penolakkan itu adalah daya semulajadi kepada semua hidupan yang pernah berhubung dan mencuba.


“sebentar tadi”

Posted in Uncategorized on February 1, 2010 by burgerdua

PAGI
Hati yang tidak seberapa tenang cuba menghasuti mata supaya berjaga lagi walhal sudah tidak larat untuk terjaga namun inilah keadaan di mana sesuatu kesukaran itu dilalui dengan suasana, terutamanya di pagi yang sederhana dinginnya ini. Duduk keseorangan termenung memandang tumbuh – tumbuhan malar segar di luar, indah dan bernafas semula sebelum pagi indah ini diganggu dengan bunyi – bunyian yang diperlakukan oleh manusia – manusia lain yang bakal terjaga dan punyai tenaga setelah mereka bangun daripada tidur semalam.

SELAMAT TENGAH HARI
Masih terjaga? Ya, sudah dilenakan mata ini sebentar tadi namun terjaga juga akhirnya. Mungkin mimpi buruk? Tidak, mungkin hati yang tidak tenang untuk tidur membangunkan aku semula dari tempat tidur dan seterusnya melihat diri ini melangkah ke bilik air memerhati fizikal daripada kacamata cermin dan mata sendiri. “Apa nak jadi lagi?”. Pertanyaan untuk diri sendiri. Perut terasa lapar, selamat tengah hari.

PETANG
Melayari diari maya terasa sesuatu perlu dibualkan disini. Mungkin sesuatu tajuk? Baiklah sudah diisikan dan yang penting garapan yang kemas untuk sekali lagi dan penghayatan dalam meluahkan walaupun hanya perkataan untuk dibaca serta dibualkan oleh diri sendiri serta dilalui oleh manusia lain nanti. Perjalanan petang ini terganggu dengan terik matahari yang bakal berlabuhkan senja dan sekali lagi aku dalam kerugian dengan masa, sekali lagi.

MALAM
Saat ini adalah sesebuah pengisian dimana sesuatu pemerhatian bakal dilakukan dengan melihat kelibat – kelibat manusia pelbagai dalam konteks kemanusiaan. Konteks dimana keseluruhan manusia dikaji hanya dengan pandangan dan perbualan. Manusia – manusia malam begitu aktif seperti siangnya sebentar tadi dan ini berkemungkinan kehidupan yang dihadapi pada kesiangan begitu memenatkan untuk memenuhi segala urusan mahupun alasan semata – mata. Sebagai balasan, malam menjadi ruang untuk bernafas sebelum ianya sampai di hening malam nanti.

Sebentar tadi, terbitnya fajar memenuhi kehendak pagi serta memenuhi kehendak tengah hari sebagai peluang menikmati panas matahari seterusnya menyusul petang yang indah ketika matahari itu terbenam bagi menghormati kehadiran malam agar bulan pula menjalankan tugas. Sebentar tadi, matahari terbenam supaya bulan itu menjadi inspirasi kepada penyajak – penyajak cinta mengilhami keindahan dan menyusun susunan kata – kata agar dapat disempurnakan serta manusia lain mengabadikan keindahan malam tetapi ;

Sebentar tadi sebenarnya masa sudah dibazirkan.