Archive for June, 2009

“sempurna terus sempurna”

Posted in Uncategorized on June 4, 2009 by burgerdua

Tidak mungkin aku percaya kata – kata orang secara berterus terang, janganlah dipujuk hati yang terluka di sebabkan bibir berkata, sepi hatiku di saat ini di saat pilu dan kesimpulannya aku bosan dengan sesuatu yang ada di sekeliling aku yang memilukan menambahkan lagi bengang yang aku rasa ketika ini. Mereka faham atau tidak, aku kebuntuan menemani hatiku yang “sedang” tenat kini, sungguh tenat.

Bagi aku yang sempurna terus sempurna dan mereka yang mencuba untuk sempurna akan terus mencuba berkali – kali sampai berjaya, walaupun berjaya akan tetap merasa kepayahannya nanti. Aku di antara golongan yang sering mencuba dan bukannya golongan yang sedia ada, terkilan juga tapi itulah tujuan aku hidup kan? Menerima cabaran dan kesusahan daripada kecil hingga kini, bukan tidak suka tapi aku sedang mengeluh..

“sempurna terus sempurna”

“mee segera”

Posted in Uncategorized on June 2, 2009 by burgerdua

“adoi, sape plak mamat berjambang dan bermisai neyh, aku tengok macam bapak orang dah, tengok orang macam nak makan! Sinis jer muka, nak tengok senyum pun susah. Cumne lah aku kat sini, dah lah tak biasa tinggal kat asrama, kawan – kawan kat sini ada yang sombong ada yang ok, cumne erk? Mintak – mintak ada kawan japgi jumpa kat dewan induksi..” -monologku

Pengalaman pertama setelah bergelar pelajar tahun satu jurusan kejuruteraan awam di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mula – mula aku rasa akulah yang paling over, maklumlah orang lain baju semua tersusun baik dalam beg baju tapi aku siap bergosok dari rumah dan digantung dengan hanger, memang over! Aku bawa baju – baju yang tergantung tadi dan dimasukkan kedalam almari yang paling besar dalam bilik hostel, agak puas sebab dapat almari besar dan katil untuk seorang. Dalam bilik ini aku kenal dua orang roomate aku iaitu Adik dan Kili, dua – dua ada perangai yang susah nak cakap. Adik seorang yang pendiam tapi sebenarnya agak adventurous berasal dari Selayang dan Kili agak pendiam dan sejak mengenali dia boleh dikatakan berjam – jam sms (line DiGi masa tu murah) buah hatinya yang berada di Johor.

Sesi orientasi bermula atau disini dipanggil sebagai minggu induksi yang berlangsung di dewan besar politeknik selama seminggu. Nak dibandingkan exam dengan induksi, induksi inilah yang paling mencabar bagi aku disebabkan sesuatu telah berlaku dan menyebabkan aku popular umpama Mawi akademi fantasia!!

Disebabkan induksi inilah aku kenal crush pertama aku disini iaitu, Elisa Azra. Aku mengenalinya secara cabaran dimana aku telah dicabar untuk menghantar air dan berkenalan dengannya. Secara kebetulannya Elisa juga telah diserap masuk ke dalam kumpulan persembahan dimana aku telah diberi tugas sebagai penyanyi solo dalam nyanyian nasyid. Inilah penyebab utama aku popular seperti mee segera di politeknik dan ramai dikalangan mereka memanggil aku MAWI diantara sebabnya aku botak serta lupa lirik ketika membuat persembahan, damn!