“awan biru”

Dalam suram malam dan sepi pagi saya sering terngiang lirik lagu sedih, sepi. Itu saya apabila berkolaborasi dengan perasaan, percayalah itu saya ketika perasaan sepi ini lahir daripada keaslian diri sendiri. Oh duniawi semata-mata, walaupun ini adalah soal cinta.

Pada siapa mahu diluahkan dan pada siapa harus diperdengarkan, saya mencari ‘penonton’ yang setia tatkala hati cuba menyanyi lagu sedih tetapi tidak didengari. Rindu yang bertambah pilu ketika bersendirian di suram malam. Lagaknya senang mencari teman, namun yang ada teman ketawa bukan teman yang berpendirian. Satu pesanan daripada seorang ibu yang tampaknya sudah membuka mata ini. Terima kasih mama.

Walaupun tidak berteman, saya percaya mungkin ini adalah sebahagian ujian daripada Tuhan yang semulajadi sebagai lumrah kehidupan fana ini. Mendongak ke langit petang semalam, saya lihat awan biru dan dipertajamkan penglihatan mata ini dan saya terlihat ‘hati’ telah berlalu pergi entah ke mana. Deruan angin telah merembatnya ke destinasi yang tidak saya pasti. Cuma satu pinta hati kecil ini, saya sentiasa ada disini menunggu seperti disaat bulan rindukan bintang, malam rindukan siang dan saya rindukan awak.

Walaupun saya bukanlah sesiapa dihati awak namun doa saya mengiringi demi kebahagiaan yang awak temui. Izinkan saya mencintai gambar awak dan lebih mencintai awak dari jauh. Kerana cinta kita tidak mungkin terbina, mengenanginya kembali saya tidak berasa rugi membiar masa rebah siang ke malam dan malam ke siang. Kerana cinta saya turutkan dan cuba untuk tangguk usaha yang telah berhasil namun belum seratus peratus dapat saya daratkan. Saya terus mencuba dan yakin cinta itu ada cuma jodoh menjadi soalnya. Sabarlah.

Awak disana, berbahagialah. Pesan saya jaga diri, please?

P.S jangan risaukan saya, apabila saya rindu saya dongakkan kepala melihat awan biru itu dan percaya awak jua melakukan perkara serupa.

Advertisements

6 Responses to ““awan biru””

  1. jiwang AH ni. haha ;D

  2. jiwang sgt.. =)hihi

  3. Wow…
    This make me..
    miss my ex-bf so much 😥

  4. yakin cinta itu ada cuma jodoh menjadi soalnya. SUKA AYAT NI 🙂

    AH mmg die hard fan HZ kan?

    ayat u maness.

  5. Awak disana, berbahagialah. Pesan saya jaga diri, please?
    AH, ini utk orang yang sedang bercuti jauh itu kah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: