“mokhtar 10!”

Dato’ Mokhtar Dahari dilahirkan di Setapak, Selangor (kini Kuala Lumpur) pada 13 November 1953 dan beliau adalah seorang legenda bola sepak Malaysia dari pasukan Selangor. Beliau mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985. Beliau diberi gelaran ‘Supermokh’ dikalangan peminat bolasepak tempatan pada ketika era 70-an dan 80-an disebabkan ketangkasan, kelajuan dan kehebatannya menembusi gawang lawan. Seorang penyerang terbaik yang pernah lahir dalam pasukan Malaysia dan namanya terus mekar di dada peminat-peminat tempatan hingga kini. Bakatnya diiktiraf oleh Asia ketika hayatnya namun beliau telah meninggal dunia pada 11 Julai 1991.

Kini tidaklah semua generasi muda mengenali beliau, oleh kerana itu ‘Mokhtar 10’ tercatit namanya di jersi baru pasukan Malaysia oleh saya. Mengapa Mokhtar dan nombor 10? Ah, tak perlulah saya jelaskan. Mungkin sebilangan orang akan menyangkakan bahawa Mokhtar itu adalah nama saya namun mereka seharusnya sedar dan bertanyakan pada diri mereka siapa Mokhtar sebenarnya dalam pasukan Malaysia. Dialah lagenda bolasepak kita, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Sudah menjadi lumrah, akan adanya perbandingan diantara yang baik dan buruk, baru dan lama. Semoga ‘semangat Mokhtar’ terus bersemadi dalam pasukan bolasepak kita dan pemain-pemain kita terinspirasi dengan semangat Allahyarham ketika semangatnya memukau dengan membaham pandangan pasukan lawan.

Tidak kira apa warna kulit, apa agama dianuti, apa bangsanya kita, kita adalah anak Malaysia. Semoga semangat kita tidak pernah luntur walaupun dijajah sekali lagi, bukan dijajah oleh penjajah tetapi dijajah dengan aliran barat dalam permikiran kita semua. Jadilah anak Malaysia dan bukan anak ‘barat’. Seharusnya kita berbangga dan bersyukur tinggal di Malaysia ini. Kami berbangga. Anda?

Apabila ditanyakan kepada saya, apa yang saya bangga dengan bolasepak Malaysia? Saya akan jawab, saya bangga kerana kami di Malaysia pernah ada Mokhtar. Walaupun ianya kisah silam namun itulah yang kita banggakan, lahirnya seorang lagenda dari Malaysia. Al-Fatihah.

 

Advertisements

3 Responses to ““mokhtar 10!””

  1. SAYA JUGA BERBANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!! 🙂

    AL-FATIHAH!

  2. beliau memang lagenda! 🙂

    Al-Fatihah.

  3. hamba allah Says:

    anak malaysia pun hebat macam pemain eropah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: