“haven’t met u yet”

Setiap kali ada persamaan, itu adalah bonus. Dalam diari online sentiasa di penakan segala ceritera mengenai diriku dan persekitaran yang di alami serta di selami. Namun kali ini aku penakan papan tulisan ini dengan dirinya si pujaan. Apabila ketiadaannya si pujaan aku getar dan gentar melayari di sisi maya keseorangan. Mengisi masa dengan rasa keresahan, aku coretkan ini padanya ;

Biar ombak memukul pantai,
Aku akan menjaga dirimu,
Biar awan menutup matahari,
Aku akan menjaga dirimu,
Jangan bimbang.

Aku lemas di lautan,
Tidak sekali aku lemas dengan tawanya,
Aku resah di daratan,
Tidak sekali aku resah dengan siapa aku suka,
Jangan bimbang.

Di bibir aku rehatkan kata – kata dusta,
Demi menjaga hatinya yang suci,
Di hati aku luahkan kata – kata cinta,
Demi menjaga dirinya yang aku ingin mengerti,
Jangan bimbang.

Aku cuba mencari bulan,
Untuk luahkan rasa yang terbuku,
Aku cuba menggapai bintang,
Satu pun tidak terdayaku,
Jangan bimbang.

Apa yang aku katakan, apa yang aku terbitkan adalah dalam..

Definisi dalam bukan niat aku namun dalamnya rasa ini padanya namun aku berkali – kali pesankan pada diri sendiri supaya jangan bimbang, kerana belum menemui si pujaan.

Leave a comment