“dibasahi hujan diselamkan lautan”

Aku terkapai – kapai untuk mencari udara dan ruang dalam hidup ini namun tidak semudah disangkakan pada awalnya aku bernafas. Ketika dilahirkan, aku sudah berlajar menyusahkan ibu aku dengan susu. Ketika mula berlajar merangkak, aku masih berlajar untuk menyusahkan ibu aku dengan perhatian supaya aku tidak tersembam jatuh ke lantai. Ketika aku mula berjalan, perjalanan aku agak janggal namun sekali lagi ibu aku menjadi pelindung dan memberi perhatian dan ketika bermula langkah pertama, sudah aku berlajar  untuk meresahkan dia serta menyusahkan. Apa yang aku sepahkan ibu akan kemaskan dan melihat telatah serta kerenah aku yang ketika itu tidak faham apa pun.

Kini setiap perbuatan akan ada yang melukakan hatinya, percakapan, perbuatan dan sikap aku padanya. Aku tidak harus dan tidak sepatutnya melakukan sedemikian namun aku manusia pembolehubah, sekejap aku normal dan sekejap aku disantau dengan tindakkan sendiri. Melupakan apa yang telah di berikannya pada puluhan tahun lepas aku sepatutnya di anggap manusia lupa, manusia alpa pada jasa dan kudratnya tanpa menghiraukan penat lelahnya membesarkan dan mendidik aku dulu. Dari kelas mengaji Al – Quran ke kelas bertingkat, tidak sekali ada perkataan tidak daripada mulutnya. Oh ibu, mulianya!

Perjalanan yang memerlukan pernafasan ini tidak lengkap tanpa seorang pemimpin, seorang pertunjuk arah dalam kehidupan ini iaitu seorang yang digelarkan aku ayah. Sekalipun aku berterima kasih, ayah berterima kasih semula pada aku kerana hidup seperti yang diigininya. Seorang ibu, seorang ayah jauh dari hatinya untuk menghidarkan anak – anaknya adalah pasangan sempurna. Aku redhai dibasahi hujan dan diselamkan lautan andai itu cukup untuk membalas jasa mereka, namun bukan itu tinta mereka cuma mahukan aku menjadi manusia sudah memadai.

Advertisements

2 Responses to ““dibasahi hujan diselamkan lautan””

  1. ni best.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: