“sensitif berkarpet merah”

Pria : Sayang! Miss you so much!!
Bunga : Baby! Miss you too!! Love you baby!!

Bunga ros putih yang di pegang di jemariku jatuh mencium lantai, tiba – tiba layu terus. Aku sudah tergolong dalam golongan yang bermimpi, malang sungguh!  
Secara tiba – tiba tiada konklusi  dapat aku huraikan kerana perasaan suka berubah duka dan duka berubah hiba di sebalik rupa aku yang tenang. Melihat tawa si bunga di samping pria pujaan bertambah derita di dada, sesak nafas di buat kau, bunga pujaan.

Ingin aku mendengar lagi kata – kata yang kau lontarkan padanya, tetapi lontarkan pada aku, mungkin aku belum puas bermimpi walhal baru dikejutkan dengan perkabaran yang merundum jiwa. Sayang padanya dan dibalas sedikit simpatinya, bukan simpati aku pinta tetapi cuba merasai aku di sini. Di sini dan di mana – mana kerana aku wujud. Aku cuba mengalami di dalam dunia kau, bila cinta tak menyatukan dan untuk kita sekali sahaja benarkan aku menyayangi kau. Bunga yang aku sayang, aku sayang pada kau dan dengarlah.

Aku sensitif tapi tidak cukup inovatif,
Aku sensitif tapi terlalu naif,
Aku sensitif tapi aku bersikap negatif,
Aku sensitif tapi aku pasif.

Aku bertenaga dalam cara yang kompleks namun aku tidak bertenaga dalam menggilakan kau dalam rasional. Cara aku umpama sensitif yang ingin di julang dan di perhatikan mungkin lebih kepada untuk disambut di karpet merah. Aku melebih – lebih dalam pemikiran sendiri, perasaan bila tanpa memikirkan perasaan pria kerana bunga ada bersamanya dan sentiasa. Aku sensitif yang beralas karpet merah.

Leave a comment