“surat kepada HZ & kamu”

Jika tangan ini dapat mencapai bintang, sudah tentunya orang lain pun mampu. Bagaimanapun tangan saya dan bintang itu sangat jauhnya seperti bulan. Kerana itu bulan diciptakan berdekatan dengan bintang, supaya bintang tidak merasai kesunyian dan sekurangnya bulan ada berdekatan dengannya. Ini bukan soal jauh atau dekat dan sunyi atau tidak tetapi ‘hubungan’ yang tercipta, mahu dikata dekat tidak ataupun mahu dikata jauh pun tidak. Ini antara saya dan HZ. Ya, Hanis Zalikha.

Inibelogsaya.blogspot.com, Kenal?

Dekat, apabila ‘kami’ bertemu di laman maya (internet) dan jauh, apabila ‘kami’ tidak pernah tahu apa yang masing-masing sedang lakukan. Inikan pula berjumpa? Mustahil. Dialah bintang dan bulan yang jauh saya maksudkan itu. Bukan saya merendah diri namun inilah hakikat antara orang biasa dan orang yang punyai ‘nama’. Walaupun HZ tidak pernah merasai begitu mahupun menilai orang, tapi saya kurang selesa. Faham-faham sahaja.

Bagaimanapun, saya tidak punyai apa-apa untuk dibanggakan mahupun untuk diberi pujian. Seharusnya pujian yang layak diterima adalah kamu-kamu yang memberi sokongan terhadap kreativiti orang lain. Mungkin usaha saya menampakkan begitu berhasil namun saya tidak pernah puas, apabila pujian dan kritikan itu menjadi pemangkin untuk terus lebih kreatif. Mungkin HZ dijadikan seperti sasaran dan saya kelihatan seperti seorang ‘stalker’ yang menjerumus diri dalam dunianya. Bak kata seperti mencari publisiti, senang. Niat utama tidak ke situ tetapi niatnya hanya mahu menunjukkan rasa, perasaan dan sayang pada orang yang sayang pada orang yang menghargainya. Tidak lebih.

Dunia ini adalah platform menunjukkan bakat, namun jangan sesekali over confidence. Ini kerana Tuhan dan manusia lain juga jelek dengan tingkahlaku yang sebegitu. Semoga saya diberi kekuatan untuk teruskan hidup dengan sokongan orang-orang yang memerhati disetiap gerak yang dilancarkan. Saya tidak punyai apa-apa untuk dibanggakan, banggalah dengan HZ kerana dialah saya mahu menjadi begini. Bermakna dia adalah sumber inspirasi. Benar? Sekali lagi, saya tiada ada apa-apa yang harus dibanggakan. Hanya orang biasa yang bertuah, tuah ayam nampak dikaki dan tuah manusia tiada siapa nampak.

Mohon, berhentilah memuji saya. Berilah pujian pada HZ. Terima kasih HZ, “rambut awak macam penyapu, tulisan awak buruk kerapu, kulit awak macam budu, but we all and I love you!”

Sekian.

P.S thanks untuk blog-blog yang menulis tentang saya. Blog 1, Blog 2, Blog 3, Blog 4 & Blog 5, kamu buat saya segan. *MALU

Advertisements

10 Responses to ““surat kepada HZ & kamu””

  1. cara kamu tu yang buat kamu nampak sweet..!
    by d way,thnx jugak pada kamu yang link kan blog saya pada blog kamu ini..
    BLOG 1..!
    satu penghargaan..!
    ^_^
    i doakn u akn capai ape yg u hajatkn dlm hidup u..
    amin…

  2. hehehe, sweet lah video yang bro buat tue ;D

  3. i saw ur video kat hanis nye entry..aziz hazmi siapakah?oo..ini orgnye..he he he…moga2 sukses mendptkan HZ..siapa tahu kan……… ;p

  4. sgt kelakar. sweet pn ade. kalau niat baik.insyaAllah akan dpt y baik. xkira HZ ataupun sebaliknye.:)amin

  5. haha..dari xkenal HZ trus kenal n tgk video2 dia..thanks to you AH. blog num 3, that’s me. ^^ haha,xperlu segan..kmu mimg sweet..*org ke ntah brapa ckp kmu sweet XD* thnx sbb up blog saya dkt page kmu n cni jg,kmu sgt sweet. =]

  6. Hi Azmi ! Thanks sebab letak link belog saya dekat belog and fan page kamu (:

  7. Hi AH..

    thankx jugak sbb letak link belog sy kt fanpage kamoo~
    sgt trharu!! tq tq tq

  8. .. dan penutup kata-kata ini adalah lagu whitney houston. epic moment. Y_Y

  9. I like ur spirit…gigih tu penting..all the best dude..

  10. hye…ok first time know pasal awak through blog hanis sebab video awak. well its cool. Then tergerak nak wish hb pada awak bila hanis wat status and apparently u r one of my friend bestfriend. Ah ketepikan semua itu. satu jer nak cakap. Kudos to each and every single words of yours. its nice and lembut sangat. i will be ur silent admire from now on. hahaha….have a better future boy! live life to the fullest.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: