“haluan kiri langkah kanan”

Aku akan memastikan perjalanan kotor ini tidak terus dikeruhi dengan sisa-sisa langkah yang sungguh sia-sia menuju syurga. Renungkan sejenak – aku terus renungi, ratapi, rasai kekotoran yang sudah aku cemarkan tika aku mula berjalan dulu. Dek kerana itu Hawa tercipta untuk Adam didunia untuk menemani sang Adam supaya tidak tersesat lagi angkara buah khuldi dan hasutan yang mengotori perjalanannya. Namun angkara dan hasutan apa yang telah hasuti aku, untuk melihat dalam kabus malam yang sungguh mengaburi penglihatan nyata. Mungkin iman tidak teguh dan syaitan berlabuh ditelinga membisik.

Berterus-terang itu kejadian yang tulus namun perlu diubahsuai supaya ianya datang daripada perasaan yang luhur untuk terus bertindak secara spontan dalam bercakap dengan jujur. Bagaimanapun, percayalah tidak ada kata-kata yang mudah diranumi melainkan perkara itu dibuktikan, ibarat lena menjadi sedar. Sudah terlambat, terlambat apabila tiba pelangi selepas hujan kerana nikmat hujan itu tidak dapat dinikmati dan diamati. Sayang kerana aku di haluan kiri lagi, masih disisi kiri kerna kata mereka.

“Ya, memang saya berada di haluan kiri namun cuba perhatikan langkah ini, bukankah ia langkah kanan. Semasa saya berjalan?”

Fikiran, haluan aku benar untuk ke kiri namun bukankah langkah kanan itu adalah petanda langkah itu baik? Inilah sebaik-baiknya manusia ada juga menyimpan prasangka, namun yang lain-lain itu biarlah mereka jawab dengan Tuhan. Kerana bahasa tubuh ini sahaja yang berselindung namun hati dan fikiran masih waras dengan menyatakan malam yang dingin itu kejam pada orang yang tidak berpakaian tebal. Haluan kiri itu hanya pada nama, mari dekat, mari kenali aku dan selamat bertegur sapa.

Yang bermaksud haluan kiri itu persepsi dalam realiti dalam pandangan majazi, seperti mata yang melihat tetapi tanpa berbicara depan-depan dan terus meletak prasangka. Ini bukan pesona sebagai manusia sejagat yang baik. Manusia perlu jaga manusia kerana itu adanya budi dan bahasa tetapi bukan sebagai manusia yang menjaga compang-campingnya sesebuah kain.

Tidak bermakna aku berhaluan kiri dan akhirnya aku mati sendiri. Ianya cuma andaian dan persepsi manusia kolot yang membuat mulut. Setiap manusia tercipta dengan philosophia masing-masing.

Advertisements

3 Responses to ““haluan kiri langkah kanan””

  1. Fragmen ini bukak mata aku dalam tafsir haluan kiri. Terima kasih penulis, beri aku ilmu maya ni..

    “Yang bermaksud haluan kiri itu persepsi dalam realiti dalam pandangan majazi, seperti mata yang melihat tetapi tanpa berbicara depan-depan dan terus meletak prasangka..’

    Selagi nafas masih tetap dihembus sedut, selagi itu dunia seringkali ratah kita. Mahu atau tidak, kita perlu telan. Kalau luah pun, pasti sama bukan. Moga kau terus tabah dalam menjalani apa yang ditulis rapi. Persetankan lidah-lidah persis pinjaman neraka, sebab kau lebih tahu apa yang kau ada, apa yang kau mahu, dan siapa kau…

  2. hai.
    tenteng persepsi haluan kiri dan kanan, ianya terlalu subjektif dan pelbagai andaian yang boleh diertikan mengikut kejadian atau keadaan.lagipun tak semuanya yang berada di kanan, sebagai contoh otak kanan merupakan yang terbaik dari segala aspek. ianya sangat kontra kalau diklasifikasikan bahawa jika tidak ingin dicaci, maka haruslah segalanya mengikut dominasi, berada dalam haluan kanan. kita yang menentukan. disebabkan itu Tuhan menganugerahkan segalanya berpasangan. itu diguna pakai dalam keadaan mana satu lebih diperlukan. kalau hanya ada kanan wujud di dunia, kita mesti tidak akan seimbang dalam apa jua keadaan pun. jadi, pertimbangkan. 🙂

  3. hey MR,u way tooo cute lah! haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: