“bangun tidur tika tiada lena lagi”

Bangun, dicapai telefon mudah alih – misscall dan sms di skrin telefon. Dilihat butir-butiran, seperti tiada berperasaan dan biarkan tanpa membalas panggilan dan pesanan. Barangkali seperti kelibat ramadhan dan raya baru lepas semalam, duhai mengapa begini.

Tapi sudah lama ditinggalkan ramadhan dan raya, cuma bangun hari ini telah membuatkan perasaan itu klise dan rasa bersalah itu memuncak walaupun tidak sekalipun dihiraukan walaupun tahu.

Yang dicari dalam hidup ini adalah suatu perkara yang sukar untuk diranumi dengan sekadar berkata-kata dan menonton dek kerana rutin hari ini tidak seperti semalam serta semalam tidak seperti kelmarin. Cuma hari ini sudah dipersoalkan dengan hari esok untuk diranumi, seperti biasa ianya sukar. Cabaran itu adalah kuasa dan termaktub dalam kesukaran namun menyerah kalah itu pilihan mudah tanpa perlu diperkatakan serta diperlihatkan kepada sesiapa. Hanya Tuhan dan diri sendiri mengetahuinya.

Mengapa harus lena jika tidur itu seumpama ayam yang menunggu subuh? Berpeluh-peluh dalam selimut memeluk tubuh, apabila sakit terasa nikmat dan jauh terasa dekat – mengapa? Ini adalah persoalan dalam gelap, ketika mata menutup rapat, angankan apa yang dihajatkan walhal sudah kemana lena tidur itu pergi dan berpura-pura tiada masalah dalam tidur itu. Jawapannya ada apabila setelah mengetahui kemana arah tidur yang lena itu tujui.

Dalam hidup ini yang kita mahu adalah melarikan diri daripada persoalan, bermimpi indah, yang dihajati ditunaikan, yang diperkatakan itu dibenarkan namun datangnya tika kita tidak lagi lena dalam tidur dan tika kita berselimut khusyuk melayani mimpi yang tidak sesekali mampu diranumi. Kenyataannya tidur itu tidak lagi lena dan bangunlah mencari Tuhan.

Masih beruntung kerana dapat menghayati mimpi dan mainannya namun kefahaman tentang hidup itu masih jauh. Pernah untuk faham tapi orang lain tidak pernah melainkan sendiri-sendiri sahaja.

Advertisements

3 Responses to ““bangun tidur tika tiada lena lagi””

  1. ilham insan Says:

    salam.love all ur writing brO.sume ad mksud yg amat mendalam.keep writing ! ^__^

  2. salam singgah..
    aku suka tulisan ini, jelas kau luah apa yang kau benar2 rasa.
    Arghh, aku juga suka mimpi. Sebab dalam mimpi aku beranomali. Dengki pada pemilik mimpi, kerana terdahulu dia resap diri dalam layar mimpi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: