“tangisan si bidadari”

Ini adalah sebuah dedikasi kepadanya tanda kemaafan yang dipinta.

Pada suatu hari bidadari ini sudah terluka kerana sebuah permintaan. Apa pun manusia itu tidak sengaja dalam niatnya. Sungguh. Walaubagaimanapun sudah terlambat ;

Ribuan bintang di syurga sudah malap cahayanya,
Dek kerana bidadari syurga itu terluka,
Disebabkan hanya permintaan seorang manusia,
Untuk dipenuhi dalam rasa tidak selesa kerana kenangannya.

Tirai malam telah menggamit kembali kenangannya kerana sebuah soalan yang sudah membuatkan hatinya sayu dan keliru. Namun ketetapan hatinya telah membantu untuknya membuat keputusan ;

Saat bila bersama itulah cinta,
Ketika bersendirian seperti tidak punyai apa-apa,
Hanya kenangan itu yang tinggal untuk dirasa,
Maafkan kerana kenangan itu masih turut serta,
Dalam hati dan juga masa.

Jika masa itu diputarkan, manusia itu akan diamkan rasanya dan mahunya. Apalah daya, masa sudah berlalu pergi. Sebagai tanda memohon maaf, manusia itu menebus dengan kemaafan dan mengembalikan rasa bidadari itu kembali normal tanpa deraian.

Inilah takdir yang tertulis dalam hidup,
Biarlah baik mahupun buruk,
Seperti cahaya ada panas dan redup,
Rasa itu keluar dan masuk,
Namun itulah hidup dalam nyata,
Yakinlah ini hanya ujian,
Walaupun takkan ada cinta,
Hapuslah dan hilangkan deraian,
Kerana Tuhan itu ada,
Dalam setiap kejadian.

Maafkan si manusia wahai bidadari, kerana lupa dan segalanya. Tentang kamu dan tentang semuanya.

Advertisements

4 Responses to ““tangisan si bidadari””

  1. No need to apologize bro.tiada salah tentang hati.rasa suka,rasa marah,rasa resah dll tu semua indah.corak kehidupan sentiasa berubah.kerna takdir tu bukan si octopus yg bg tahu.hihi.jaga la hati yg kita ada,sebab hati tu nak pakai lama.xoxo.

  2. bawak bersabar derr. aku suke baca blog kau nie 😉

  3. wa bro, puitis nya. kagum dgn penulisan you.

  4. nice..indah..puitis sgt..
    im touched with ur entries…
    wuteve..selalu bersabar..meminta maaf adalah tanda tanda lelaki yang baik walaupun xsemestinya dia bersalah..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: