“satu”

Cuma ada satu dunia dan satu – satunya ciptaan terbaik-Nya adalah Manusia. Namun bukanlah hanya ada satu perwatakkan dan perangai dalam dunia yang satu itu, pelbagai. Sungguhpun begitu Tuhan tidak menilai mengenai ciptaan-Nya kerana Dia percaya manusia – manusia ini adalah perkara biasa buatnya, kerana itu dia menciptakan sebaik – baiknya manusia dalam setiap raut wajah, bentuk dan perwatakkan. Adanya sempurna manusia itu daripada hujung rambut ke hujung kaki mahupun adanya yang tidak sempurna, itu adalah ujian Tuhan buat insan terpilih. Namun ianya adalah sindiran buat manusia lain untuk memahami nikmat untuk bersyukur. Perasankah manusia lain? “Tunggu tualah baru taubat, muda – muda begini kita berseronok dahulu”. – Ada manusia permikiran begini.

Firman Allah dalam surah Al – Baqarah ayat 81 – 82 ; Muda sebelum tua, dosa dan pahala sudah dineracakan.
“bahkan sesungguhnya, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, maka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. Dan orang – orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga ; mereka kekal didalamnya”.

Satu – satunya pengertian mengenai hidup ini adalah menuju ke jalan Tuhan dengan sebaik – baiknya. Tidak kira muda atau tua perasaan menyimpang itu tetap ada di setiap laluan. Bercabang – cabang. Tidak kira siapa berbuat pahala dan tidak kira siap berbuat dosa, bahu kiri dan kanan manusia itu telah dicatitkan oleh petugas-Nya.

Satu – satunya manusia istimewa di mata Tuhan, kerana manusia diciptakan berakal untuk berfikir mengenai baik buruk. Akibat nafsu, dosa pahala disamakan. Oh manusia.

Malam ini ada temujanji,
Adapun rasa untuk bersuka ria,
Nahi mungkar tidak lagi dipatuhi,
Ulaslah apa sahaja,
Sia – sia itu jawapannya nanti,
Inilah cerita manusia muda dan tua,
Akan terimbas mati itu lambat lagi.

Satu – satunya yang aku puja adalah “ibuku syurgaku”. Diantara satu yang bertahta dan menjadi pujaan didada adalah “cik hatiku”. Namun diantara yang mampu merobek keyakinan ini, satu – satunya pemburu aku adalah “dugaanku”. Ibuku syurgaku, cik hatiku dan dugaanku semua ini adalah satu – satunya perkara yang aku alami serentak sebagai manusia muda yang bakal tua (adapun jika panjang umur), sudah pun diulit oleh dosa dan pahala. Mana – mana aku berada, sudah dipetakan prinsip dan ada ketika sudahpun bersimpang – siur dalam perjalanan menuju Tuhan. Aku insan yang terdampar dalam lautan manusia, yang tinggal hanya kekusutan minda dan cita – cita.

Semoga aku mampu rempuh azab sengsara ketika nyawa dikandung badan. Bukan azab Tuhan aku nantikan namun balasan Tuhan ketika aku sudahpun tunaikan tanggungjawab. Ketika ini ingin aku memeluk bunda, memiliki puspa hati dan menjauhkan sisa – sisa dugaan. Untuk berdakap dengan kebahagian dunia dan akhirat, amin.

Advertisements

One Response to ““satu””

  1. uhh..good one.the acronym is just nice..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: