“apa yang sedang difikirkan?”

Rahsia.

Boleh diungkapkan? Boleh dibicarakan? Tidak, kerana itu digelarkan rahsia barangkali.
Apa yang sedang difikirkan?

Mungkin sedang lena diulit mimpi dalam tidur bersadurkan iman (dengan mengingati Tuhan),  entah apa yang dimimpikan kerana bersadurkan angan – angan dan realiti. Apa yang dimimpikan?
Apa yang sedang difikirkan?

Tidak boleh dibaca apa yang terkandung dalam hati setiap manusia kecuali manusia itu berkongsi tentangnya. Tidak kisahlah rahsia mimpinya mahupun realiti ketika sedarnya jua manusia itu. Mimpi adalah mainan tidur, datang seperti mengingatkan dan sekadar mainan buat manusia ketika diselamkan dalam alamnya. Bagaimana dengan realitinya? Mampukah untuk dikongsikan? Lara dan terlukanya jiwa untuk diceritakan? Jadi ini adalah soalnya berkaitan mimpi?

Mencari ilham untuk diilhami. Sebentar, minda ini cuba terjemahkan.
Sekali lagi, apa yang sedang difikirkan?

Terluka dan kecewa. Ini yang sedang difikirkan aku.
Jika ditanyakan pada manusia lain apa yang sedang difikirkan, lain jawapannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: