“drama hati dan aku cinta 6”

Drama. Menggambarkan sirkulasi yang telah diabadikan dalam pelbagai genre dalam masyarakat umum. Suka dan duka serta konflik dalam sesebuah penceritaan menggambarkan perasaan serta pengalaman yang dialami seseorang melalui teknik penceritaan yang di ulang – ulang dalam sesebuah cerita daripada mulut ke mulut masyarakat. Mungkin sesetengah drama ada dipertontonkan dan ada di diamkan untuk menjaga hati sesetengah pihak yang menganggapnya sebagai privasi sendiri. Bagaimanapun dalam realitinya drama itu sudah lama wujud dalam kehidupan kini.

Aku dan perempuan tidak begitu sinonim dan cepat untuk melatah mengenainya kerana ianya perkara yang aku tidak yakin untuk dibualkan terutamanya kini. Aku berasakan aku sudah jauh ditinggalkan dalam peredaran cinta monyet dan mungkin pada ketika ini akan dibicarakan adalah cinta sempurna untuk yang terakhirnya.

Aku bercinta bila :

  1. Mengulang – ulang lagu cinta yang aku suka.
  2. Melihat profil seseorang itu berulang – ulang di laman sosial ini.
  3. Memberi hint pada status sosial aku.
  4. Menulis mengenainya di diari maya ini.

Mungkin ini yang akan dilakukan aku ketika ini kerana aku berkeyakinan untuk melakukan selain melakukan secara terang – terangan di hadapan orang yang aku cinta. Namun kesemuanya ini seperti dongengan dan rekaan aku sendiri, maklumlah aku sendiri tidak pasti tentang orang yang aku cinta melainkan mama aku sendiri. Mungkin dalam mimpi itu sudah memadai ketika ini tetapi gerak hati ini ingin merasakan secara kenyataan. Menyentuhnya aku ingin, membelainya aku ingin, melihatnya aku ingin. Aku ingin namun itu jelas hanya angan – angan dan dipatahkan mudah oleh realitinya kehidupan ini. Entahlah.

Aku cinta. Hanyalah ungkapan yang boleh diungkapkan oleh sesiapa yang merasai cinta. Cinta pada Tuhan adalah cinta sebenar. Cinta adalah permainan bagi aku sendiri kerana aku mudah untuk melafazkan namun bukan pada sesiapa tetapi menggambarkan aku cinta pada kata – kata dan madah cinta. Aku pasti suatu masa yang diizinkan Tuhan, entahlah bila mungkin, aku pasti dikurniakan sebuah cinta yang aku tidak gambarkan bagaimana hadirnya dalam hidup ini.

Mood : Satu ungkapan cinta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: