“edan ini”

Di saat ruang minda tertutup, buntu itu sahabat baik. Buntu itu satu perkataan yang menjelaskan tiada jalan dan tiada arah, kecuali teruskan berjalan terus walaupun dinding setinggi harapan. Setinggi manapun dinding itu, itulah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi ketika aku buntu mencari arah kehidupan aku sendiri. Datang kebuntuan apabila edan belum menjelma justeru segala kekalutan tidak mampu di selesaikan. Aku tidak percaya sekiranya aku berkeadaan seperti seolah – olah aku edan mampu untuk melakukan segalanya, melainkan edan itu berkaitan dengan edan cinta yang aku perjuangkan selama ini. Aku bukan pemberontak pada dunia ini tetapi aku memberontak demi diri aku sendiri dan cinta.

Aku tidak mahu tiap kali aku bertukar edan, aku menyesal.

Ketika ini aku sudah memanjat dinding setinggi harapan itu, iaitu dinding problema aku sendiri dan aku terus kaku. Kaku melihat lautan di sebalik dinding itu dan memaksa otak dan saraf – saraf ini kekejangan sebentar memikirkan jalan untuk menyusuri untuk mencari jalan pulang. Bagaimanapun sebelum edan aku menjelma, aku optimis dalam kewarasan untuk menyusuri sendiri. Aku tenang melihat lautan dan tidak pasti mengenai dasarnya, aku takut untuk ditelan oleh lautan. Aku tadahkan tangan serta memohon, “Ya Tuhan, jika Engkau yang menciptakan perasaan, hilangkanlah  perasaan takut ini untuk aku menyeberangi lautan dalamMu ini Tuhan”. Entah bagaimana, apabila aku membuka mata, aku sudah berada di sebuah pulau terletaknya di hadapan dinding yang aku kaku tadi. Alhamdulillah tunduk syukur aku padaNya.

Bukan edan yang patut aku takutkan, tetapi Tuhan yang menciptakan perasaan.

Pulau ini sunyi. Sunyi dan terlalu sunyi. Namun aku ditemani oleh seekor binatang seperti duyung yang jelita dan seekor binatang seperti ular yang berbisa. Jantung aku berdetak laju dan laju, perasaan takut itu tiada tetapi aku punyai persoalan – persoalan yang ingin ditanyakan. Tetapi pada siapa? Mungkin pada kedua – dua binatang tadi? Kedua – dua binatang ini tidak bergaduh mahupun bercakap, kedua – duanya hanya melakukan rutin kebiasaannya. Aku melupakan mereka sebentar dan terus berjalan mencari sesuatu untuk dijamah kerana siang hampir gelap dan cahaya semakin malap kini yang tinggal hanya aku seorang kelaparan. Aku sudah menjadi tidak tentu arahkah? Sepatutnya aku bertanya bukan menyombong diri. Ketika aku berpatah balik, kedua – dua binatang tadi sudah hilang.

Tidak seharusnya aku mengikut perasaan ketika aku punyai peluang.

Entah bagaimana, aku terlihat sebuah rumah yang usang dan aku memasukinya tanpa banyak bertanya. Tiba – tiba aku melihat di atas meja hanya ada gelas yang berisi air yang penuh. Aku ingin meneguknya namun aku tidak berani untuk mengikut kata hati lagi kerana takut aku akan menyesali lagi. Apakah makna gelas yang ditinggalkan penuh dengan air ini? Dan siapa yang meninggalkan ia disini? Aku akan hilang kewarasan dan kembali edan jika terlalu banyak persoalan di minda nanti. Akhirnya aku tinggalkan rumah itu dan terus menjerit melepaskan kesemua tekanan di kepala dan di hati dengan mata tertutup. Apabila aku membuka mata, aku sebenarnya bermimpi tetapi apa yang aku alami dalam mimpi tadi seolah – olah nyata.

Edan bermakna gila ataupun kegilaan. Bualkan sahaja makna kegilaan pasti setiap orang tahu ertinya. Mimpi aku tadi bukan berkenaan dengan kegilaan tetapi kehidupan aku sendiri. Aku melarikan diri daripada problema dengan mengharapkan aku bertukar dengan kegilaan dan itu tidak seharusnya. Edan cinta itu bukan penyelesaian. Seperti fantasi berharaplah kemana – mana lantas aku berada di sebuah pulau dan ini kerana aku yang tidak mahu menerima kenyataan. Baru aku faham kenapa harus ada kedua – duanya binatang tadi, sebenarnya itu adalah aku dalam dimensi baik dan tidak. Aku berlajar mengenai seperkara iaitu, ketika peluang diberi aku harus mengambilnya dengan baik. Apakah makna bagi gelas yang berisi air tadi? Sebenarnya gelas itu bererti nyawa aku sendiri, ketika itu masih penuh dan tidak terusik sedikit pun dan mungkin ianya terlindung daripada matahari? Maklumlah air tadi akan kekeringan andai ada matahari. Maksudnya, aku harus menghargai kehidupan aku dengan normal bukan dengan edan ini disebabkan pada bila – bila masa air itu akan kekeringan ataupun tumpah tanpa disedari. – Monologku

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: