“fasa pengujian Tuhan”

Ujian. Ujian? Untuk apa di uji dan haruskah di uji? Inilah dasar pengujian atau peringkat ujian yang seharusnya di uji dan diterima oleh kesemua manusia. Aku melalui hari – hari yang gembira bertukar suram dan kelam dalam perjalanan menjunjung nyawa sebagai seorang manusia yang tercari – cari apa yang dimahukan dalam hidupan ini. Ada ketikanya aku terjumpa dan ada ketikanya berjumpa namun hanyalah sementara dalam coretan jadual harian kehidupan untuk hari itu serta hari ini. Ya, seperti hari ini segalanya hampir melumpuhkan segala sel – sel badan yang normal di badan ini seperti tidak mampu berfungsi lagi dalam frasa yang berdukacitakan dan bertemankan air mata. Keluhan aku umpama seperti tidak bererti lagi disebabkan Tuhan itu sudah memperdengarkan keluhan – keluhan manusia sejak Adam di ciptakan dan keluhan – keluhan ini seperti muzik berbentuk percakapan yang tidak berhenti – henti. Mungkin kematian manusia atau aku sendiri sudah mengurangkan bunyian – bunyian keluhan itu. Sekurang – kurangnya.

Mencintaimu manusia, seperti iman yang digenggam rapat mampu terbuka sendiri tanpa di bantu. Mungkin kesabaran dalam keimanan mudah diperdaya oleh sesebuah cinta, jika cinta itu wujud buat aku dan buat sesiapa. Namun ketika ini hanya ada, adalah kesedihan dan kemungkinan rasa itu tidak mungkin kembali dalam rasa yang diluahkan dalam persepsi pemikiran logikal akal serta kemahuan. Bukan cinta sahaja dapat gadaikan keimanan sepenuhnya tetapi di sebabkan oleh fasa – fasa pengujian ini sahaja lumpuh segalanya kenikmatan rasa yang terdalam didalam frasa tangisan. Mungkin peluang cinta itu tipis dan peluang kehidupan tidak akan kembali lagi dalam hayat yang sementara ini disebabkan Tuhan menuntut kesabaran dalam rancanganNya dan rancangan manusia dalam konsep pelbagai. Bangsat. Bangsat pada diri sendiri kerana membiarkan kepala dipijak diperbodohkan hampir sepenuhnya. Itulah ujian keimanan dan hukumlah aku apabila ianya sudah terjadi, ianya sudah terjadi sebelum aku menutup mata sepenuhnya.

Pernahkah aku berfikir tentang karma? Ya, aku pernah memikirkan dan fikirkan mengenainya sejak aku memahami maksudnya dalam peradaban bahasa kamus. Mungkin maksudnya lain – lain dalam konteks agama lain namun kesimpulan ianya sama, pembalasan. Dengan apa yang aku ambil telah diambil semula oleh manusia lain cara manusia yang memiliki caranya yang tersendiri di mana mereka dalam dunia mereka sendiri. Bagaimanapun dunia ini hanya ada satu yang aku tahu, mungkin kalau berbeza pun, berbeza malam dan siang disebabkan putaran bumi serta suhunya mengikut kedudukannya. Dunia mereka, dunia aku itu hanyalah metafora yang diciptakan supaya ianya tampak seperti mereka yang memilikinya. Fasa pertama hingga fasa terakhir diselitkan pelbagai kiasan untuk aku fahami tetapi aku manusia yang tidak yakin, benarkah ianya kiasan ataupun tidak? Aku tidak tahu. Akhirnya aku melalui fasa pengujian terakhir di titian yang menentukan kehidupan sebenar benarnya aku apabila aku di adili dalam mahkamah Tuhan nanti.

Fasa – fasa ini berperingkat, satu per satu dalam pelbagai cara. Aku tidak temui cara, gaya, bahasa dan segalanya dalam fasa pengujian ini kerana ianya rahsia kehidupan. Peluang untuk memahami kaedah pengujian ini adalah menerima dengan redha dalam kesabaran sehingga memahaminya sendiri mengapa hidupan perlu ada hikmah disebaliknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: