“terci(p)(n)ta dengannya”

Aku berniat tulus,
Dalam peradaban bahasa kamus,
Aku tidak andaikan seperti Nostradamus,
Kerana yang tinggal pada aku hanya ada andaian cinta halus.

Cukuplah ada rasa halus pada cinta,
Kesempurnaan itu tuntutan dunia,
Melainkan aku tercipta dengannya,
Dan aku tercinta dengannya dengan tidak sengaja.

Berpinar – mata, berfikir panjang dan termenung sendirian sambil tangan masih tersusun di A, S, D, F serta J, K, L, ;  pada papan kekunci. Di hadapan aku ini adalah laman maya, laman diari maya sebenarnya. Entri ini buatkan aku berdebar – debar dalam menggalas seruan hati supaya di fahami oleh golongan pencinta yang menerobos sisi cinta aku dan berkemungkinan cinta mereka juga. Mungkin. Ini adalah persengketaan di antara perasaan yang terpendam dan hati yang miliki cinta namun kedua – duanya terpaksa, ya aku terpaksa mengalah juga akhirnya kerana tidak pasti apakah yang digalas perasaan itu benar – benar terpendam? Mahupun yang digalas hati itu adalah cinta sebenarnya? Persengketaan ini tidaklah sebagai bebanan pada aku, namun aku mencari persamaan supaya dapat digabungkan dan disatukan sebagai rasa cinta yang terpendam akhirnya diluahkan.

Saat – saat rindu, saat – saat bercinta diabadikan dalam satu perkataan iaitu perasaan dan kemudiannya bersemi dalam satu taman ciptaan aku sendiri pabila si dia di depan mata. Senangnya hati. Berpinar – pinar lagi mata mengenangkan yang aku berimaginasi tentang kayanya cintaku tetapi sebenarnya aku masih menulis keletak keletuk di papan kekunci ini,apa pun terima kasih kerana sudi menghantar luahan aku pada laman maya ini agar dapat aku mengulangkaji teks – teks cinta dalam stanza yang berasonansi yang beremosi di pagi buta. Pada asasnya ianya tetap ukiran cinta namun belum dapat dipahatkan supaya ianya kelihatan nyata. InsyaAllah izin Tuhan, angan hati ini akan dimengerti oleh seseorang. Ya kadang – kadang aku berasakan ianya igauan dan kadang – kadang ianya gangguan positif tentang cinta.

Perasaan kadang – kadang boleh di datangi dengan pelbagai rasa namun pada dasarnya hanya ada manusia baik dan jahat. Aku tidaklah sebaik mana dan tidaklah sejahat mana dan ini bukan niat untuk memuji diri namun aku memahami konteks ukur baju badan sendiri. Aku tidak dilahirkan kaya tetapi aku gembira. Aku tidak dilahirkan menawan tetapi inilah aku seadanya. Aku tidak dilahirkan sempurna tetapi kesempurnaan adalah milik Tuhan pada aku. Biarlah dilahirkan bagaimanapun, aku merasakan perempuan yang baik adalah milik lelaki yang baik. Adakalanya ianya bersifat sementara kerana sikap manusia adalah pembolehubah mengikut situasi. Oleh kerana itu aku tidak kisah kerana aku percaya ianya jelas dalam firman Allah bahawa manusia pembolehubah mampu mengawalnya kerana itu Tuhan berfirman mengenainya.

“jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri” – Surah Al  Isra ayat 7

Sebaik – baik manusia adanya juga diselang selikan dengan kesabaran dan ujian namun itu adalah tindakbalas biasa dalam kehidupan pada aku. Perasaan juga memohon tindakbalas namun terpaksa menunggu  pada harinya tiba kelak dimana cinta dan cipta itu adalah seperti perumpamaan yang jauh namun itulah gandingan yang menciptakan bagai pinang dibelah dua. Aku menyelusuri mindaku di bawah suhu sejuk dan berharap pada kebijaksanaan mengubah stanza – stanza cinta ketika mata ini bersengkang ditemani waktu yang terus berjalan bersama gerakkan tangan aku ketika ini. Aku rindukan kau (cinta) dan aku cintakan kau (imaginasi). Rasa tercinta dan rasa tercipta memohon pada garisan yang beradab dalam meluahkan noda – noda cinta yang positif kepada seseorang yang ingin dimiliki aku ketika ini, namun noda – noda cinta ini memaksa aku lupakan hasrat aku sendiri disebabkan aspek kesedaran kerana tanah yang aku pijak ini tidak pijar sepertinya pijarnya dirinya itu.

Advertisements

One Response to ““terci(p)(n)ta dengannya””

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: