“perspektif pekak,bi – su (bisu) dan buta ; subjektif cinta”

Di kalangan manusia, manusia yang sempurna asasnya adalah manusia bertuah. Cacat (pekak, bi – su dan buta) itu bukan kekurangan namun cacat itu anugerah kepada mereka yang sebenarnya tercipta begini. Maksud aku kepada anugerah itu? Tidak terbatas.

“Depan itu ada longkang pak cik, hati – hati ya?..”
Kita sebagai manusia yang sempurna
mampu untuk melompat atau melangkah dengan mudah untuk melepasi longkang itu, bagaimana dengan si buta itu? Jangan dikenangkan nasibnya jika tidak berbuat apa – apa.

“Susahlah hendak bercakap sambil berisyarat, sa – ya na – k  jum – pa a – nak p – pak – cik bo – le – h? (saya nak jumpa anak pakcik boleh?)..”
Beginikah cara kita yang sempurna melayan
orang yang kurang dayanya sejak azali itu? Kita yang tidak sempurna agaknya, “otak letak di lutut”. Manakan tidak, insan – insan ini istimewa seharusnya kita yang memahami mereka dan bukan mereka.

Maksud aku cacat itu anugerah adalah kerana mereka dikurniakan kekuatan untuk berjaya dalam berkeadaan yang kurang sempurna dan kita yang sempurna ini mengeluh itu dan ini. Bukan kita tidak ada kekuatan itu tetapi kita angkuh untuk mencapai tahap kekuatan itu dan rela untuk menyerahkan segalanya pada takdir tanpa sebarang usaha. Jika doa jadi iringan tetapi usaha itu tiada, maaflah anda di antara orang yang terlebih istimewa. Melihat pada perspektif, mungkin yang cemerlang terus cemerlang dan kurang cemerlang itu mungkin tetap masih mencuba serta yang tidak berbuat apa – apa masih pada paras yang sama. Fikirlah dan inilah realitinya.

Mungkin bukan keupayaan orang – orang begini dalam mencari jodoh atau memilih jodoh mereka inginkan disebabkan mereka tidak terdaya seperti kita, (kadang – kadang pun pilihan kita pun tidaklah secantik dan sehebat mana). Bagaimanapun orang – orang seperti merekalah yang punyai rasa yang cukup sempurna dan bertuah. Jodoh mereka terletak pada hati masing – masing dalam mencari pasangan. Maksud aku bukan dengan memilih seperti kita tetapi dengan mempercayai bukan rupa paras, cacat cela dan fizikal seseorang itu adalah penentu dalam ukuran mencari kebahagiaan. Pada parasnya tidaklah seberapa dan pada dasarnya ianya berbaloi. Orang – orang kita sekarang seperti manusia yang lupakan dan tidak lekat pada dasar asalnya”.

Kalau cinta itu buta,
Buta apa yang dimaksudkan?
Jika cuma perumpamaan sahaja,
Mungkin itu suatu kebetulan.

Kalau tuturan itu berbaur bisu,
Bisu apa yang dimaksudkan?
Jika tidak mendengar ; apakah
pekak?
Mungkin di anggap sebagai permainan.

Perspektif adalah dimana apabila kita melihat permukaan yang rata supaya dapat melihat gambaran yang tepat. Perspektif ada dalam mata kita bila kita melihat (tidak pada orang buta), perspektif ada dalam mulut kita bila kita bercakap (tidak pada orang bisu) dan perspektif ada dalam telinga kita bila kita mendengar (tidak pada orang pekak). Malangnya, dimana perspektif orang – orang istimewa ini?

Perspektif pekak, bisu dan buta sebenarnya ada pada hati mereka dan kita tidak ada perspektif itu. Kenapa? Hati kita akan cepat berubah disebabkan kita terlalu banyak melihat segala miliknya dunia dan miliknya Tuhan, terlalu banyak bercakap perkara – perkara yang tidak perlu berkemungkinan mengundang kebencian dan terlalu banyak mendengar kata – kata yang tidak perlu. Cinta itu lantas menjadi subjektif kerana terlalu banyak perbuatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: