“melihat istilah dari jasad yang hidup”

Aku dakapkan iman, terus lari terpesong kerana dakapan aku kurang kemas. Aku dakapkan kesempurnaan, ada lagi yang tidak sempurna hidupnya. Aku dakapkan airmata, tanpa mengetahui sebabnya perlu ada deraian. “Apakah yang engkau cari?..”

Apakah makna hidup dan bagaimana pula dengan mati? Mungkin jawapannya sama, yang hidup teruskan dan yang mati amanlah jika amalan bersama. Mencari jasad yang tidak terkubur sudah tentunya tiada melainkan nama ketika jasad itu mempunyainya ketika dia hidup dan memilikinya hingga penghabisan oksigen semulajadi. Aku gentar dan resah kerana disulami pelbagai istilah hidup. Ketika hidup ini, tidur aku didodoikan lagu dan irama, ketika mati kelak aku disoalkan. Jawablah.

Pinjamkan aku kata – kata Engkau wahai Muhammad, Rasulku untuk aku lupakan sengsara, ingatkan aku tentang asalku dan pohon rahmatmu. Aku bukan manusia yang terlalu menilai kerana aku hidup dengan menilai diri sendiri supaya tidak leka pada tangki – tangki oksigen ini yang semakin berkurangan, sekadar menunggu masa untuk diluputkan. Mungkin ketika ini aku masih bebas bernafas dan masih bersama istilah – istilah yang aku sudah dengari bagaimanapun aku sudah tidak punyai kekuatan. Aku teruskan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: