“papa”

“cuba gerakkan kedua – dua kaki kanan dan kiri, lembutkan badan, tangan kanan ke atas dan tangan kiri ke bawah dan ulang perkara yang sama berulang sampai pandai..” – Itulah aku ketika cuba berlajar menari dengan papa.

Perasaan aku mati bila muzik terhenti bersama – sama nafasnya selamanya. Maafkan aku, papa. Aku cuba ulang langkah yang kau ajarkan, namun aku tidak mampu untuk teruskan, aku tidak dapat menterjemahkan diri ke dalam alunan muzik itu kerana kau tiada. Ya, aku tahu sekiranya kau ada atau kau tiada aku boleh melakukan tapi aku tidak mahu teruskan, aku pencundang di saat ini dan ketika ini.

“kalau awak ada usaha, semua orang memandang awak bukan saya, bukan papa tetapi awak. Usahalah untuk hidup awak dan esok lusa awak ada anak dan ajarkan anak – anak awak erti usaha, papa akan ‘pergi’ tinggalkan awak bekalan, ingatlah..”

Aku tidak mampu menari dengan baik tidak bererti aku kecundang tetapi aku telah menyimpan pelbagai ajaran kau, terima kasih kawan baik aku dan segalanya ada di dalam genggaman cuba menunggu masa dan ketika untuk aku lepaskan bila sampai saatnya. Ketika itu, bila aku terlihat anak – anak aku dibesarkan, aku akan terus melihat ‘seseorang’ telah memandangnya seperti aku memandangnya. Terima kasih ‘hidupkan’ aku ke dunia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: