“mee segera”

“adoi, sape plak mamat berjambang dan bermisai neyh, aku tengok macam bapak orang dah, tengok orang macam nak makan! Sinis jer muka, nak tengok senyum pun susah. Cumne lah aku kat sini, dah lah tak biasa tinggal kat asrama, kawan – kawan kat sini ada yang sombong ada yang ok, cumne erk? Mintak – mintak ada kawan japgi jumpa kat dewan induksi..” -monologku

Pengalaman pertama setelah bergelar pelajar tahun satu jurusan kejuruteraan awam di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mula – mula aku rasa akulah yang paling over, maklumlah orang lain baju semua tersusun baik dalam beg baju tapi aku siap bergosok dari rumah dan digantung dengan hanger, memang over! Aku bawa baju – baju yang tergantung tadi dan dimasukkan kedalam almari yang paling besar dalam bilik hostel, agak puas sebab dapat almari besar dan katil untuk seorang. Dalam bilik ini aku kenal dua orang roomate aku iaitu Adik dan Kili, dua – dua ada perangai yang susah nak cakap. Adik seorang yang pendiam tapi sebenarnya agak adventurous berasal dari Selayang dan Kili agak pendiam dan sejak mengenali dia boleh dikatakan berjam – jam sms (line DiGi masa tu murah) buah hatinya yang berada di Johor.

Sesi orientasi bermula atau disini dipanggil sebagai minggu induksi yang berlangsung di dewan besar politeknik selama seminggu. Nak dibandingkan exam dengan induksi, induksi inilah yang paling mencabar bagi aku disebabkan sesuatu telah berlaku dan menyebabkan aku popular umpama Mawi akademi fantasia!!

Disebabkan induksi inilah aku kenal crush pertama aku disini iaitu, Elisa Azra. Aku mengenalinya secara cabaran dimana aku telah dicabar untuk menghantar air dan berkenalan dengannya. Secara kebetulannya Elisa juga telah diserap masuk ke dalam kumpulan persembahan dimana aku telah diberi tugas sebagai penyanyi solo dalam nyanyian nasyid. Inilah penyebab utama aku popular seperti mee segera di politeknik dan ramai dikalangan mereka memanggil aku MAWI diantara sebabnya aku botak serta lupa lirik ketika membuat persembahan, damn!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: