“refresh!”

Nak post something pun kadang – kadang nak kena ikut mood, ikut suasana dan ikut perasaan, memang menyedihkan! Bagaimanapun cabaran harian kene diteruskan dengan menulis dan menulis….

“Refresh!”, Maksudnya? Mungkin sesuatu yang berada dalam sesuatu tahap yang jauh lebih baik dan berbeza dari yang sebelumnya. Aku tidak maksudkan perubahan yang ketara tetapi perubahan yang aku lalui, dari saat ke minit, minit ke jam dan jam ke seterusnya. Naik bas yang sama dua kali, mula – mula naik di depan monorail KL SENTRAL kemudian naik bas yang sama nombornya seterusnya berhenti di tempat dimana aku naiki. Pada pendapat aku, mungkin ada sebab mengapa terjadi seperti itu, jadi biarlah aku yang tahu dan mengapa masih jadi tidak jadi.

Tuhan menciptakan peluang dan kejadian, tetapi jadi atau tidak tuhan tidak beritahu sebaliknya kita yang mengakhiri dengan jawapan yang kita usaha mencari sampai sempurna. Rasa nak marah tetapi sampai bila? Marah sentiasa pun dah jadi macam rambut yang tumbuh selepas digunting, sangat tidak berbaloi. So aku nak cuba refresh sampai kepala aku bersatu dengan akal dan fikiran yang selalu bercelaru kini. Hendak memilih tetapi selalu aku hanya punyai satu pilihan, iaitu jalan keluar dan melarikan diri serta berpura – pura tidak kenal sedikit pun wajah itu. Hilang ingatan, mungkin itu jalan terbaik. Hilang ingatan pada nama, pada wajahnya dan segala – galanya tentang…. (?)

Sejahat lelaki budiman pun nak menyakiti hati kaca seperti itu, mungkin tidak sampai hati terkenangkan dengan aura lemah gemalainya dan senyuman diwajahnya. Aku terperangkap antara dusta dan cinta (layakkah digelar cinta?), entahlah aku tidak memegang password untuk menggodam rahsia dan kebenaran dihatinya. Satu, dua, tiga aku cuba henti seketika dan mengambil nafas lega serta secara automatiknya aku refresh disebabkan mengawal kemarahan dan membuang benda – benda yang aku cuba untuk katakan tadi.

Bila pandang wajahnya, aku terbang dan kini wajahnya tidak kelihatan dalam dunia maya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: