“nak berlari tapi tak tahu berapa kilometer”

Minggu yang sangat – sangat menyedihkan, malang pula bertimpa – timpa (lepas satu, satu lagi datang), hati pula sangat gelisah dan resah sentiasa.

“Mengapa?”, pertanyaan yang ditanya dan dijawab sendiri. Mula – mula menerima perkabaran mengenai pilihan hati, dimana “dia” sendiri tiada jawapan tetapi aku percaya dia ada cuma sengaja menyembunyikan untuk menjaga hati kiri dan kanan. Aku tak sedih, tak sedih, sedar tak sedar aku renyai di pipi….biarlah.

Seperti tulisan aku sebelum ini, telah aku nyatakan jangan lemparkan perkataan “tak boleh” kepada aku dalam keadaan yang aku tidak senangi. Lalu dilemparkan juga, buatkan aku bertambah hiba dan entah kemana mata dan fikiran ini berjanji untuk bertemu menyebabkan aku dilanggar dari belakang serta mengalami beberapa kecederaan. Bagiku kecederaan hati ketika itu terlebih cedera, cedera jiwa, cedera hati berkali – kali sakit.

Mahu tidak mahu aku berjalan seiring dengan waktu berdetik, mengikut kata – kata angin,awan,matahari dan bulan. Berjalan dua batu pun aku tak mengeluh, mungkin aku akan mengeluh kerana jiwa aku sudah letih. Makan tak tentu, kerana perut belum menjerit kelaparan lalu aku berjuang demi hari – hari ini dengan rasa puas hati. Entah bagaimana fokusku hilang lagi dan hampir dilanggar lagi, andai kecederaan itu berulang, mungkin aku telah merasai berada dalam tanah merah yang lembab.

Setelah mengalami trauma dan derita, aku cuba untuk tidur seketika, cuba tidur pun ditemani mimpi ngeri, lantas aku bangun dikejutkan dengan perkabaran ibu dimasukkan ke hospital….hurm, mengeluh lagi. Aku tersangat letih hendak mengeluh panjang lagi, dan apa yang aku rasai kini adalah rasa nak berlari tapi tak tahu berapa kilometer akan aku berlari.

Advertisements

4 Responses to ““nak berlari tapi tak tahu berapa kilometer””

  1. lisa ayaa Says:

    “dia” sememangnye bersalah. memainkan perasaan kiri dan kanan.
    sumenye slh “dia”. telah “dia” akui sume itu. cume apa yg “dia” ley katekan, “dia” hanya menanti seseorg yg telah mencuri hatinya.

  2. hmmmm….

    i think mmg u need some1 to hear u..

    i tak suke simpati kat org n i tak simpati kat u.

    i pun tak kesian kat u. tak nk kesian kat u.

    jd, ape lg? bangun ah. wake up! u’re sleeping now, u tink u da bgon..? heh, u masih dlm mimpi! now u g tampar muke u. n kejutkan minda jiwe perasaan u…!

    hidup…biasela…kdg2 u kat atas..nun jauh kat atas puncak. n ade ketika u akan jatuh, lebih jauh di dsr laut. klo u tak pandai berenang, u lemas~

    klo nasib u baik. u leh timbul.tp i syorkan u blajar berenang di sungai gombak. klo kat sungai gombak pun u da failed! mcm mne plak dgn cabaran dugaan berenang dilautan atlantik…?

    ask urself!

    ni baru dugaan sikit. ade org dugaan lebih banyak dr ni.

    ingt tu. bukan u sorg je susah dlm dunia ni..cube u kluar sekejap dr dunia u, selam dunia org lain plak, u akan sedar, dugaan u ni, ciput je.

    -adeeb-

  3. waktuwakta Says:

    Chill.nanti gua belanja lu makan nandos. takpon wiliams. tripleH satu set. 😀

  4. lisa ayaa Says:

    nk william gak!
    nan cheese mozarella.ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: