“2010 + 0001 = 2011!”
Selamat Tahun Baru buat semua, yang ada azam baru itu, buatlah azam dan sekiranya ada azam yang masih belum tertunai itu tidak mengapa, teruskanlah sampai berjaya. Okeh, disini saya nak berkongsi apa yang telah saya kecapi pada tahun lepas, 2010. Pemberitahuan umum, saya tidak pernah sesekali menyimpan azam kerana saya percaya lain yang kita azamkan lain yang kita gapaikan. Percaya tak? Itu saya.
- ASWARA – Okeh, mula-mula saya ingat nak sambung belajar buat degree dalam civil engineering dimana-mana universiti tempatan, akhirnya saya menyambung belajar di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dalam pengajian teater.
- KERJA – Saya fikir sekiranya tak menerima mana-mana tawaran belajar dalam bidang civil, saya mahu bekerja sementara namun akhirnya terpaksa tolak tawaran kerja kerajaan disebabkan diterima masuk ke ‘butik’ universiti iaitu Aswara. Mengapa digelarkan ‘butik’ universiti? – Kuota pelajarnya terhad dan proses kemasukkan bersyarat dan perlu interview.
- INDUSTRI SENI - Mahu teruskan pekerjaan yang saya lakukan pada tahun 2009 dulu sebagai freelancer dalam foto model, pelakon tv dan pelakon iklan. Akhirnya memilih untuk sambung belajar.
Inilah diantaranya saya sukar untuk berbuat azam, sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya dan perlulah untuk menceritakannya. Namun setiap orang ada pelbagai ceritera hidup masing-masing dan ini adalah hidup saya.
Diantara perkara yang tidak boleh dilupakan pada tahun 2010 ini adalah :
- ‘Artis’ Youtube (Aziz Hazmi)
- Dikenali oleh Hanis Zalikha (http://inibelogsaya.blogspot.com/)
- Memiliki friend page di FB (Aziz Hazmi Page)
- Diterima masuk ke Aswara
- Pasukan bolasepak Malaysia menang
Tahun 2011, saya muncul tanpa azam dan biarlah keajaiban yang tentukan. Selamat Tahun Baru.
January 1, 2011 at 5:20 pm
yeah ! tahun lepas bermakna jugak yea untuk bro =)
January 1, 2011 at 7:40 pm
Dikenali jg oleh follower HZ~
January 1, 2011 at 11:43 pm
0h i tot this entri was ‘bukan chinta saya 3′
January 2, 2011 at 9:26 am
best of luck utk tahun ini
January 7, 2011 at 5:38 pm
bro, mmg byk perkara yg menarik berlaku dlm tahun 2010 nih. paling penting bila malaysia menang piala suzuki. haha. nmpknya tak sia-sia aku jual tiket dkt kau harituh.